02 November 2009

JAIS Tangkap Dr Asri ...Macam Tak Ada Kerja Lain!

JAIS tangkap Bekas Mufti Perlis, Dr Asri malam tadi di Taman Sri Ukay. Beliau buat kuliah bulanan di sana. 40 orang penguat kuasa JAIS dan polis datang kepung dan tangkap Dr Asri. Suasana macam tangkapan DSAI dulu.

Ini kerja gila. Kalau waktu UMNO memerintah Selangor dulu, biasa kita dengar ustaz-ustaz kena tangkap, waima, bekas mufti Kerajaan Selangor Sendiri, Allahyarham Dato' Ishak pun ditekan dan dipersoalkan tauliah memberi kuliah agama. Memanglah, waktu itu UMNO panas punggung bila dengar perkara haq diwar-warkan di masjid-masjid dan surau-surau. Itu dulu. Sekarang apa kes pulak?

Adakah sebab JAIS tak boleh setuju dengan pengangan aliran Salafi Ibn Tayimiah Dr Asri dan geng, maka ditangkap kawan tu. Come on la JAIS.... Bukankah Nabi dah kata perbezaan pendapat itu adalah rahmat bagi umatnya. Tak bolehkah JAIS meraikan perbezaan pendapat? Kalau ada hujah masing-masing, maka berbincanglah secara ilmiah. Bukan tangkap bila tak dapat jawab!

Apa Dato' Hassan buat. JAIS kan bawah Dato' Hassan Ali. Walaupun Dato' Hassan dalam keadaan agak panas dalam iklim PAS sekarang, Dato' Hassan perlu kawal ustaz-ustaz yang berperangai macam budak-budak dalam JAIS.

Kita dah cukup dengan kontroversi di Selangor, tolong jangan tambah lagi. Banyak kerja yang masih belum selesai. Amalan rasuah yang masih berleluasa perlu dibenteras.

Cerita pasal rasuah, SS baru sahaja lalui kesah getir di Pejabat Tanah Shah Alam. Ana jual rumah pada seorang adik ana dan sekarang dalam proses pertukaran nama dari pemaju kepada ana dan kemudian kepada adik ana tu. Fail dan presenatasi lawyer dah serahkan pada bulan mei 2009 lepas, tapi sampai sekarang tak setel lagi, dah masuk 6 bulan. Ana tak tahu samada peguam ana tak buat kerja atau pejabat tanah buat kerja macam siput.

Jadi nak cepat ana mintak tolong seorang kawan yang selalu berurusan di pejabat tanah Shah Alam. Bila dia pergi tanya, ada ke pegawai tu mintak duit RM2000 sebagai pelincir untuk cepatkan proses pertukaran nama. Kepala hotak dia!! Ini Selangor! Kerajaan Pakatan Rakyat! Mana integriti pegawai2 kerajaan. Tanpa segan silu mintak rasuah. Itu yang buat ana kecewa!

JAIS kenapa tak nak tangkap perasuah yang bermaharaja lela di Pejabat Tanah Shah Alam tu...dan di semua pejabat Kerajaan Tempatan. Ini sibuk tangkap Dr Asri. Walaupun Dr Asri tu berfahaman Salafi Ibn Tayimiah (atau Wahabi ikut cakap kasarnya), dia tak rasuah. Bukannya berdosa bagi kuliah tak ada tauliah JAIS. Hampeh!

2 comments:

Anonymous said...

Maaf cakap. Hadis yang Rasulullah SAW sabda tu bukan lau tu tafsirnya, kena tanya yang lebih arif sebab yang kena tangkap tu dah melalut jauh tak ikut sunnah yang dia dok suruh ikut...jangan dok banding dia dengan Imam-imam 4 Mazhab tu ( jauh dan tak layak dibuat perbandingan ) Bukan masalah berlainan pendapat tapi masalah dia dok kata pendapat orang lain tak betui, pendapat dia saja yang kena, lepas tu dok halang orang buat amalan sunnah yang dia kata bidaah....?

Sheikh Sambal said...

Anon 11:24,
Dr Asri mmg tak boleh bandingkan dengan Imam2 4 Mazhab tu... ok.. walaupun dia cakap orang lain tak betul (hang confirm ka dia cakap cam tu?) adakah itu cukup alasan untuk tangkap!! Tindakan 'tangkap' bila ada orang buat salah.. Adakah Phd dan kelulusan Dr Asri tak cukup untuk melayakkan dia bagi kuliah agama?...mmm ana rasa ini tindakan emosional oleh geng JAIS.