27 November 2008

PERISTIWA SERANGAN MUMBAI

Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian dari peristiwa yang sedang berlaku di pusat perdagangan India, Mumbai. Setakat posting ini ditulis 125 orang telah mati termasuk 14 orang pasukan keselamatan India dan 5 orang penyerang. Mujahidin Deccan (Dhakka), sebuah organisasi jihadi yang tidak dikenali telah mendakwa bertanggung jawab ke atas serangan di 10 lokasi strategik di Mumbai. 3 hotel ternama iaitu Taj Mahal, Oberoi dan Trident telah menjadi kawasan perang sejak 25 jam yang lalu. Selain dari hotel-hotel itu, pusat kebudayaan Yahudi, Nariman House, stesen keretapi dan beberapa lagi kawasan awam di Mumbai juga di serang.
Peperangan sedang berlaku di Kashmir di mana pejuang-pejuang kemerdekaan Kashmir berperang untuk membebaskan negeri mereka dari kekuasaan India. Mumbai dan Delhi telah beberapa kali menjadi sasaran serangan bom oleh Mujahidin India. Tetapi serangan kali ini adalah yang terbesar didakwa dilakukan oleh Mujahidin Deccan, sebuah organisasi mujahidin yang tidak dikenali. Seperti biasa PM India menuduh Pakistan memainkan peranan dalam serangan ini. Rata-rata pengalisis berita hairan bagaimana sebuah kumpulan kecil yang tidak dikenali berupaya melakukan satu serangan yang terancang serentak di sepuluh tempat di Mumbai.
Petunjuk-petunjuk yang didapati setakat ini menuduh kumpulan ini berpusat di Pakistan atau dilatih di sana. Setakat pukul 2.40pagi ini, 5 orang penyerang telah terbunuh dan masih ada seorang penyerang di dalam Hotel Taj tetapi cedera dan sedang cuba ditangkap atau dibunuh oleh komando-komando India.

Apa yang kita takuti, umat Islam India akan dijadikan sasaran balas dendam seperti yang berlaku di Amerika selepas peristiwa Sepember 11. Islamophobia akan bertambah teruk dan umat Islam akan lebih didendami. Apa yang sebenar India dan Dunia lupa adalah punca kenapa anak-anak muda Islam bertindak untuk melawan kerajaan (establishment). Kita tahu India tidak berlaku adil di Kashmir. Penduduk Kashmir rata-rata miskin papa. Mereka terpingir dari kemajuan dan Delhi meletakkan beribu-ribu tentera di Kashmir untuk menekan gerakan kemerdekaan di sana. Keadaan ini membuatkan umat Islam Kashmir dan tempat lain di India menyimpan dendam kesumat untuk membalas perbuatan zalim Kerajaan India.

Kata-kata ahli politik India samada parti pemerintah Kongres atau pembangkang BJP sangat sinonim seperti kata-kata George Bush selepas 9/11. Amerika menyerang Afghanistan kerana menuduh negara itu menjadi pusat organisasi Al Qaeda. Apakah India selepas 11/26 akan menggunakan segala kekuatan untuk menyerang Pakistan kerana India menuduh serangan Mumbai didalangi oleh Pakistan.

Amat malang kalau India mengulangi jalan yang diambil oleh Amerika. India perlu ingat bahawa 13.4% dari warganegaranya adalam Muslim iaitu negara ketiga di dunia mempunyai penduduk Islam teramai. Jika India melakukan seperti Amerika, maka India boleh terjatuh ke dalam kancah perang saudara.

Apapun apa yang berlaku di Mumbai tidak boleh di terima. Tetapi kenapa reaksi yang sama tidak ada apabila orang-orang kampung yang miskin dibom dengan Cruise Misiles di sempadan Pakistan - Aghanistan. Apakah kerana mereka miskin maka media tidak perlu memberi liputan yang adil. Kalau dibanding bom tangan dan AK47 Mujahidin Dhakka dengan Cruise Misiles dan bom Hellfire Aparchie Amerika, amat tidak setara. Tetapi kerana yang diserang adalah kepentingan kapitalis dan yang perit dan terbunuh ialah orang-orang kaya, maka tiba-tiba dunia digemparkan dengan berita ini. Berbagai berita TV dibuat secara lansung dari minit ke minit. Mumbai digambarkan seperti dalam kawasan perang. Sikap double standard ini sangat memualkan. Apakah nyawa orang miskin di Pakistan tidak berharga? Atau sebab yang dibunuh di Pakistan dan Afghanistan adalah orang Islam maka dunia tidak perlu digemparkan dan Amerika tidak perlu dikutuk kerana melakukan serangan yang sangat bacul itu.

Begitu juga nasib orang-orang Islam di Palestin. Tidak ada lansung usaha masyarakat dunia untuk benar-benar mengajar Israel agar tidak menzalimi orang-orang Palestin. Saban hari Palestin dibasahi darah anak watannya tetapi Israel tetap dilindungi oleh Amerika dan Dunia Barat.

Sebenarnya inilah punca segala-galanya. Umat Islam di zalimi dan ditindas. Jika Amerika dan Dunia Barat tidak menyokong Israel dan India serta menghukum mereka kerana menindas Palestin dan Kashmir, sudah tentu Osama Binladen dan Al Qaeda atau mana-mana organisasi militan Islam yang lain akan meletakkan senjata dan hidup aman dikampung halaman masing-masing.

Selagi dunia tidak menyelesaikan masalah Palestin, Kashmir, Mindanau, Patani, Chechnya atau di mana-mana tempat yang penduduknya ditindas; kumpulan-kumpulan Mujahidin di sana atau di mana-mana sahaja, akan bangun untuk menuntut keadilan dengan cara yang mereka faham.
India perlu realistik dalam tindakan mereka sekarang kerana kumpulan-kumpulan mujahidin sedang melihat mereka dengan teliti. Tindakan yang zalim kepada orang Islam India atau Kashmir akan mengundang peristiwa ulangan seperti Serangan Mumbai. India mesti berhati-hati. Janganlah jadikan nafsu dendam sebagai penunjuk jalan kepada penyelesaian kepada aktiviti keganasan di India. Selesaikan masalah Kashmir dengan memberi penduduk Kashmir kebebasan untuk memilih kerajaan mereka, samada memerintah sendiri, bersatu dengan Pakistan atau terus hidup di bawah India.

Jangan biarkan pelampau Hindu bermaharajalela kerana peristiwa penyembelihan umat Islam Gujerat oleh puak Hindu adalah antara sebab mengapa kumpulan Mujahidin India (dan Dhakka) bangun untuk membalas dendam dengan cara yang mereka fahami.














No comments: