Sarawak pun banyak lembu tumbang. Tahun lepas berpuluh ekor lembu jantan betina diderma oleh Bintulu MP Datuk Seri Tiong King Sing untuk dikorban. Kalau Datuk Ting ni muslim, tentu banyak pahala dia. Di Surau Martabat je, lebih 20 ekor disembelih atas nama Datuk Ting. Wah...hebat..samp[ai lembu betina pun di korban juga! :p
Kalau DS Ting tak bagi lembu buat korban/sembelih memang tak meriah Bintulu. Mana nak dapat 20 ekor lebih lembu dikorban sekali jalan. Tau tak lembu di Sarawak paling mahal di Malaysia raya ini. Daging segar di pasar berharga tidak kurang RM35 sekilogram. Nak beli seekor lembu jantan untuk buat korban pula kalau tak ada paling kurang RM3000 jangan harap dapat. Rata-rata satu bahagian korban ialah RM400-RM500. Kambing pun sama. Sekor RM500.
Kita pun hairan kenapa harga lembu dan kambing di Sarawak terlampau mahal? Sabah dan Semanjung Malaysia harga lebih kurang. Kalau nak korban seekor lembu, ada RM1800 dah boleh cari la lembu yang cukup umur. Jawaban dia senang je. Simple economics..bak kata orang putih. Penawaran kurang tetapi permintaan banyak. Bila banyak yang mintak dan yang ditwarkan dalam pasaran sedikit, maka harga akan naiklah..
Tapi kenapa? Kenapa orang kampung di Sarawak tak bela lembu dan kambing seperti di Semenanjung? Kalau kat kampung Sheikh Sambal, kalau jalan malam-malam tu bebaik sikit. Kalau salah pijak, kiki terjerumus dalam lembah kehinaan (terpijak tahi lembu la...) Dulu lembu bersepah di kampung-kampung. Sekarang sistem ladang lembu dah semakin canggih, lembu duduk dalam kandang makan pagi petang (feedlots). Cukp masa lembu gemuk hantar sembelih.
Di Sarawak tak macam tu. Orang Sarawak suka makan daging lembu tapi terpaksa membayar harga yang sangat mahal.
Sheikh Sambal pernah bertanya dengan seorang kawan pemastautin di Kuching. Dia orang Kedah tapi bini orang Kuching. Katanya "Semuanya dikawal oleh Sarabeef, bro" Daging di import dari Australia.. "dan siapa punya ladang kambing dan lembu yang sama besar dengan Sarawak di sana?", sambungnya lagi.
Wah kalau begitu, teruklah orang kampung dan orang yang berpendapatan rendah. Sheikh Sambal selalu beli daging beku di Semenyih dulu, harga RM7-RM9 sahaja sekilogram. Di Kuching pula, harga daging beku ialah RM18 sekilogram. Aduh.... kesian orang Sarawak.
Makan daging manok ajelah... (manok = ayam). Eh chup!... daging ayam pun mahal. Sekilo daging ayam sembelih ialah RM8-RM9. Mana pergi penguat-kuasaan harga siling... entah? Peliknya ayam bukan di import pun. Melambak ladang ayam di seluruh Sarawak. Harga siling RM6.80 tidak pernah diendahkan oleh peniaga-peniaga ayam. Alasannya ialah harga datang dari ladang mahal. Tanya penternak, harga makanan mahal. OK lah...makanan ayam terpaksa diimport dari Semenanjung, tapi takkkan sampai RM9 sekilo bila peniaga ayam di Kuala Lumpur boleh jual dengan harga RM4.80 sekilo. Melampau!!
Siapa pulak yang sebenarnya mengawal pengedaran ayam? Kroni lagi ka? Adus.... Gengster? Lagi adus..... Orang miskin gak yang tersepit.
Kenapalah segalanya mesti mahal di Sarawak tercinta ini...
No comments:
Post a Comment