14 May 2009

MLM: Haram, Halal, Syubhah, Harus... Apa Lagi?

Ana berdiskusi pagi tadi dengan seorang Sheikh. Beliau kata perniagaan MLM banyak yang syubhah. Ana setuju. Tapi lihatlah di sekeliling kita. Hidup kita terlalu banyak diselubungi syubhah. Tak payahlah ana senaraikan. Lihat sahaja di keliling kita.
Orang Melayu Islam di Malaysia banyak terddah dengan syubhah. Ulama pula bertelagah dan berkhilah tentang banyak hal dalam soal ini. Ada ulama kata ASB haram, ada kata sybhah dan ada pula yang kata harus. begitu juga dengan MLM. Kalau perniagaan itu jelas menjual barang haram, sahlah haramnya.
Tapi kalau barangnya nyata dan elok tapi sistem distribusi bonus pula tak adil maka syubhah pula. Ana bukan orang alim. Tapi terlalu ramai orang Islam terbabit dengan MLM. Orang PAS ramai buat HPA. Adakah sistem bonus dan maintenancenya tidak sama macam yang lain? Ustaz Zaharudin ada mendalami isu ini. Tapi seperti biasa ada pendapat lain yang mengkhilaf pandangannya.
Jadi terpulang pada iman masing-masing.

1 comment:

joe penang said...

Masalah besar ialah kerajaan tak kisah halal haram mlm ni. Patutnya tubuh satu badan yg mengkaji halal haram mlm nih? Byk benda penting cam murtad depa x kisah, inikan plak mlm.

Ust Zaharudin kata semua mlm haram. Tapi takda lg ust yg kata camna nak buat mlm ni jd halal.

HPA ada penal penasihat Syariah. memantau perjalanan HPA. kalu yakin ikut.

Sebaiknya2
jika ada yang meragukan tinggalkan.