Wang ehsan: Kelantan cadang perjanjian carigali dibatal!
Salma Husin Thu Nov 05, 09 7:45:37 am HARAKAH
Salma Husin Thu Nov 05, 09 7:45:37 am HARAKAH
KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri akan melantik peguam bagi membuat kajian mungkin membatal hak carigali kepada Petronas yang ditandatangani pada 1975 sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi kerajaan pusat.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, penal peguam terbabit akan membuat kajian terperinci berhubung tindakan yang perlu diambil berikutan royalti ditukar kepada wang ehsan.
Selain itu, kerajaan negeri juga mungkin mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di kawasan pembangunan bersama Malaysia-Thailand (JDA) kawasan pengurusan komersial Malaysia-Vietnam (CAA).
'Ini kerana CAA dan JDA adalah entiti yang melibatkan antarabangsa dan operator mereka juga ialah syarikat yang berdaftar di luar negara,' ujarnya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.
Di persidangan parlimen hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu wang ehsan akan diberi kepada rakyat Kelantan dan bukan royalti sebagaimana dituntut kerajaan negeri.
Husam berkata, kemungkinan juga kerajaan negeri akan mendapat perintah injuksi pengeluaran sementara kepada operator pengeluaran sama ada di CAA dan JDA di mahkamah di luar Malaysia.
Bagaimanapun ia tertakluk kepada persetujuan panel guaman yang bakal dilantik nanti.
Bagaimanapun kata beliau usaha perbincangan dengan kerajaan pusat tetap diteruskan dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hak royalti.
Katanya juga pembayaran royalti kepada Terengganu, Sabah dan Sarawak dibuat walaupun pelantar cari gali berada di luar tiga batu nautika.
'Persoalannya sekarang, kenapa Sabah, Sarawak dan Terengganu dibayar royalti sedangkan kedudukannya lebih daripada tiga batu nautika berbanding Kelantan hanya tiga batu nautika,' ujarnya.
Pada masa yang sama Husam turut melahirkan bimbangan jika kerajaan pusat tidak menyalurkan wang berkenaan kepada kerajaan negeri sebaliknya melalui agensinya.
Beliau yakin pembangunan tidak akan dapat dinikmati dengan baik rakyat di negeri ini seperti yang berlaku di Terengganu, biar pun negeri itu sudah 20 tahun mendapat royalti minyak.
?Ini kerana negeri itu masih tersenarai antara negeri yang mempunyai bilangan penduduk miskin ramai di negara ini,? ujarnya.
Tuntutan royalti sebanyak RM1 bilion yang dibuat kerajaan Kelantan sebelum ini berdasar laporan Jabatan Statistik yang mendedahkan negeri ini tersenarai sebagai negeri pengeluar minyak.
----------------------------------
Kalau pengeluaran minyak dari perairan Kelantan dihentikan, Petronas akan kehilangan hasil minyak yang lumayan. Sebab Petronas milik negara, maka kita rakyat juga yang akhirnya merasa perit. Tapi itulah hakikatnya...telan mati emak luah mati bapak. Kalau tak diajar, bila penguasa Petronas tu (PM dan konco2nya) akan sedar. Elok juga dipeletok tangan Petronas, biar Najib terasa sakitnya. Kita rakyat tahan lah sekejap. Kejayaan memerlukan pengorbanan.
Sementara menunggu Mahkamah memutuskan samada boleh batal atau tidak hak carigali minyak di perairan Kelantan, injuksi ke atas pengeluaran hasil MINYAK dan GAS akan menguatkan tuntutan Kelantan ke atas royalti minyaknya. Kelantan akan punyai lebih kuasa tawar menawar dengan adanya injunksi. Tapi ia mungkin mengambil masa yang lama. Kerajaan Malaysia dan Petronas akan rugi banyak jika dibiarkan.
Maka daripada membiarkan Kelantan membakar kelambu baik kita tolong halau nyamuk. Spray ridsect ke atau pakai pelempang ke, tak kesah janji mati. Bebas kita dari penghisap darah senanglah kita hidup.....ada paham?
.
.
No comments:
Post a Comment