TS Musa Hassan kata ada pihak ketiga yang pandai-pandai arah polis buat itu ini. Betul ke? Baru sedar sekarang? Dulu pantang berdetik sikit orang UMNO polis terus melompat. Maka banyaklah ceramah parti pembangkang kena kacau dek polis. Alasannya ketenteraman awam. Anihnya bila dibawak ke mahkamah tak ada satu pun polis menang. Kes Mat Sabu ceramah di N9 dulu, buang kes. Akta Polis yang digunkan tak boleh pakai, sebab memang tak menganggu ketenteraman awam pun. Ceramah dalam premis persendirian.23 March 2010
Ada Tangan Luar Yang Mendalang!
TS Musa Hassan kata ada pihak ketiga yang pandai-pandai arah polis buat itu ini. Betul ke? Baru sedar sekarang? Dulu pantang berdetik sikit orang UMNO polis terus melompat. Maka banyaklah ceramah parti pembangkang kena kacau dek polis. Alasannya ketenteraman awam. Anihnya bila dibawak ke mahkamah tak ada satu pun polis menang. Kes Mat Sabu ceramah di N9 dulu, buang kes. Akta Polis yang digunkan tak boleh pakai, sebab memang tak menganggu ketenteraman awam pun. Ceramah dalam premis persendirian.PAS Makin Menyengat Di Sarawak

21 March 2010
Asrama Putera SMKA Miri Terbakar!!
Nasib baik kebakaran ini berlaku semasa pelajar-pelajar bercuti. Hari ini adalah hari semua pelajar akan balik ke asrama. Syukurlah ia berlaku semasa tiada pelajar di sana. Asrama ini 3 tingkat dan yang terbakar ialah tingkat teratas sekali, yakni dorm pelajar-pelajar tingkatan satu. Kalaulah ia berlaku waktu malam semasa pelajar-pelajar sedang tidur, tentu perkara lebih buruk akan berlaku. Syukur...syukur...
Anak Sheikh Sambal ada 2 orang bersekolah di sini. Dorm anak yang lelaki tingkatan 2 tidak terbabit sebab dorm dia di blok bertentangan. Blok perempuan ok, jadi anak sulung Sheikh Sambal boleh teruskan hidup di asrama tanpa gangguan.
Menurut Pengetua, pelajar lelaki yang rumah berdekatan akan berulang dari rumah setiap hari. Yakni, jadi pelajar harianlah. Keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar yang rumahnya jauh dari sekolah seperti Bintulu, Bekenu dan Limbang.
Tak kesah lah. Apa-apa pun yang penting pelajar-pelajar yang terbabit boleh meneruskan pembelajaran mereka. PIBG dan pihak sekolah perlu memainkan peranan untuk memastikan pelajar-pelajar tidak terganggu sangat pembelajaran dan kehidupan mereka.
Hairan... apakah hikmah dan pelajaran yang Allah nak sampaikan kepada kami. Rumah Sheikh Sambal baru terbakar ngam-ngam sebulan yang lalu, yakni pada 22/02. Ini 21/03, asrama anak pula yang terbakar. Semuga Allah jadikan ini sebagai kifarah dan faktor keampunan untuk kami sekeluarga dan warga SMKA Miri am nya.
Kita minta Kerajaan Negeri Sarawak dan Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan darurat untuk membina semula asrama yang rosak. Jangan ada birokrasi yang melampau dalam mengeluarkan bajet untuk projek pembinaan semula ini. PM Najib dan KM Taib harus mengambil inisiatif awal dan segera bagi membantu para pelajar dan keluarga yang terbabit. Menurut anggaran awal kerugian pihak sekolah ialah RM1.2juta. Itu sekolah. Bagaimana pula pakaian, buku-buku dan berangan peribadi pelajar tersebut. Kita minta pak-pak menteri ini memberikan bantuan segera kepada mereka.
Mungkin JAIS sebagai jabatan yang bertanggung jawab ke atas sekolah-sekolah agama di Sarawak segera menjadi penggerak kepada proses pembaikpulihan SMKA Miri. Ini sekolah agama. Tempat anak-anak kita belajar Quran dan Sunnah. Cepatlah kita bertindak. Jangan biarkan anak-anak kita menunggu-nunggu bila mereka boleh mengharungi hidup seperti biasa.
Juga kepada PAS Kawasan Miri yang membuat kutipan kilat untuk diserahkan kepada PIBG bagi meringankan penderitaan pelajar-pelajar yang musnah barangan peribadi mereka.
18 March 2010
Air gula pengganti susu ; Apa Taib Mahmud Nak Jawab ni?
KOTA SAMARAHAN: Akibat dihimpit kemiskinan Rabuyah Narawi, 32, hanya mampu memberikan air gula sebagai pengganti susu untuk membesarkan anak bongsunya yang berusia dua tahun.
DAIF: Rabuyah bersama empat orang anaknya mengharapkan bantuan serta pertolongan daripada pihak yang sudi menghulur bantuan.
Justeru, dia tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat anaknya itu memberontak dan menangis kerana menginginkan susu.
Ibu kepada empat orang anak ini telah mendirikan rumah tangga sejak 2002 dan menetap di Kampung Sambir, Asajaya di sini bersama ibu mertuanya yang sudah menjangkau usia 70 tahun.
“Saya tidak dapat menahan sebak di hati bila melihat anak saya yang paling kecil menangis kerana inginkan susu.
“Ibu mana yang tidak sayangkan anak. Budak kecil bukannya tahu erti kehidupan tapi apalah yang mampu saya buat untuk mereka,” katanya pasrah dengan nasibnya.
Suaminya, Sahari Arbi, 42, hanya bekerja mengambil upah menjaga kambing orang kampung dan memperolehi pendapatan RM5 sehari untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Selain itu, Sahari turut menambah pendapatan dengan mengambil upah memetik buah kelapa dan menebas rumput kebun-kebun penduduk kampung.
Bagaimanapun masalah kesihatan yang dihadapi Sahari menjadi penghalang untuk mencari pekerjaan lebih baik.
Sahari kini menghidap penyakit darah tinggi yang serius dan masalah rabun mata kanan akibat katarak yang menyelaputi mata hitamnya.
Rabuyah pula pernah menjalankan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran dan disyaki menghidap ketumbuhan dalam hidung tapi tiada pemeriksaan lanjutan dibuat kerana masalah kewangan.
“Bukan saya sengaja membiarkan sakit saya berlarutan tapi kesempitan yang kami alami ini menghalang saya meneruskan pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak.
“Saya lebih rela tempuh semua ini daripada melihat anak saya tidak makan,” katanya sebak mendukung anak bongsunya.
Menurut Rabuyah pernah juga keluarga mereka berlapar kerana tiada duit untuk membeli keperluan dapur seperti beras.
Selain itu, beliau sanggup menyimpan rasa malu datang mengetuk rumah jiran tetangga bagi mendapatkan sesuap nasi untuk anak-anaknya.
“Saya tahu apa yang saya buat ini sangat memalukan tapi saya tidak sanggup melihat anak saya menangis kelaparan,” ujarnya.
Bagaimanapun, Rabuyah tidak menjadikan kesempitan hidup yang mereka alami sebagai alasan untuk anaknya ketinggalan dalam pelajaran.
Anak sulungnya Norfazira yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.
Menurut Norfazira, dia ingin melihat dan mengubah kehidupan keluarga mereka serta membalas budi kedua-dua orang tuanya.
Walaupun di sekolah dia sering diejek oleh rakan sekelas tetapi dia tetap kuatkan diri menghadapi semua itu kerana dia tahu pelajaran sahaja yang dapat mengubah segalanya.
“Di sekolah saya lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains.
“Sukar untuk saya mendapatkan rujukan yang lebih dalam membantu untuk meningkatkan penguasaan saya dalam mata pelajaran tersebut,” katanya semalam.
Bagaimanapun Norfazira tetap akan meneruskan pembelajaran dalam menghadapi UPSR yang semakin dekat walaupun dalam serba kekurangan.
Dalam kegembiraan melihat semangat anak sulungnya, Rabuyah tetap berasa risau dengan masa depan pelajaran anaknya.
Tahun ini, anak sulungnya tamat persekolahan di sekolah rendah dan akan meneruskan pembelajaran di sekolah menengah.
Terdetik di hatinya bertanya, adakah dia dan suaminya mampu meneruskan pembelajaran anaknya ke peringkat yang lebih tinggi?
Jika diberi peluang Rabuyah sanggup mengambil upah untuk menjahit baju atau membuat sulaman tetapi semuanya memerlukan duit untuk membeli peralatan.
Menurut Rabuyah setakat ini belum ada satu bantuan pun yang mereka terima daripada mana-mana badan kebajikan.
“Tahun lepas ada pihak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat datang melihat keadaan keluarga kami tapi sampai sekarang belum ada bantuan yang diterima.
“Bukan mengharap tapi kalau ada peruntukan untuk kami apa salahnya menerima,” katanya.
Rabuyah berkata pernah juga Pegawai Daerah datang melihat keadaan rumah kami tapi belum ada sebarang tindakan susulan dibuat dalam membantu keluarga kami.
Selain itu, suaminya pernah pergi memohon bantuan di Pejabat Daerah Samarahan untuk mendapatkan rumah baru bagi menggantikan rumah mereka yang sungguh usang.
Pegawai yang bertanggungjawab pernah datang mengambil gambar dan memeriksa keadaan rumah kami sebelum permohonan diluluskan.
Bagaimanapun, tiada satu perubahan pun yang dilakukan bagi membantu keluarga kami.
Rabuyah sekeluarga berharap agar ada pihak yang sudi datang menghulurkan bantuan bagi membantu mereka sekeluarga.
05 March 2010
JAIS haramkan sijil halal dikeluarkan syarikat swasta
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi. – Utusan

04 March 2010
Lawak Musa: Polis Tiada Kaitan Dengan Parti Politik
04/03/2010 3:51pm
PULAU PINANG 4 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis tidak pernah berkonspirasi dengan mana-mana parti politik dan akan menyiasat siapa saja jika ada laporan yang dikaitkan dengan mereka.
"Jika anda bersalah kita siasat, termasuk ahli politik Barisan Nasional.
Kita tidak terlibat dengan mana-mana parti politik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali yang mendakwa BN berkonspirasi dengan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menahan pemimpin pakatan pembangkang. - Bernama
Satu Lagi Kes Janji Gula-Gula Pilhanraya!!
March 4, 2010, Thursday
BA KELALAN: Lun Bawangs in Ba Kelalan are wondering when the government will actually start their micro hydro-electric project.
POSER ON MICRO-HEP: Tadam (right) and Frederick show pictures of the pipes that are supposed to be used for the micro-hydro electric project in Ba Kelalan.
They have waited long for the project but it has not taken off. The project which is meant to benefit about 1,000 Buduk Nur and Long Langai villagers, was approved by the federal government to ease their dependence on diesel generators.
That is well and fine, but today the village development and security committee (JKKK) of Buduk Nur is unhappy because the contractor has yet to turn up in the highlands.
A member of the JKKK, Tadam Arun, said the government has allocated a big fund for the project and it should have taken off by now.
Accompanied by chairman of Sarawak Lun Bawang Association chiarman, Frederick Lalung Ngilo, he said optimism has turned into suspicion and scepticism in the two villages.
“What we saw are only pipes piled up in our area but there has been no signs of work starting and the villagers want to know what the problems are,” he said.
The villagers are willing to undertake it on ‘gotong-royong’ (voluntary communal) basis if the contractor is unwilling to proceed with the project.
Tadam, who is also PBB Ba Kelalan Youth secretary, said locals have yearned for the project for years so the delay was heart-breaking to them.
Electricity and roads have topped the list of their requests to every top government official.
He pointed out that the proposed mini hydroelectric dams at Kampung Buduk Nur and Long Langai are regarded as a lifeline and hence have long been part of the development plans for them.
The area also has a primary school and health clinic which could be powered by the micro-HEP dams.
Tadam also pointed to the water piping system which has failed since June last year. It has yet to be rectified. Locals are currently depending on their old gravity-feed water supply systems.
03 March 2010
Apa Perlu Masuk Bila PBB = UMNO
02 March 2010
Miri Jerebu Tahap Darurat! UPDATE @11AM 2MAR2010
Tapi Sheikh Sambal jangka jerebu akan berulang lagi sebab banyak kawasan belukar dan hutan sekunder di sekeliling Miri sedang terbakar. Cuaca panas dan kemarau sekarang jadi faktor utama kebakaran mudah berlaku.
Sikap perokok yang suka membuang puntung rokok merata tempat adalah faktor utama banyak kawasan tepi jalan terbakar. Jalan antara Miri Bintulu sangat banyak pemandangan hangus yang disebabkan oleh puntung rokok.
Selain itu sikapa para petani yang suka membuat pembakaran terbuka untuk menerangkan kawasan mereka juga antara penyebab besar. Paling malang kawasan tanah gambut. Tahun lepas SOP telah kerugian beratus ekar tanah ladang disebabkan tanah gambut yang terbakar. Api tak nampak tapi asap pekat keluar dari tanah. Sekarang perkara yang sama berlaku terutamanya kawasan yang sekeliling Suai-Nyalau.
Penguatkuasaan larangan pembakaran terbuka perlu diperketatkan. Syarikat dan ladang-ladang yang menjadi 'culprit' jangan sekali dilepaskan.