05 February 2010

Tazkirah Jumaat: Amalan Yang Untuk Masuk Syurga &Terjauh Dari Neraka

Hadith Riwayat Tirmidzi - Lidah Oh Lidah:
Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata (kepada Rasulullah SAW):
"Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam Syurga dan menjauhkan aku dari Neraka."

Jawab Nabi SAW: "Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu: Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya?"

Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."

Sabda baginda: "Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad."

Kemudian Nabi bersabda lagi: "Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini?"

Aku menjawab: "Mahu, ya Rasulullah."

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata: " Awas, jaga ini (lidah) baik-baik."

Aku bertanya: " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya? "

Baginda lalu menjawab: "Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam Neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

Ehsan dari PKIP.
.

No comments: