14 November 2008

LPG Filipina Turun Lagi...Kita Entah Bila...

Kerajaan Filipina telah menurunkan harga LPG (membalikkan harga atau Rollback) bermula dari 12.01am 13/11/08. {lihat link di sini..} Atas gesaan kerajaan syarikat minyak di Filipina seperti Pilipinas Shell Petroleum Corp dan Petron Corp. telah mula menjual LPG 10 Peso sekilogram lebih murah. Harga 11kg silinder LPG telah diturun sebanyak 11o Peso (RM1=13.647P) atau RM8.06.
Harga LPG untuk kenderaan juga telah diturunkan juga antara 4P ke 6p seliter.
Filipina adalah negara pengimport minyak walupun mereka mengeluarkan minyak tetapi tidak cukup untukk kegunaan sendiri. Malaysia pula adalah pengekspot minyak dan minyak yang kita keluarkan adalah yang bermutu tinggi. Hairan bin ajaib Filipina mampu menurunkan harga minyak dan LPG tetapi kita negara yang mempunyai minyak sendiri masih tidak menurunkan harga minyak sepatutnya dan harga LPG kita masih tinggi.
Menteri sibuk menyuruh pekedai dan peniaga menurunkan harga barangan kerana telah menurunkan sedikit harga minyak tetapi tidak peduli pada harga LPG kita yang masih tinggi. Sebab itulah harga makanan masih mahal, sebab kos gas memasak terlalu tinggi. 14kg LPG silinder masih lagi RM25 (mungkin lebih di kawasan pendalaman). Jika Filipana boleh menurunkan harga sebanyak RM0.73 sekilogram kenapa Malaysia tidak boleh?. Jika diambil nisbah yang sama, 14kg LPG silinder kita sepatutnya boleh dibeli pada harga RM14.78.
Aduhai......bilalah agaknya rakyat marhein boleh menikmati harga gas dan minyak yang lebih murah....

No comments: