Aku setuju dengan kenyataan Pak Lah yang mengatakan bahawa kalau baik UMNO baiklah rakyat. Kita lihat dalam UMNO sekarang sedang berlaku perang yang hebat. Berbagai tuduh menuduh dan laporan demi laporan di buat kepada polis dan BPR. Ada pasal kes tumbuk menumbuk dan baling kerusi, ada juga kes 'tumbuk rusuk' dan rasuah politik. Juga dilaporkan ada lima bahagian gagal bersidang selepas tarikh akhir masa yang diberi untuk bersidang berakhir. Bebagai masalah tidak puas hati tentang calon dan ahli-ahli yang tidak layak mengundi.
Oleh kerana UMNO sekarang adalah tonggak kerajaan BN maka apa yang berlaku dalam UMNO sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesejahteraan Malaysia. Sekarang keadaan UMNO sangat tidak baik dan kita tengok kesan yang terjadi pada Malaysia. Urustadbir buruk, penyelewengan kuasa, jenayah yang semakin bertambah, mutu kehidupan yang menurun, masalah ekonomi yang semakin meruncing, masalah akhlak remaja dan 'retua' (meminjam kata Dto Fazillah Kamsah) yang membarah dan berbagai masalah dan mala-petaka menimpa tanah bertuah ini.
Seperti pengubatan penyakit barah, bahagian yang diserang barah itu harus dibedah dan buang. Nampaknya itulah yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk mengubati 'penyakit' yang sedang melanda negara. Potong dan buang parti politik yang dah busuk ini dan transplant yang baru.
No comments:
Post a Comment