Pagi tadi semasa Sheikh Sambal sedang menghadiri Konvension ICT dan Pilihanraya PAS Sarawak, Sheikh Sambal dapat satu mesej dari Yang DiPertua PIBG SMKA Miri, Encik Meor Rosazman, tentang kebakaran yang sedang berlaku di Asrama Putera sekolah tersebut. Waktu tu pukul 9.50pagi. Sheikh Sambal bersama-sama dengan Pengerusi Yayasan AMAL Malaysia (Cawangan Sarawak), Sheikh Muhtar Suhaili bergegas ke tempat kejadian untuk memeriksa apa yang berlaku.
Ada 3 trak BOMBA telah berada dan sedang memadam kebakaran tersebut semasa kami sampai. Api telah pun dapat dikawal. Cuma ada satu dua tempat saja yang masih bernyala. Bumbung Blok B habis musnah.
Nasib baik kebakaran ini berlaku semasa pelajar-pelajar bercuti. Hari ini adalah hari semua pelajar akan balik ke asrama. Syukurlah ia berlaku semasa tiada pelajar di sana. Asrama ini 3 tingkat dan yang terbakar ialah tingkat teratas sekali, yakni dorm pelajar-pelajar tingkatan satu. Kalaulah ia berlaku waktu malam semasa pelajar-pelajar sedang tidur, tentu perkara lebih buruk akan berlaku. Syukur...syukur....
Anak Sheikh Sambal ada 2 orang bersekolah di sini. Dorm anak yang lelaki tingkatan 2 tidak terbabit sebab dorm dia di blok bertentangan. Blok perempuan ok, jadi anak sulung Sheikh Sambal boleh teruskan hidup di asrama tanpa gangguan.
Menurut Pengetua, pelajar lelaki yang rumah berdekatan akan berulang dari rumah setiap hari. Yakni, jadi pelajar harianlah. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang rumahnya jauh dari sekolah seperti Bintulu, Bekenu dan Limbang.
Tak kesah lah. Apa-apa pun yang penting pelajar-pelajar yang terbabit boleh meneruskan pembelajaran mereka. PIBG dan pihak sekolah perlu memainkan peranan untuk memastikan pelajar-pelajar tidak terganggu sangat pembelajaran dan kehidupan mereka.
Hairan... apakah hikmah dan pelajaran yang Allah nak sampaikan kepada kami. Rumah Sheikh Sambal baru terbakar ngam-ngam sebulan yang lalu, yakni pada 22/02. Ini 21/03, asrama anak pula yang terbakar. Semuga Allah jadikan ini sebagai kifarah dan faktor keampunan untuk kami sekeluarga dan warga SMKA Miri am nya.
Kita minta Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan darurat untuk membina semula asrama yang rosak. Jangan ada birokrasi yang melampau dalam mengeluarkan bajet untuk projek pembinaan semula ini. PM Najib dan KM Taib harus mengambil inisiatif awal dan segera bagi membantu para pelajar dan keluarga yang terbabit. Menurut anggaran awal kerugian pihak sekolah ialah RM1.2juta. Itu sekolah. Bagaimana pula pakaian, buku-buku dan berangan peribadi pelajar tersebut. Kita minta pak-pak menteri ini memberikan bantuan segera kepada mereka.
Mungkin JAIS sebagai jabatan yang bertanggung jawab ke atas sekolah-sekolah agama di Sarawak segera menjadi penggerak kepada proses pembaikpulihan SMKA Miri. Ini sekolah agama. Tempat anak-anak kita belajar Quran dan Sunnah. Cepatlah kita bertindak. Jangan biarkan anak-anak kita menunggu-nunggu bila mereka boleh mengharungi hidup seperti biasa.
Kita ucapkan terima kasih kepada pasukan BOMBA yang bertungkus lumus memadam dan mengawal api dari terus merebak ke Blok A. Juga kepada para guru dan pelajar-pelajar dari Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) SMKA Miri yang menyedari kebakaran tersebut.
Juga kepada PAS Kawasan Miri yang membuat kutipan kilat untuk diserahkan kepada PIBG bagi meringankan penderitaan pelajar-pelajar yang musnah barangan peribadi mereka.

No comments:
Post a Comment