12 January 2009

PRK P036 King Maker: Pengundi Cina Dan Wanita

DAP sponsor LCD skrin besar bergerak untuk kegunaan PAS memberi penerangan dan kempen untuk PRK P036. Sokongan padu dari DAP tentunya akan membuka mata pengundi Cina bahawa tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti untuk mengundi PAS. Dulu pun kalau dilihat dari tren pengundian masyarakat Cina, memang pastilah kebanyakan pengundi Tionghua memberi undi keada Mohd Sabu. Tetapi faktor orang Melayu terlampau banyak termakan wang ehsan Idris Jusoh dan pertolongan hantu-hantu yang keluar mengundi, maka keupayaan King Maker oleh Masyarakat Cina tersisih.
Kali ini, PRK P036 akan membuktikan bahawa Cina lah King Maker di KT. Pengerusi SPR yang baru nampaknya lebih adil dan neutral. Tanpa manipulasi suasana dan tutup mata dari SPR, sukar untuk para hantu turun mengundi. Kita harap PDRM juga bersifat non-partisan dan neutral. Bila kedua-dua agensi ini tidak berpihak, maka pengundi Cina akan dapat memainkan peranan King Maker mereka dengan baik.

Seperti biasa BN akan memainkan sentimen perkauman dan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud. Samada orang-orang Cina termakan dengan propoganda dayus BN, akan terjawab pada malam 17 Januari.
Setakat ini kita yakin bahawa masyarakat Cina masih kuat mahu bersama dengan PR. Di sinilah peranan DAP amat penting untuk memastikan undi kaum Cina memihak kepada PAS. Pemberian LCD berskrin besar ini adalah bukti bahawa kerjasama akrab memang telah mesra dalam hubungan PAS-DAP. UMNO dan MCA tentunya sedang mengigit jari masing-masing memikirkan apa lagi isu yang boleh diketengahkan memutuskan hubungan kasih DAP-PAS. Isu Hudud dan perkauman tidak memberi kesan kepada apa yang mereka harapkan. Lebih banyak digembarkan, lebih gembur (subur) pula per'satu'an PAS-DAP. Olekerana DAP ialah parti Cina (rata-rata), maka hubungan mesra PAS-DAP tentunya memberikan petanda kepada para pengundi Cina bahawa tidak mengapa mengundi PAS.

Kuasa wanita dalam PRK Kuala Terengganu tidak boleh dinafikan. Muslimat PAS/Wanita PR perlu meningkatkan usaha untuk menambat hati pengundi wanita.Tradisinya pengempen Muslimat akan tentuya naik dari rumah ke rumah untuk berkempen kepada para pengundi wanita.

Cara ini amat berkesan sebenarnya. Sebab itulah setiap kali Muslimat turun dari satu rumah, UMNO akan menghantar Wanita atau Puteri mereka untuk meneutralkan semula orang wanita yang diziarahi oleh Muslimat.

Muslimat perlu teruskan perjuangan membentuk minda wanita Terengganu agar mereka sedar bahawa ada kuasa untuk menaikkan maruah bangsa bersama PAS. Janganlah dibiarkan wanita Terengganu khasnya dan Malaysia amnya, menjudikan nasib bangsa di tangan kepuraan UMNO/BN.




No comments: