Hari ini heboh dalam akhbar tentang kenyataan PM Abdullah berkenaan pertemuan beliau dengan 'beberapa orang pembuat keputusan' dalam PAS. Telah tiga pertemuan berlaku.
Harakahdaily mengeluarkan kenyataan TG Hj Abdul Hadi yang mengaku tentang adanya pertemuan antara pimpinan peringkat tertinggi PAS dan PM Abdullah. Dato'Presiden PAS seperti dalam keadaan tertekan terpaksa mengiyakan pertemuan tersebut. PM Abdullah menyebutnya sebagai pertemuan tetapi Dato' Presiden sebut muzakarah.
Apa kesan dari kenyataan akhbar PM ini?
Waktu ini adalah waktu kritikal bagi UMNO. Asakan dari dari luar (faktor Anwar Ibrahim) dan dalam UMNO(dari gang Mahathir, Ku Li & Najib)dan komponan BN yang tidak puas hati, membuatkan PM Abdullah tersepit. Nasib baik timbul(?) isu Liwat Anwar Ibrahim dan isu Altantunya Najib, memberikan sedikit ruang kepada Abdullah untuk bernafas. Ruang ini digunakan Abdullah dengan sebaik mungkin dengan membuat smash hit pada bola tanggung yang diberikan oleh PAS. Akibat pukulan itu retak halus telah mula menyengat perpaduan PAS.
Political mileage PM meningkat mendadak dengan pendedahan ini. Beliau akan dilihat sebagai penyelamat UMNO (dengan menggunakan PAS). Bahagian2 UMNO akan bermesyuarat agong dalam bulan Ogos ini, jadi dengan naiknya kredibiliti Abdullah, Bahagian2 UMNO seluruh negara akan menyokong Abdullah. Maka Abdullah akan menjadi lebih kuat untuk terus menjadi PM melangkaui 2010.
Bulan September pula adalah tarikh keramat PR akan mengambil alih kerajaan persekutuan. Dengan kenyataan tentang perbincangan PAS/UMNO, PR akan kelihatan berpecah, maka ahli2 Parlimen BN yang sudah setuju untuk melompat mungkin akan menilai semula kesanggupan mereka. Maka harapan Anwar untuk menjadi PM Malaysia akan berkecai.
Itulah orang yang kita sangka tidur selama ini sebenarnya pandai menguja umpan kepada PAS. Jika sekali PAS termakan umpan tersebut, PAS akan mundur 20 tahun kebelakang. Umpan Abdullah seakan-akan umpan yang pernah di acukan oleh Mahathir selepas PRU 1999. Waktu itu adalah umpan Negara Islam. Bila PAS termakan umpan tersebut(mengeluarkan Dokumen Negara Islam), padahnya adalah pada PRU 2004, PAS hilang DAP sebagai rakan BA dan ramai pengundi bukan Islam. PAS juga terlepas banyak kerusi Parlimen, terlepas Terengganu dan hampir terlepas Kelantan.
Jika PAS termakan umpan UMNO kali ini,percayalah PAS akan menghadapi banyak kekalahan dalam PRU13. Sokongan yang dinikmati PAS dari para pengundi bukan Islam akan lenyap. Kerusi-kerusi Parlimen yang di menangi PAS di kawasan majmuk seperti Hulu Langat dan Kota Raja tak mungkin dapat dikekalkan jika pengundi Bukan Islam beralih arah.
Pertemuan itu dibuat adalah semata-mata untuk menyelamatkan UMNO. Apa yang jelas kelihatan tanpa perlu disuluh-suluh lagi adalah UMNO dalam nazak. Ia amat memerlukan talian hayat. Dan Talian hayat itu ada pada PAS. Soalannya kenapa ada pemimpin PAS yang sanggup atau mahu menyelamatkan UMNO? UMNO adalah nemesis PAS. Jika UMNO berkubur baiklah untuk PAS. Tak perlu PAS beri talian hayat pada UMNO.
TG Nik Abdul Aziz menafikan pertemuan itu adalah pertemuan rasmi PAs/UMNO tetapi cuma peringakat individu sahaja. Sejak malam 8hb Mac 2008 TG Nik Abd Aziz konsisten menidakkan kerjasam PAS/UMNO. Malah semasa menjawab soalan pemberita TG Nik Abd Aziz seolah-olah menjauhkan diri dari pimpinan yang mahukan pertemuan dengan UMNO. PAS secara tulus mesti mengkaji semula rasionalnya membuat contact dengan UMNO. Tidakkah ini akan melukakan hati rakan-rakan dalam PR. Bukankah kita telah berjanji dengan para pengundi kita dan rakan PR bahawa PAS tetap bersama PR. Tiada keperluan untuk kita berbincang dengan UMNO lebih-lebih lagi jika perkara yang dibincangkan adalah isu asobiah Ketuanan Melayu dan perpaduan Melayu. PAS adalah Parti Islam bukan parti bangsa Melayu. Keadilan Islam untuk semua bukan untuk Melayu sahaja.
PAS memperjuangkan Islam sebagai teras pemerintahan dan cara hidup. UMNO adalah parti asobiyah Melayu. Kenapa nak menyempitkan ruang lingkup PAS kepada Bangsa Melayu.
Apa perlunya pimpinan PAS sekarang bermuzakarah dengan UMNO. Dulu kenapa UMNO tidak pernah melayan ajakan PAS untuk bermuzakarah. Kenapa sekarang beriya-iya sangat mahukan PAS? PAS perlu belajar dari sejarah Kelantan.
Kenyataan PM Abdullah telah mengundang rekah dalam Parti PAS. Kini telah timbul dua golongan, di mana satu cenderong untuk berbaik-baik dengan UMNO dan membuka ruang kerjasama dan satu golongan lagi tidak mahu bersengkokol dengan parti yang pernah menikam PAS dari belakang.
Sebagai ahli biasa kita amat risau dengan perkembangan ini. Adalah lebih baik pimpinan peringkat tertinggi mengadakan muzakarah khas dengan semua sayap PAS (Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Ulama dan Pesuruhjaya semua negeri)untuk mengambil ketetapan secara syura tentang hubungan PAS/UMNO.
ISLAM MESTI DIUTAMAKAN DARI YANG LAIN-LAIN. Kepentingan individu, jawatan atau habuan dunia mesti dijauhkan sama sekali!!
2 comments:
PAS mengong ah kalu bincang ngan geng2 munapek nie...
PAS kena focus kat main agenda dia...Islam is No1
Jgn dilayan PorkLoh tuu...
mat gambir
Ana memang amat setuju dengan enta, mat gambir. Agenda no. 1 mesti ISLAM..tapi ada gossip liar sedang menjalar kata ada pimpinan Pas dah terbeliak mata nampak jawatan dan kuasa... ana tau itu tak betul tapi pimpinan perlu lebih berwaspada...ingat nasehat TG Nik Aziz.
Post a Comment