11 January 2009

KESAH PUSO....(Episod 2)

(Sambungan dari episod lepas..)

Apabila dilihat oleh Aban Jau akan arah laluan itu, maka tahulah dia bahawa orang-orang Brunei itu menuju ke jeti di hilir. Maka tanpa berlengah lagi mereka pun bergegas ke arah jeti. Dalam susup sasap melalui denai yang telah dilalui oleh orang-orang Brunei itu, Aban Jau perasan pokok-poko renek yand baru dicantas oleh kumpulan Brunei itu telah mula tumbuh kembali. Ada rasa sejuk dalam hati Aban Jau. Ini satu petanda. Kata hatinya. Puso dirasanya bukan dalam bahaya. Malah dia akan 'tumbuh' dengan baik seperti pokok-pokok renek ini. Orang-orang yang mereka kejar bukan musuh sebenarnya.

Dalam pada itu, mereka tetap meneruskan penghambatan. Jeti sudah semakin hampir. Tentu mereka dapat memintas penculik-penculik itu di sana. Walaupun hati Aban Jau sedikit aman, beliau tidak mengkhabarkan apa-apa kepada orang-orangnya. Biar mereka terus menghambat sehingga ke jeti.

Angkatan pedagang Brunei itu pun sampai ke Jeti Sg Tinjar. Kebetulan sebuah kapal kerajaan baru hendak berlepas balik ke pengkalan. Setelah berurusan dengan kapten, mereka pun menaiki kapal yang berkuasa stim tersebut yang baru hendak bertolak.
Tatkala kapal tersebut baru sahaja memudik ke hilir, Aban Jau dan orang-orannya pun sampai ke tebing sungai. Apabila terlihat sahaja mereka akan penculik-penculik Puso yang berada di atas kapal yang baru hendak bergerak, beberapa panglima Sebob cuba menyumpit mereka dari tebing. Pantas mereka disekat oleh Aban Jau. 'Biarlah mereka pergi' kata Aban Jau. Beliau yakin bahawa Puso akan selamat bersama saudara-mara Bruneinya. Tanda yang dilihatnya dalam penghambatan mereka menyakinkan dia bahawa Puso akan selamat dan hidup sejahtera. Aban Jau mengarahkan mereka melatakkan senjata dan memaklumkan bahawa tanda yang dilihatnya tadi menunjukkan bahawa Puso bukan dengan musuh.

Aban Jau dan kaumnya terpaksa melepaskan Puso pergi walaupun sedih. Suasana di tebing sungai bertambah pilu bila Puso menjeguk dari dalam bakulnya dan melambai kepada Aban Jau. Maka berderai-derailah airmata sambil membalas lambaian anak kesayangan mereka. Harapan mereka, semuga Puso kembali suatu hari nanti.

Setelah mendapat berita bahawa Awang Rajit telah meninggal dunia, Puso telah dibawa oleh bapa saudaranya ke Bintulu untuk dipelihara oleh saudara perempuan Awang Rajit yang bernama Dayang Halimah. Pada masa itu ramai orang Brunei telah bermastautin di Bintulu samada lari dari nafsu serakah sultan yang mahu menggundikkan anak-anak perempuan mereka ataupun untuk mencari rezeki. Maka membesar Puso dalam jagaan Dayang Halimah di Bintulu dalam agama Islam dengan penuh kasih sayang dari kaum kerabat Bruneinya. Bila sudah dewasa beliau pun dikahwinkan dengan gadis tempatan bernama Naemah.

Dengan Naemah Puso mendapat Sahari. Sahari berkahwin pula dengan Dayang Nursalam dan mendapat Rambli. Kemudian Rambli dikahwinkan pula dengan Merliah (anak Mohd Tahir-paderi Belanda yang masuk Islam bila sampai di Sarawak untuk menyebarkan Kristian-satu kesah menarik juga untuk diikuti). Dari Rambli dan Merliah lahirlah isteri penulis.......




No comments: