12 November 2009

Bai'ah Talak: Pembasmi Katak Yang Sangat Effektif

Maka berdentumlah halilintar UMNO bising tak puas hati dengan cara bai'ah YB Pas Selangor yang menggunakan Cerai Taklik sebagai tool atau alat untuk memastikan semua YB Pas kekal dalam parti. Bertempeklah agen-agen BN mengatakan ini tidak elok dan menjatuhkan imej dan maruah Islam.

Sampaikan mufti pun turut di heret. Maka seperti biasa Mufti perak Dato' Harusani pun mengeluarkan fatwa bahawa perbuatan ini haram. Selangor punya hal, Perak pulak yang menyibuk. Ok. Biarlah para cendikiawan Islam yang mengupas halal-haram soal bai'ah taklik ini.


Soalannya kenapa bai'ah begini berlaku?


Ia untuk mengelakkan calon-calon atau YB Pas berubah menjadi katak dan melompat parti dan akhir menjatuhkan menjatuhkan kerajaan PR. Pas Selangor sebenarnya belajar dari sejarah. Ingat Malik Hussin. Beliau melompat masuk UMNO bila kena sogok berjuta ringgit. Itu baru jadi calon. Jadi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku, cerai taklik pun diguna pakai. Bayangkan kalau tidak ada bai'ah taklik ini, mungkin lagi kucar kacir Selangor.


Siapa yang tak sayang bini oi.... Jadi itu saja cara untuk menyelamatkan calon-calon Pas dari terjerat dengan rasuah lompat parti. Sebab tu kita tak dengar mana-mana YB Pas yang menduga-duga untuk menjadi katak. Mereka sayangkan isteri mereka dan juga parti mereka.


p/s Ada juga calon Pas yang bujang pada PRU12 yang lalu tapi apa pula yang di bai'ah mereka ya?...






.


.

No comments: