Tak heran lansung. Itu saja komen Sheikh Sambal. Sebab UMNO dengan PBB sama saja. Tingkah laku dan mentaliti sama. Perwatakan dan akhlak pun sama. Sebab tu kita tengok Sarawak masih antara negeri termiskin walaupun negerinya mempunyai hasil mahsul yang lumayan.
Sarawak ada minyak, ada gas, ada balak, ada sawit dan sumber manusia yang murah dan ramai. Tetapi negeri masih mundur. Jangan tengok di bandar-bandar. Tengok kawasan pendalaman. Tak payah pun pergi jauh masuk ke ulu-ulu, cukup sekadar dalam linkungan 30 km dari kawasan bandar. Jalan hanya tanah merah. Kalau musin hujan jadi bubur lumpur dan dalam musim kemarau pula, debu merah naik sampai pucuk kelapa.
Air paip dan api letrik toksah cerita. Air paip ada tapi bukan yang dirawat tetapi air sungai atau air bukit yang diempang. Kadang-kadang air telaga yang dipam. Itulah sumber air mereka. Api letrik pula dari 'genset' itu pun siapa yang berada sikit. Kalau tidak pelita atau lampu minyak gaslah jadi rakan membaca buku buat anak-anak kampung atau rumah panjang.
Sepatutnya kalau diurus dengan baik sumber kekayaan tanah kenyalang ini, seluruh negeri terang benderang dengan lampu neon dan setiap penduduk boleh dapat rumah seorang sebuah.
Sistem jalanraya antara bandar boleh lebih canggih dari Lebuhraya PLUS dan percuma tanpa tol. Setiap anak-anak penduduk dapat bersekolah sampai ke peringkat universiti percuma.
Sebab PBB sama saja dengan UMNO, semua kemudahan itu terlalai. Yang kaya dan senang lenang hanya segelintir golongan elit dan kroni. Kalau di Semenanjung ada UMNOPutra, di Sarawak pula ada PBBPutra lah.
Sebab tu Najib beri jaminan UMNO takkan masuk Sarawak. Apa guna menyusahkan diri bila dah ada orang yang buat kerja macam mereka.
No comments:
Post a Comment