21 January 2009

Presiden Obama Lulus Ujian Pertama

Presiden Obama lulus ujian pertama. Beliau serius mahu menutup Kem Guantanamo Bay. Baru beberapa jam mengambil alih Rumah Putih, beliau telah mengeluarkan arahan agar semua perbicaraan dalam Mahkamah Tentera terhadap para tahanan Guantanamo dihentikan. Pihak pendakwa mengatakan bahawa tindakan itu dilakukan demi Keadilan. (Berita Yahoo News)
Dari mula lagi kita tahu Kem Guantanamo Bay membunuh hak kemanusiaan. Walau apa pun alasan Bush, penahanan orang tanpa bicara adalah satu kezaliman peringkat tertinggi. Alhamdulillah Presiden Obama mahu membaiki keadaan. Obama juga harus membebaskan semua tahanan serta merta dan mereka harus dibayar gantirugi di atas segala kesusahan yang berlaku kepada mereka.
Amerika kini mengalami perubahan dasar yang besar. Malaysia juga mesti mengubah dasarnya mengenai penahanan ISA. Malaysia juga perlu bertindak sehala dengan Amerika dengan membebaskan semua tahanan ISA serta merta. Jika betul mereka bersalah, maka bicarakan di Mahkamah supaya keadilan dapat ditegakkan.

No comments: