13 January 2009

Nak Jaga Keselamatan Ke Apa?

Berita dari Harakahdaily mengatakan anggota polis ditambah lagi 2ooo menjadi kesemuanya 12ooo anggota polis dalam satu bandar Kuala Terrengganu. Bunyinya macam Polis pulak yang nak pergi mengundi. Ataupun seperti ada projek besar polis dalam PRK Kuala Terengganu ini. Seramai itu polis tentunya menambahkan lagi gawatnya suasana di KT. Pengempen dari BN dan PR pun dah bersesak-sesak, polis pulak tumpang sekaki.

Kita faham tugas polis adalah untuk menjaga keselamatan. Pilihanraya kecil kali ini adalah penentu arah tuju politik kedua-dua belah pihak. Tetapi seramai itu polis yang dikerah nampak seperti KPN 'overdo' apa yang sepatutnya. KT pernah ada pergeseran dengan polis dalam insiden Batu Burok. Sedikit sebanyak dendam masih ada di antara kedua belah pihak. Kita takut ada provokasi yang boleh meletuskan suasana huru-hara.

Orang-orang Malaysia adalah bangsa yang matang. Amat susah bagi kita untuk merusuh tidak tentu pasal. Kita bukan Ghana atau Zimbabwe. Waima, Indonesia sama sekali. Pantang ada sedikit provokasi maka akan turun berduyun-duyun kejalanan membawa parang dan kapak. PDRM sepatutnya kenal benar dengan mentaliti orang kita. Jadi apa perlunya anggota polis seramai itu untuk menjaga satu bandar yang tidak sebesar mana dalam satu pilhanraya kecil yang rutin sifatnya.

PR komited untuk menjaga keamanan dan begitu juga kata BN. Setakat ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan akan ada huru-hara. Jadi apa perlunya jumlah yang terlalu ramai. Kadar jenayah di merata tempat dalam negara ini meresahkan kita. Adalah lebih produktif untuk polis kita dikerah untuk menyifarkan kadar jenayah dari menebeng di tempat-tempat mengundi yang disesakkan dengan kehadhiran mereka.





No comments: