22 January 2009

Budak kahwin dengan katak

Inilah jadinya jika manusia tidak dapat hidayah Allah. Kepercayaan karut marut masih menghantui jiwa raga mereka walaupun dunia dah maju tak terkata. Semuga kita mengambil iktibar dari kesah ini.....
CHENNAI 21 Jan. – Ia berbeza dengan cerita dongeng yang dipetik daripada novel kanak-kanak tetapi lebih kepada ritual kehidupan sebenar apabila seorang budak perempuan dikahwinkan dengan seekor katak di sebuah perkampungan terpencil di selatan India.
Dengan harapan ritual yang berabad lamanya itu boleh menangkis unsur jahat dan membawa petanda baik kepada Kampung Pallu Puthupattu yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Chennai, R. Vigneshwari, 8 tahun dipilih sebagai pengantin perempuan.
“Setiap tahun majlis perkahwinan seperti ini dianjurkan. Mereka percaya bahawa jika ritual tahunan itu tidak diadakan, kanak-kanak perempuan akan mati secara luar biasa atau rumah-rumah di kampung itu akan terbakar atau kebuluran akan melanda kampung itu,” kata seorang aktivis hak asasi wanita tempatan, S. Geetha. – Bernama

2 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

kalau budak tu cium katak, nanti katak jadi apa?

Sheikh Sambal said...

Jadi sup. Dulu (tak silap tahun 70an) Aji-No-Moto proses katak buat msg dia...ha ha ha...byk kegunaan katak ni rupanya, selain dibuat laki boleh juga dibuat kari. ha ha ha..