Speaker Dewan Rakyat pun bertempik... "Usul ini tak mengikut peraturan mesyuarat, ayatnya tak betul, maka ia ditolak!" Dolah rasa lega. Baru semalam dia terkincit-kincit risau. Kalau Dewan Rakyat jadi berdebat, habislah dia kena telanjang dek geng pembangkang. 'Silap haribulan budak-budak aku pun tumpang sama membelasah aku.Bukan boleh harap sangat MP aku ni..' perlahan-lahan Dolah mengurut dadanya. Dia yakin benar memang ada MP dari partinya, Parti BestakEndah (BeEnd), akan melompat ke PartianwaR(PR). Mana boleh biar Dewan yang mulia ini bahas perkara yang tak betul, fikir Dolah sambil membelek-belek gambar perahu layar yang masih dalam pembinaan di Oyurgan, Turkiye. Memang Dolah tak pernah lekang dengan gambar itu. 'Patrick ni pun satu' kata Dolah 'Entah bilalah nak siap LoyarHadari'aku. Punggung Dolah terasa kembang bila memikirkan tentang LoyarHadari.Dolah teringin benar belayar mengelilingi dunia dengan LoyarHadari. Jin mesti dibawa bersama. Dia akan membahagiakan Jin dalam LoyarHadari. 'Ohhh... Alangkah bestnya...'mmmmmm..zzzz,...
Ini tak adil!! kata Ipoh Timur. 'Usul ini adalah penting. Soal keselamatan negara!' tambah Ipoh Timur. Permatang Pauh dari tadi tercegat berdiri meminta laluan. Dia langsung tak percaya bahawa ayat yang dikarangnya sepanjang malam dengan Bang Nuwar salah. Itulah yang dikatakan oleh Tuan Speaker, ayat salah. Apa yang tak betul? Nahu atau pun ejaan. Permatang Pauh pening memikirkan hal itu. Tak mungkin Bang Nuwar yang kelulusan Kesusesasteraan Melayu salah karang. Dia bangun meminta laluan untuk bertanya pada Tuan Speaker alasan sebenar usul yang dibwanya itu ditolak. Pokok Sena dan Bandar Kulim semakin bising menghentak meja tak puas hati. Semua MP pembangkang marah. Alasan yang diberikan oleh Speaker tak masuk akal.
MP BeEnd pula bising mengejek-ngejek MP PR. Rembau melompat-lompat kesukaan sambil menggaru ketiak. 'Selamat aku!' jerit hatinya. Kalau undi tak percaya itu lulus nescaya dia dan abah mentuanya gulung tikar. Siapa lagi nak dengar cakapnya kalau Dolah tak lagi jadi PM Mimbabwe. Dia amat bersyukur abahnya selamat. Sudahlah projek PMumur40nya tergendala sejak 8 Mac lalu. Ini semua sebab Nuwar. Kalau Nuwar tak pergi keliling negeri berkempen ajak rakyat tolak BeEnd, tentu projeknya masih berjalan. Rembau mengerling ke arah abahnya yang tersengguk-sengguk atas kerusi PM. Kesian abah baru sepenggal jadi PM dah orang tak puas hati. Abahnya bukan kacau orang dia cuma tidur sikit-sikit.
Tiba-tiba Pasir Mas bangun marah-marah pada Bukit Gelugor. 'Hoi Singh! kau jangan kurang ajar! Isu ini tak boleh dibahaskan' kata Pasir Mas bila melihat Bukit Gelugor cuba untuk meminta laluan bercakap. Pasir Mas memang takkan bagi can pada Bukit Gelugor. Apa saja yang dibawa olehnya akan dibangkang habis-habisan. Bukit Gelugor terping-pinga memandang pada Pasir Mas. Dia cuma nak menggaru janggutnya kerna dagu gatal bukan minta laluan nak berbahas. Dia tak faham kenapa Pasir Mas sakit hati sangat padanya. Pasir Mas bukan dari BeEnd dia Bebas dalam PR. Tapi perangainya selalu menyakit hati MP PR. Kalau Gua Musang naik jadi PM tentu dia orang pertama lompat pulak ke BeEnd. Memang kenalah gelaran dia AlKataki.
Dalam kecoh-kecoh itu Kinabatangan bangun tanpa minta laluan dari Speaker terus menunjukkan jari tengahnya pada Permatang Pauh dan menempelak,'Hoi Permatang Pauh! mentang-mentanglah kau dah tak bocor lagi bulan-bulan nak tunjuk ek pulak!. Mengada-ngada mau undi PM kesayangan kita semua ini tak percaya!' Kinabatangan cukup marah dengan usul itu. Kalau PR menang undi nanti melepaslah dia dari peruntukan RM1b yang Dolah janji. Kesah pendatang haram tu boleh kira lain kali tapi RM1b itu mesti mau jadi. Kinabatangan akan pertahankan mati-matian kerusi Dolah tapi jauh dalam hatinya janji dengan Nuwar akan ditunaikan juga...
Tak sempat Permatang Pauh membalas kata-kata cacian Kinabatangan Tuan Speaker menempelak semua ahli diam. 'Usul ini di tolak!! Sekarang Dewan bersurai' katanya lalu meluru keluar dari Dewan yang semakin riuh rendah bak pasar Chow Kit.
2 comments:
wahh!! pandainya ko berbahasa yerr ali...tak tau plak aku ko nih bleh menulis...
tapi satu nih memang kenyataan lah...kau memang kamus bahasa aku!!nyeh..nyehh..
mekasih..mekasih...tapi baca la sampe habis dulok..!!
Post a Comment