Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi. – Utusan
**********************
Memang sepatutnya dulu lagi dah haramkan. Dah berapa banyak syarikat swasta ambil peluang buat duit keluarkan tanda HALAL. Dulu JAKIM sendiri yang menswastakan 'Pensijilan Halal'... Kroni dapat buat duit.. lepas banyak penyelewengan (jual sijil) baru mansuh balik. Sekarang masih ada lagi syarikat swasta yang berniaga sijil halal dan banyak syarikat yang ambil sijil dari mereka.
Pasaran halal sangat besar dan seluas dunia. Mana-mana kita pergi ada orang Islam dan orang-orang Islam sangat sensitif dengan apa yang mereka makan. Jika ada unsur tidak halal sahaja, maka benda itu akan ditinggalkan. Maka logo halal pada pembungkusan sangat penting. Bila ada logo halal, perasaan ragu-ragu dan was-was akan hilang.
Walaubagaimanapun, kewibawaan badan pengeluar logo itu juga amat penting. Pada yang sensitif, badan pengeluar loga akan diperiksa. Maka perlulah satu badan yang berautoriti sahaja yang dibenarkan untuk mengeluarkan sijil. Bukan sembarang syarikat atau mana-mana badan sahaja boleh. Maka perkara ini perlu kepada undang-undang.
Malaysia sebagai negara Islam (negara orang-orang Islam) yang dihormati dunia harus mendepani perkara ini. JAIS telah memulakan langkah untuk memantapkan pensijilan HALAL. Langkah seterusnya adalah memaktubkan perkara ini sebagai AKTA HALAL di Parlimen Malaysia. JAKIM mesti mengambil tanggung jawab ini.
Sheikh Sambal pasti semua Ahli Parlimen Muslim dari BN atau PR akan menyokong AKTA HALAL di mana hanya Logo Halal JAKIM shaja yang boleh dipakai. Sesiapa yang memakai logo selain JAKIM adalah melanggar undang-undang boleh dihukum. Hanya dengan ini sahaja sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM (atau Jabatan Agama Islam Negeri )akan mempunyai kredibiliti dan wibawa yang tinggi.
Sijil HALAL bukan barang jualan. Ia mesti dijaga dan dikuat kuasakan seperti undang-undang yang serius.
Sheikh Sambal
p/s Rujuk di sini untuk melihat gambar sijil halal dari negara-negara lain.
.
No comments:
Post a Comment