Malam 31/01 dan siang o1/02 penuh debaran di Perak. 2 ADUN yang 'hilang' dikatakan akan menyertai UMNO bagi bagi merumitkan lagi catur politik Perak. Nampaknya soalan terjawab apabila kedua-dua mereka iaitu Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) menghantar fax kepada speaker DUN Perak untuk meletak jawatan sebagai ADUN petang semalam.
Pujian harus diberikan kepada mereka. Inilah yang sepatutnya dilakukan dan mereka bertindak untuk memelihara maruah diri mereka. UMNO tentunya melongo dengan keputusan itu dan kerajaan PR Perak tentunya lebih bersyukur. Adalah lebih baik Perak mempunyai 2 ADUN yang baru daripada 2 orang yang sedang dituduh di mahkamah. Perjalanan pentadbiran negeri adalah lebih penting dari kerenah mahkamah yang akan dilalui oleh ADUN yang merangkap exco kerajaan negeri.
Pilihanraya Kecil DUN Changkat Jering dan Behrang yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari ini akan menjadi satu lagi peluang untuk UMNO/BN membuktikan bahawa mereka masih relevan dan PR untuk membuktikan bahawa merekalah masa depan Perak.
Pilihanraya Kecil dikedua-dua DUN Perak ini adalah satu lagi petanda kehendak rakyat. Kepada semua pengudi di Changkat Jering dan Behrang, jalankan tanggungjawab anda dan pilhlah dengan bijak.
1 comment:
Tak sabor teman nak mengundi lagi ni.
Seorang pemimpin nak cover malu dek tahi yang terpalit di pantai timur sehingga sebuah negeri bakal bergolak.
Kenapa harga maruah seorang wakil rakyat sangat murah? Mereka tak fikir halal haram ke? Amanah pengundi yang diberikan, tak takut balasan dunia dan akhirat ke?
Semua watak dalam sitcom ini adalah Melayu beragama Islam.
Sungguh memalukan!
Short Talk
Post a Comment