09 July 2008

PROTES Kecoh... Unit Amal Yang Salah?

PROTES kecoh Unit Amal yang salah. Begitulah bunyi laporan Malaysiakini versi Bahasa Melayu. Perkara ini dibangkitkan semasa mesyuarat post-mortem Perhimpunan PROTES semalam.
Kenapa Unit Amal pula yang salah bila yang buat hal ialah Carburator Dung.
UnitAmal disalahkan kerana ke semua 700 anggota Unit Amal telah meninggalkan stadium seawal 2.30ptg selepas tidak puas hati dengan persembahan sebuah band Lawan Tetap Lawan. Itu kata laporan dalam media, tapi apakah sebenarnya sebab Unit Amal meninggalkan stadium?
Ketahuilah bahawa Unit Amal adalah sayap kanan Dewan Pemuda PAS yang berprinsipkan Quran dan Sunnah. Lahirnya Unit Amal adalah untuk menegakkan a'mal ma'aruf dan nahi mungkar. Piagam Unit Amal perlu difahami sebetulnya sebelum mudah menyalahkan Unit Amal. Tetapi yang hairannya, yang menuding jari adalah penyelaras Protes dan juga bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan sekretariatnya Aiman Athirah al-Jundi, juga setiausaha Muslimat. Tidakkah Dr Hatta dan Aiman Athirah faham tentang prinsip Unit Amal?
Unit Amal tidak akan sama sekali bersengkokol dengan perkara mungkar!. Perhimpunan Protes tempoh hari berselang dengan konsert punk rock. Dari segi falsafahnya mungkin tiada salah punk rock itu, tapi dari segi penyampaian dan perilaku persembahan amat menyalahi tatasusila berugama. Unit Amal bersedia bertugas atas sebab memperjuangkan nasib rakyat atas derita kenaikan harga minyak. Tetapi apabila motif perjuangan itu telah jadi samar di sebabkan oleh perjalanan acara yang tersasar, tiada sebab lagi untuk Unit Amal meneruskan misi.


Amat tidak logik jika Unit Amal bertugas mengawal keselamatan ahli band punk rock yang menjerit-jerit dalam kebisingan muzik mereka. Amat tidak logik lagi kalau Unit Amal menjadi body guards pula kepada penyanyi punk rock yang membontotkan penontonnya dalam ekspresi lagu Mari Nyanyi Menjilat nya. Jika itu berlaku tentulah hilang kredibiliti Unit Amal sebagai badan da'awah Islami. Sudah tentu Unit Amal akan berkubur dalam Mu'tamar Agong Pemuda yang akan datang!.

Dr Hatta Ramli dan Aiman Athirah sepatutnya faham hal ini. Sebagai pengerusi dan sekretariat Protes, kenapa dibenarkan ada unsur-unsur konsert kurang sopan?. Menurut Carburetor Dung mereka sudah memang biasa melakukan ekspresi muzik dan nyanyian mereka begitu. Tidakkah Dr Hatta ambil tahu hal ini? Atau adakah kerana terlampau mahu menyukakan hati PKR dan DAP maka Unit Amal ( baca PAS) boleh melanggar prinsip dan dasar parti?. Dari sumber yang rapat dengan pimpinan Unit Amal Negeri Selangor, saya diberitahu bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Protes, Unit Amal telah memberi amaran bahawa jika ada konsert yang tidak Islamik Unit Amal akan menarik diri. Da'wah telah dijalankan, jadi Dr Hatta dan Jawatankuasa Protes sepatutnya tahu. Salahkan diri sendiri (Jawatankuasa Protes), bukan Unit Amal!.

Secara peribadi saya amat bersyukur kerana Unit Amal telah menarik diri dari Himpunan Protes itu. Jika Unit Amal terus bertugas pada hari itu, nescaya UMNO dan BN pasti berjolikatak hari ini mengeji dan mempersendakan Unit Amal dan PAS, di atas perkara yang memalukan itu.

2 comments:

Shookcree said...

Assalamu'alaikum,

Ana setuju dengan anta. Yang halal jelas dan yang haram pun jelas. Takan tak boleh pertimbang yang hak dan yang batil. Kalau kita bermusafir(mesti matlamatnya baik) dengan kawan-kawan kalau mereka tak sembahyang (perlaksanaannya tak baik) patutke kita pun tak sembahyang kerana nak jaga hati mereka. Matlamat tak menghalalkan cara. Jangan kita jadi golongan hadhari dengan KONSERT AMAL mereka. Tahniah Unit Amal kerana mempertahankan ISLAM dan dasar perjuangan.

Sheikh Sambal said...

Dalam apa pun keadaan Islam harus diutamakan, kalau tak boleh baik kita tarik diri. Unit Amal adalah satu badan yang sangat di hormati dan di segani, terutamanya selepas Himpunan BERSIH. Ia adalah sebuah organisasi berprinsipkan amal Islami. Unit Amal tidak harus mengaku salah dalam hal ini...tapi itu yang berlaku... wakil Unit Amal mengaku salah dalam mesyuarat tersebut...mungkin kerana DR Hatta..pimpinan PAS, yg membangkitkan isu ini!! WALAKlah katakan..