02 March 2010

Miri Jerebu Tahap Darurat!

Pagi ini Miri dilanda jerebu teruk. Malangnya kerajaan negeri masih mendiamkan diri. Tidak ada berita tentang pencemaran udara terburuk sejak beberapa tahun lalu. Sheikh Sambal sesak nafas melihat keadaan sekeliling. Bukan itu saja rasa panas dalam dada. Sungguh tidak sihat!!
Berita dalam radio Sarawak lansung tidak cerita pasal keadaan jerebu teruk di Miri. Ramalan cuaca pagi tadi dalam Radio Sarawak mengatakan cuaca baik seluruh Sarawak!. Hairan sungguh. Takkan Jabatan Meterologi di Miri tutup kedai sehinggakan berita tentang cuaca buruk ini disenyapkan!. Sepatutnya kerajaan sudah mengumumkan darurat di Miri. Semua sekolah patut di tutup dan sebuah jawatan kuasa khas patut di tubuhkan untuk memantau keadaan semasa. Hospital dan jabatan kesihatan dalam keadaan berjaga-jaga dan siap siaga untuk merawat pesakit dan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.
Di sini Sheikh Sambal paparkan gambar-gambar yang diambil pada pukul 6.45am sewaktu Sheikh Sambal mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Di Sarawak pada waktu ini, matahari telah naik terang benderang.
Memandangkan keadaan yang sangat tidak sihat, Sheikh Sambal memutuskan untuk men'darurat'kan sendiri keadaan. Anak-anak tak jadi masuk sekolah. Mereka dihantar balik untuk duduk dalam rumah sahaja. Topeng muka pun tak ada macamana nak bersekolah begini.
Dikatakan sebab jerebu ini adalah pembakaran terbuka yang dilakukan oleh syarikat perladangan yang mahu membuat 'clearing' tanah hutan sekunder yang baru di buka. Entahlah, kerajaan dan BOMBA perlu membuat siasatan yang terperinci.













No comments: