Tanggal 2 November, hari yang paling keramat bagiku kerana isteriku yang tersayang dilahirkan ke dunia. Di kala itu aku baru darjah dua, hanya sibuk dengan sekolah, mandi sungai dan lembu di sawah. Hujung minggu aku ralit melukis helikopter dan ultraman sebelum sempat mencapai sabun dan ubat gigi. Tiada kanvas besar dan water colour cuma tanah putih laman ibu dan ranting mangga..
Tiada juga ku tahu kami terpisah oleh laut yang luas di China selatan. Tetapi memang sudah tertulis di Lauh Mahfuz bahawa bayi perempuan kacukan Kayan Sbob, Melanau dan Belanda itu akan menjadi pasangan jiwaku 19 tahun 8 bulan kemudian.
Memang sungguhlah Allah itu maha adil, dipertemukan kami dalam suasana yang tak terduga. Mudah pula semua halangan dan rintangan. Maka terijabqabullah dua hati satu jiwa dan bersatulah alam dua dunia.
Hari ini Hari Lahir Isteriku. Ibu kepada anak-anakku. Tiada hadiah yang mampu memberi harga kepada kasih sayang dan cintanya.
Memang sungguhlah Allah itu maha adil, dipertemukan kami dalam suasana yang tak terduga. Mudah pula semua halangan dan rintangan. Maka terijabqabullah dua hati satu jiwa dan bersatulah alam dua dunia.
Hari ini Hari Lahir Isteriku. Ibu kepada anak-anakku. Tiada hadiah yang mampu memberi harga kepada kasih sayang dan cintanya.
Cuma puisi indah gambar hatiku buatmu, di sini ku sisipkan sebuah puisi permata buat isteriku tercinta.....
Selamat Hari Lahir Sayangku....
PERMATA BUAT ISTERI
Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isterikU
3 comments:
terharu ana membacanya....sampaikan ucapan pada isterimu dgn ucapan `happy belated birthday'.....semoga sentiasa dalam perlindungan ALLAH & bahagia bersama keluarga...dari kami sekeluarga....Abu Aiman, Ummu Aima, Aqil Aiman, Nabilah Aiman & Ameer Aiman....
Tengkiu brader....
soo romantik.. :)
Post a Comment