Antara tanda-tanda dunia dah nak kiamat adalah bila terlalu banyak pembunuhan berlaku. Nyawa manusia seolah-olah tidak bernilai. Peperangan semakin kerap dan mala petaka bertali arus.
Di Malaysia walaupun tiada peperangan dan mala petaka besar, pembunuhan berlaku setiap hari. Dan banyak pembunuhan itu berlaku atas sebab yang remeh temeh. Berita dari Malasian Insider melaporkan bahawa seorang jaga tua dibunuh oleh sekumpulan orang yang mahu mencuri duit dari mesin cashier sebuah pasaraya. Begitu juga seorang dibunuh dan seorang lagi cedera diparang oleh sekumpulan penagih dadah. Kes rogol, pecah rumah, samun, pecah amanah dan lain-lain tak usah kiralah...terlampau banyak!
Tetapi geng Pak Lah kata Malaysia negara aman damai....
No comments:
Post a Comment