Catatan Expidisi Ziarah AMAL Siri 4 - sambungan dari entri yang lepas
11.30am (13/02/10) Rombongan expidisi yang kini disertai oleh Cikgu Asrin & Ustaz Zafri (dari SMK Pakan), Ustaz Amir, Ustaz Fazli, Ustaz Mustajab & Dr Awg Ismail (HIKMAH) dan 3 ustazah dari JAIS bersama Man pemandu JAIS, memulakan perjalanan yang mengambil masa lebih 3 jam. Itu pun ia bergantung kepada keadaan jalan, maklumlah jalan balak je yang masuk ke sana. Kalau hujan, mau makan 5 jam. Tu pun kalau tak tersangkut dalam lumpur. Dengan rasa penuh debar anxious para peserta memulakan adventure ini.
Persiapan terakhir sebelum meninggalkan 'base camp' . Ustaz Hadi... rempah, asam, garam, gulo tadi mu letask mano...kang kono ujan kang...'
Sebelum berlepas jamaah expidisi diingatkan lagi niat dan tujuan kita hendak Ulu Kota adalah kerana Allah. Di sana nanti objektif kita adalah;
·Pecah tanah pembinaan Surau Amal Al Azhar
·Peningkatan ilmu bagi saudara baru
·Meningkatkan silaturrahim dengan masyarakat muslim dan non-muslim
Dari jalan utama Sarikei – Sri Aman kami masuk ke simpang Ulu Kerian untuk ke Ulu Kota. Jalan ini terbahagi kepada 3 ; Fasa 1 – jalan tar, Fasa 2 – jalan berbatu/tar pecah-pecah dan Fasa3 – jalan balak bertaraf ‘Camel Adventure Gear’
Fasa 1 - Jalan masuk ke simpang Ulu Kerian. Masih cantik bertar. Pemandangan indah hijau kiri kanan.
Fasa 2 - Jalan masuk ke dalam yang hanya diletak batu 'loose gravel' sahaja. Kalau hujan tanah merah lunyai, batu pun hilang.
Fasa 3 - Jalan tanah merah berlopak dan beralun-alun. Taraf 'Camel Adventure Gear' Nasib baik masa kami datang tak hujan. Kalau hujan jalan jadi bubur dan licin. Naik bukit sangat menggetarkan.
Perjalanan kami ke Ulu Kota mengambil masa 31/2 jam. Alhamdulillah cuaca baik. Jalan Fasa 3 yang membuatkan kami lambat. Kalau ikut jarak, patut sampai dalam 1 jam lebih saja. Kereta tidak dapat dipandu laju kerana jalan tidak elok. Di Fasa 3 kami banyak berhenti memberi laluan satu per satu kereta menyusur denai dan cerun. Gambar -ganbar di bawah akan menceritakan seribu kata tentang suasana yang rombongan kami hadapi.
Strom Kuning dah sampai yang lain mana nih..jangan sangkut sudahlah...
Semua kereta selamat mendaki cerun yang curam...ingatkan dah abis rupanya baru bermula byak lagi cerun curam dan merbahaya akan dilalui....
Okay...semua dah selamat..kita sambung perjalanan...eh..keta Ustaz Ibrahim tak masuk...mana dia?
Ni dia keta Ust Ibrahim... steady ustaz... biar lambat asal selamat. Hati-hati dijalan berlopak dan cerun curam..
Alaaah...! apahal lak nih...sangkut lagi ke... tayar ok..body tak remuk... apa yang tak kono lagi nih!...... kalau ini macam, bertambah gugur lah ana punya rambuut..
Tangga spek..nang mengancam owng laki towk.... oi...drive tangga depan bukan nangga ceremin ajak-ajak..
Culvert baru dipasang...dulu tak ada ni...sekarang air lalu ikut culvert...so tak la teruk sangat. Air bukit ni bersih dan sejuk. Nak minumterus pun boleh...ada berani?
Culvert tadi ada nun di bawah sana. Lihat betapa curamnya cerun yang perlu dipanjat. Dalam keadaan begini hanya kenderaan 4WD yang berupaya memanjat, terumanya kalau tanah licin lepas hujan. Dah la curam, lumpur jadi bubur dan tepi tu pulak gaung yang sangat dalam dan mengerikan. Hanya kepada Allah kami berserah. Mulut dan hati tak lekang dengan zikir dan munajat kepada Allah.
Rombongan berhenti rehat setelah menyabung nyawa melalui rabung dan cerun curam. Tapi perjalanan masih jauh. Banyak lagi bukit dan jurang yang perlu dihadapi. Tempat berhenti ini adalah di kaki Bukit AMAL (a.k.a Bukit Alum). Di sini terletak rmuah persinggahan Tuai Rumah Bandok (Rumah panjang yang tak jauh dari Kampung Saudara Kita). Ada paip air bukit, tandas dan bangsal tempat berteduh. Kami meminta kebenaran dari tuan rumah untuk menggunakan kemudahan yang ada. Semuga tuan rumah tersebut mendapat hidayat.
Relax Ustaz Saleh...kita baru 3/4 perjalanan. Ana bawak dah kira lembut habis dah tu. Nak buat camana, kerajaan belum buat jalan high way masuk sini. Tak pa, sat lagi kita makan dulu. Bagi tenaga sikit. Nak naik Bukit AMAL tu bukan calang-calang. Kalau keta sangkut kena jalan kaki panjat bukit tu....aduuss..
Pemandu Storm yang lemah lembut....ehem...ehem... Akhi Muhtar nanti enta boleh rekomen dengan Vehaya mun nak infaq Storm lagi dan pakey pemandu yang berhemah masuk hutan keluar hutan naik bukit turun bukit lagi..... ana musta'id !!
Singgah makan dulu. Nasi bungkus yang dibeli dari Pekan Sarikei jadi santapan untuk mengalas perut. 30 bungkus habis dalam masa yang singkat.
Perjalanan sangat mencabar pada 3/4 terakhir. Kerajaan telah menghampar batu gravel pada banyak bahagian tetapi tidak dipadatkan. Kalu hujan tak guna sebab batu-batuan itu akan tenggelam dalam lumpur. Walaupun begitu di 2 bukit curam tidak diletakkan batu. Kalau ada pun telah hilang dihanyut air hujan yang mengalir bak sungai semasa hujan lebat. Cerun yang sangat teruk di Bukit AMAL. Semua kereta tersangkut kecuali Trooper JAIS. Mungkin sebab bawak ustazah-ustazah tu dan Dr Awg Ismail, perjalanan mereka dimudahkan Allah. Selamba saja mendaki dengan enjin yang menderam.
Steady... Storm...steady... ada orang ambik gambar tu... masuk Facebook!Sheikh Sambal: 'Apa keles Facebook...! Blog le! baru betul!'
Storm tersangkut sekejap, tetapi dengan tunjuk arah oleh Akhi Salmi, cerun yang menggerunkan itu dapat di daki. Kereta Mazda Akhi Kamarul tersangkut lama. Tayarnya termasuk dalam lorong lubang yang agak dalam. Akhi Muhtar terpaksa mengambil alih stereng (sebab dia lebih pengalaman mendaki di sini). Dua tiga kali tayar depan terangkat bagai nak terbalik. Alahamdulillah, setelah mengundur beberapa kali dan mencuba tapak lain, kereta tersebut berjaya juga melepasi kawasan yang paling getir itu. Semua peserta mengangkat syukur dan memuji Allah s.w.t
Tukar drebar. Akhi Muhtar ambik alih stereng sebab dia lagi terer. Kamarul terpaksalah mengalah....he he he.. Alahamdulillah setelah 3 kali macam nak terbang, akhirnya Mazda 4WD tu pun dapat menekit cerun AMAL ini. Ramai juga yang jadi mandur...
Pada bukit curam terakhir sebelum samapai ke perkampungan Saudara Kita Ulu Kota, hujan mula turun. Risau jugak kalau dia makin lebat.Tapi alhamdulillah hanya sekejap sahaja. Cerun terakhir dapat didaki tanpa ada apa-apa masalah besar.
3.45pm Konvoi YAM/HIKMAH/JAIS sampai di Perkampungan Saudara Kita Ulu Kota. Nampak suasana ceria di sana. Dari jauh lagi kelihatan kanak-kanak perempuan yang memakai tudung putih berlarian mendapati konvoi kami. Akhi Azhar, Ketua Kaum di sini, sungguh gembira kerana kami sampai juga akhirnya. Lama juga mereka menunggu. Kerana jangkaan asal, kami sepatutnya sampai pada pukul 1pm. Walaupun begitu, syukur kerana kami telah selamat sampai.
Saudara Baru Ismail Abdullah, nampak kacak dengan kemeja putih. Beliau dikira protokol untuk sambutan para pelawat dari YAM/HIKMAH dan JAIS. Kelihatan Saudara Azhar sedang mengucapkan sesuatu kepada Ustaz Saleh.
Pak Daeng: 'Eh...Cam tak caya je dah sampai...'Junaidi: 'Betul la Pak...kita dah sampai puncak ni...'
Alhamdulillah...selamat sampai akhirnya
Sebahagian keluarga Islam yang lama menunggu kedatangan rombngan kami. Adik Abu muallaf paling muda di sini.
Gotong royong memunggah barangan dan peralatan yang dibawa ke rumah Ketua Kaum Saudara Azhar. Berat sam dipikul, ringan sama dijinjing. Kelihatan ketua protokol Sdr Ismail tak lepas peluang untuk bersama mengangkat sekampit beras.
Para tetamu di jamu dengan teh-o panas dan kuih 'Selorot', semacam lepat yang dibungkus dalam daun palas. Rupa isinya macam 'kuih kusui' tapi lebih padat. Rasanya lemak manis tetapi tidak keterlaluan.
Kuih Selorot - penyambut tetamu yang sangat menyelerakan.
Sheikh Junaidi....rasa dulu baru tau penangan Selorot. Ini bukan 'pastry' yang penuh gula kepura-puraan. Sekali cuba pasti ndak lagi. Chiigu Asrin..mula-mula malu-malu kuching je tu...
Bersantai di kayangan.... Sekole teh-o panas dan sepotong selorot... ibarat irama yang kena dengan lagunya...fuh! inikah dia syurga dunia...
Ustaz Mustajab (T-shirt putih) sentiasa ada dalam semua misi AMAL ke Ulu Kota ini. Beliau banyak membantu Saudara Azhar (kemeja petak-petak) dan kaum muslimin baru di Kampung Saudara Kita ini.
Bersambung.....
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”
No comments:
Post a Comment