Sheikh Sambal (SS) telah sempat bersama-sama para mujahidin AMAL, BIC dan HIKMAH dalam program yang amat berkesan ini. Berikut adalah laporan yang sempat SS nukilkan.
Miri 05:00hrs - 07:00hrs
Dari Miri, ahli-ahli AMAL telah berkumpul di rumah Pengerusi Yayasan AMAL Sarawak, Saudara Mukhtar Suhaili seawal pukul 5.30pagi. Satu tazkirah santai telah di berikan oleh Tuan Hj Masaat sementara menunggu semua ahli berkumpul. Taklimat ringkas oleh Sdr Mukhtar dan Doa Safar dan Jihad oleh Ustaz Harisan memulakan perjalanan AMAL dengan tiga buah kereta, 1 4WD Hilux ,1 Isuzu Pick Up (Jaini Plumbing) dan 1 salon ( yang kemudian ditukar dengan Triton 4WD di Niah - terimakasih Akhi Mustamin kerana meminjamkan Triton). Tepat jam 7.00pagi 9 orang mujahidin AMAL bertolak dari Miri dengan untuk beramal kerana Allah.
Dengan 3 pick-up rombongan Miri meneruskan perjalanan ke Bintulu untuk bergabung dengan BIC. Kami sampai di balai BIC lebih kurang pukul 11.30pg. Kerana menunggu agak lama di simpang Bakun dan ada sahabat yang perlu menunaikan qada hajat, rombongan agak lewat dari masa yang dirancangkan.
Sahabat-sahabat BIC menyambut AMAL Miri dengan hidangan ayam kari dan nasi beriani. Kebetulan Ketua Saudara Baru Ulu Kota pun ada di BIC. Ana pun berkenalan dengan Sdr Azhar. Beliau datang ke Bintulu dari Ulu Kota untuk menyambut rombongan AMAL.
Kebetulan pula, beliau baru sahaja kematian bapa hari sebelumnya di Bintulu. Bapa Sdr Azhar telah memeluk Islam pada tahun lepas. Alhamdulillah beliau meninggal dalam Islam. Tak tau kita macamana akhirnya nanti. Semuga Allah sentiasa lindungi aqidah kita. Amin. Sdr Azhar kini telah dilantik oleh SAO Sarikei sebagai Ketua Kaum (macam Ketua Kampunglah). Olehkerana beliau dan orang-orang Islam lain telah memulakan perkampungan baru, sangat moleklah beliau dilantik sebagai Ketua Kaum. Ini sudah tentu akan memudahkan urusan dengan kerajaan nanti.
Selepas solat Jumaat di Masjid Darul Hidayah, rombongan expedisi bersiap-siap unuk meneruskan perjalanan ke Sarikei. Di sini 9 orang anggota BIC dengan 2 Hilux menyertai AMAL Miri untuk ke Ulu Kota. Akhi Zahari telah dilantik sebagai ketua kontinjen dalam expidisi ke Ulu Kota ini.
Dalam perjalanan ke Sibu berkonvoi 5 kereta 4WD pick-up. Hj Omar (Ketua BIC) telah membekalkan 2 buah walkie-talkie untuk kemudahan perhubungan (Beliau juga mewakafkan Ford Rangernya utk expidisi kali ini). Satu diletak dalam kereta Akhi Mukhtar, yang mengetuai konvoi di depan sekali dan satu lagi di pegang oleh Akhi Zahari yang memandu di akhir konvoi. Olehkerana Akhi Mukhtar memandu agak laju, maka ekor konvoi jauh ketinggalan di belakang. Maka perhubungan dengan walkie-talkie tak berapa menjadi!.
Akhi Azhar dan Mukhtar berbual-bual jako Iban (bahasa Iban). Ana dan Zaidin (Zidane?) sengeh sahaja sebab tak faham. Cuma sikit-sikit sahaja yang ana dapat tangkap perbualan mereka. Kemudian Azhar bercakap dalam bahasa Melayu Sarawak, hah barulah faham. Sungguh rancak beliau berbicara tentang kampung barunya dan sayangnya pada Islam dan usaha da'wahnya di kalangan kaum Iban di rumah panjang.
Berita Gempar!
Sedang rancak berbual, Azhar menerima satu panggilan talipon dari isterinya di Ulu Kota. Bapa mertuanya pula meninggal dunia!! Bagaikan halilintar berita itu itu menghentak bundak Azhar. Kami yang lain dalam kereta terus terkedu senyap tak tahu nak kata apa. Apakah ujian yang menimpa ketua saudara baru ini. Baru semalam bapa beliau meninggal dunia dan kini bapa mertuanya pula!
Sedih Tetapi Cekal Dengan Semangat Da'i
Sekali Azhar berkata beliau amat risau nanti orang-orang yang bukan Islam di rumah panjang akan mengatakan bahawa masuk Islam akan datang bencana, mati. "Nanti timbul fitnah kata masuk Islam nanti mati" kata Azhar. Rupa-rupanya Azhar amat risau usaha da'wahnya akan tergendala dengan kematian yang terbaru itu. Aduh! Sungguh cekal iman dan semangat da'wah dalam jiwa Azhar. Beliau baru masuk Islam 5 tahun tapi kental iman dan sifat da'inya!.
Olehkerana kami akan sampai di Sarekei lewat, Akhi Mukhtar telah menalifon Ustaz Mustajab(Pendakwah HIKMAH yang banyak berinteraksi dengan saudara baru Ulu Kota) supaya menyediakan segala kelengkapan untuk menyempurnakan jenazah. Nasib baiklah Ustaz Mustajab ada, klau tidak terpaksa pula kami mencari kain kapan di Sibu.
Rombongan berhenti di sebuah stesen minyak Petronas untuk bersolat Asar. Ana dan beberpa ahli AMAL Miri telahpun menjamakkan Asar di Bintulu tadi. Sahabat-sahabat dari Bintulu bersembahyang Asar secara qasar di surau stesen Petronas tersebut. Semuga segala ibadat diterima Allah swt.
Sesampai di Sibu Saudara Yunus sudah menunggu untuk menyertai kami. Rombongan expidisi agak lama singgah di Sibu Agape Centre kerana membeli belah berbagai barangan keperluan seperti beras dan lauk pauk untuk kegunaan dan untuk disedeqahkan kepada saudara-saudara baru kita di Ulu Kota.
Sementara para sahabat membeli barangan keperluan dan juga ada yang menunaikan menunaikan qada hajat, penulis ambil kesmpatan berbual-bual dengan saudara Yunus dan sahabat beliau yang baru posting ke Sarawak dan juga Ustaz Ridhuan, seorang pendakwah bebas yang berbangsa Iban. Ustaz Ridhuan ini telah banyak membuat breakthrough usaha dakwah di kalangan masyarakat Iban. Beliau tidak dapat turut serta dalam expidisi kali ini kerana ada program dengan saudara baru di tempat lain. Semuga usaha-usaha murni Ustaz Ridhuan diberkati Allah swt.
Destinasi Akhir: Ulu Kota, Pakan
Cabaran Pemanduan 4WD
Menurut Akhi Firman yang menyertai expidisi AMAL yang pertama dulu, jalan ke Ulu Kota terbahagi kepada 3 peringkat. Peringkat 1 adalah jalan arah Ulu Krian yang masuk dari simpang jalan besar Sarikei - Sri Aman - Kuching. Jalan ini talan bertar bertaraf jalan persekutuan. Peringkat 2 adalah jalan tar yang telah dipecah-pecahkan dan diletak batu gravel. Jalan ini seperti jalan yang sedang dalam proses naik taraf. Peringkat 3 adalah jalan tanah merah laluan lori balak atau lebih dikenali sebagai jalan balak. Kami yang pertama kali sampai ke sini belum nampak atau faham benar apa yang dimaksudkan oleh akhi Firman dan juga Ustaz Mustajab. Perasaan agak berdebar juga dengar cerita dari mereka berdua. Walaubagaimanapun, semangat jihad tetap utuh. Biar apa saja yang mendatang akan dirempuh!
Sampai Di Kampung Saudara Kita
Hampir jam 1 tghari, baru rombongan AMAL sampai ke tempat yang dituju. Penduduk Kampung Saudara Kita telah lama menuggu. Mereka sungguh gembira menyambut tetamu yang lebih ramai dari mereka. Kami difahamkan kebanyakan budak-budak yang bersekolah di Pakan tidak pulang dan ada juga orang kampung yang pergi menziarahi sanak saudara di keliling negeri.
Penulis agak terperanjat bila ternampak ada muslimat sudah samapai dulu dari kami. Hairan pula. Bila pulak muslimat ikut serta program kali ini. Rupa-rupanya wanita-wanita yang bertudung labuh itu adalah isteri Akhi Azhar dan saudara baru perempuan yang lain. Kanak-kanak perempuan pun taat bertudung. Hebat mereka ini. Walaupun hidup dhaif tetapi semangat untuk mendokong Islam amat ketara.
Sampai jugak akhirnya. Masing-masing keluar meninjau keadaan sekeliling. "Tu gaung tu Firman, bebaik kang kok terkelicik!" pesan Sheikh Sambal pada Firman dan lain-lain yang tak pernah tengok gaung yang curam!.
Hj Rahim, Hj Junaidi, Akhi Azhar dan ana sendiri ditugaskan untuk meninjau kawasan yang dicadangkan untuk membina Surau Al Azhar itu. Cadangan tapak surau ini lebih kurang 300m dari puncak bukit di mana rumah Akhi Azhar yang terletak di puncak. Kalu jadi boleh nampak jauh di bawah sana dari tepi jalan. Dicadangkan di situ sebab lebih dekat dengan mataair yang ada dilembahnya. En Jamung tuan tanah tempat anak air itu telah setuju untuk Azhar menggunakannya sebagai sumber air untuk surau kelak.
Sementara kami sibuk mereki sumber air dan cadangan tapak surau, ahli jemaah yang lain sibuk mengadakan program pengisian ilmu dan solat praktikal. Saudara baru kita di sini sangat perlukan pembelajaran yang sistematik. Anak-anak yang bersekolah di sekolah kebangsaan yang tidak jauh dari rumah panjang tidak ada guru agama yang mengajar mereka. Diharap kerajaan akan menghantar seorang guru agama di sana. Kalau ikut keperluan, bila murid Islam dari sesebuah sekolah melebihi 5 orang, maka kerajaan akan mengadakan seorang guru agama. Jadi keperluan guru agama memang patut di sana kerana anak-anak saudara baru lebih dari 5 orang bersekolah di sana sekarang.
Selepas Asar program seterusnya adalah melawat rumah panjang bekas rumah para muslimin di Ulu Kota ini. Rumah panjang ini adalah tipikal rumah panjang. Yang cantiknya ia ada sungai ataupun jeram dengan batu-batu bulat dan air yang jernih dan sejuk. Ada sebuah dewan orang ramai yang baru dibina dan ada tempat memproses getah keping. Ada juga sebuah gelanggang sepak takraw. Kami telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan para remaja rumah panjang ini. Team AMAL kalah straight set dengan team rumah panjang. Harapan kami semuga pendekatan begini menjadi satu outreach yang berkesan dengan mereka.
Rumah panjang yang damai dari kejauhan.
Tempat memproses getah keping di sebelah rumah panjang.
Cuba teka apa dalam kandang kecil di belakang rumah panjang ini?....ia bulat hitam berkilat dan ekor bergulung ligat.
Sementara team sepak taktraw AMAL berhempas pulas cuba tidak dibelasah teruk, ahli AMAL yang lain bersantai dengan para penduduk. Sayang... kalau Ustaz Ridhuan ada tentu kita dapat buat program dalam rumah panjang. Beliau pernah datang berceramah disitu dulu semasa Azhar dan anak-anak buahnya pindah. Orang-orang Iban di sini sangat peramah dan suka mendengar. Mereka hormat dengan orang luar.
Hilux masuk sungai untuk mengisi air dalam tangki. Sungai berbatu batu ini sungguh segardan sejuk airnya.
Ada seorang kakak bertanyakan kenapa muslimat tidak datang bersama. Nampaknya kedatangan muslimat smasa ziarah yang pertama dulu sungguh membri kesan yang mendalam. Mungkin expidisi akan datang kita boleh fikirkan hal ini. Lebih mudah kalau muslimat ada. Mengajar solat pada wanita oleh muslimin agak terbatas, lainlah kalau muslimah ada. Salah satu kesan dakwah muslimah dulu ialah saudara baru wanita sudah pandai menutup aurat. Bukan sahaja wanita, kanak perempuan pun bersungguh menutup aurat mereka.
Rombongan melawat rumah panjang, sambil main air.
Membasuh pinggan mangkuk dalam sungai yang mengalir di sebelah rumah panjang.
Kami mandi sungai dan mengisi air dalam 2 buah tangki yang dibawa untuk kegunaan kami dan penduduk-penduduk kampung.
Outreach program bersama remaja rumah panjang. Team AMAL cuba nak menang!!
Pada sebelah malam diadakan kuliah maghrib dan kursus ringkas pengurusan jenazah oleh Ustaz Hussain. Ustaz Hussain adalah bekas komando tetapi ilmu agamanya mantap. Penjelasanannya tentang pengurusan jenazah sangat mudah difahami oleh kami dan lebih lebih lagi oleh para saudara baru. Terimakasih kepada Akhi Zahari kerana mewakafkan badannya sekejap untuk jadi model.
Selesai belajar tentang jenazah, masing-masing mencari tempat yang sesuai untuk melabuhkan badan yang letih. Ada yang tidur bersusun di 'ruai' dan ada yang memilih untuk tidur dalam kereta. Sheikh Sambal tidur di ruai sahaja. Nyaman sungguh cuaca malam. Hebat ciptaan Allah. Tiada perlu aircond. Udara bersih dan segar. Pukul 4.15 pagi ana tersedar. Hj Masaat sedang bertahajjud di sebelah. Seperti baru tadi sahaja rasanya dengkurannya umpama muzik indah di tengah malam.
Ana bangun dalam suasana gelap. Rupanya gen-set dah lama padam. Dengan bersuluhkan lampu telefon bimbit, mencari sandal tapi hanya sebelah yang jumpa. Takut anjing gonggong bawa lari. Di sini mereka masih membela anjing tujuan keslamatan dan memburu. Budaya orang Iban memang bela anjing di rumah. Setelah agak lama mencari ana pinjam selipar seorang sahabat dan pergi mencari tempat yang sesuai untuk qadha hajat di alam yang luas. Malam sungguh indah dengan bintang yang bertaburan menghiasi langit. Subhanallah..Subhanalah tak putus hati memuji kebsaran Allah swt. Istimewa di sini kerana tiada lampu jalan yang memijarkan mata untuk melihat ke langit. Terasa betapa kerdil kita ini dan Allah mahabsar dengan ciptaan yang sungguh menakjubkan.
Selesai berwuduk ana bergegas kembali ke atas rumah. Gen-set telah dihidupkan semula. Lampu kini terang di laman. Terperanjat ana melihat sepasang sandal ana cantik tersusun di depan pintu siap berbasuh lagi. Terhambur lagi ucapan syukur dalam hati. Biarpun nampak kecil tapi ana rasa ini adalah pertolongan Allah. Tadi memang hilang sungguh. Mearata ana cari. Tup tup ada orang jumpa sebelah lagi dan pakai pergi ambil wuduk. Alhamdulillah....
Solat subuh diimamkan oleh Imam Besar AMAL Ustaz Harisan. Suara merdunya membaca surah memecah hening pagi subuh yang suci. Waktu itu jam pukul 5 pagi. Suasana sejuk menikam. Kantuk hilang terus dibasuh oleh bacaan surah Al Quran tuan imam.
Subuh hening juga menghayati tazkirah subuh. Warna kelam menunggu mentari terbit.
Kuliah Subuh diberikan oleh wakil Sibu, Ustaz Yunus. Orangnya kecil dan masih bujang. Dalam perjalanan semalam dia mabuk kereta tapi pagi itu tazkirah yang diberikannya sunguh mantap dan "keras". Ana perhatikan beliau sangat komited dalam usaha dakwah. Walaupun kepala pening dalam huyung hayang kereta merempuh jalan balak, semangat jihadnya tidak luntur. Semasa mengajar wuduk dan solat ditariknya semua orang kampung masuk. Wilson yang belum masuk Islam pun duduk belajar kalimah dan praktikal solat dengannya.
Kuliah subuh Ustaz Yunus. Dalam tazkirah yang lembut dan mantap ada "keras"nya.
Pagi itu selepas sarapan nasi padi huma dan teh kosong, program setrusnya adalah cara menyembelih ayam. Akhi Azhar menyediakan dua ekor ayam untuk disembelih. "Ayam sabung arwah bapak. Dulu dia suka bersabung ayam. Kini dia sudah meninggal, eloklah ayam ini disembelih" katanya.
Ustaz Hussain sekali lagi diamanahkan untuk mengajar Akhi Azhar dan abangnya Ismail cara menyembelih ayam cara syariah. Kami ahli AMAL semua mengambil kesempetan untuk mengulangkaji. Hj Masaat, tukang sembelih ayam di Pusat Halal Miri, juga memberi tunjuk ajar di sambing menambah ilmu dengan Ustaz Hussain.
Program belajar sembelih ayam itu adalah program terakhir AMAL di Ulu Kota. Kami semua bersiap-siap untuk kembali pulang ke Pusat HIKMAH di Sarikei. Jangkaannya selepas zohor rombongan akan balik ke Bintulu dan seterusnya Miri.
Bergambar kenang-kenangan sebelum berpisah.
Sungguh pilu waktu berpisah. Walaupun 2 hari 1 malam kami bersama dengan masyarakat Islam di Ulu Kota ini, rasanya seperti sudah bersaudara lama. Saudara baru Ishak akan ikut Abang Jaini balik ke Miri. Abang Jaini kata di nak beri pekerjaan pada Ishak di Pusat Halal Miri. Eloklah begitu, sambil bekerja dapatlah beliau belajar tentang Islam dengan lebih mendalam.
Selamat tinggal saudara-saudaraku. InsyaAllah, kami akan datang lagi ziarah dilain kali.
Kami bersalaman dengan Akhi Azhar dan anak-anak buahnya. Janji kami akan datang lagi menziarahi mereka dimasa akan datang. Sesungguhnya Ulu Kota memberi pengajaran yang sungguh berkesan di hati kami. Kesusahan hidup dan kekurang pasarana tidak mematahkan semangat para saudara baru ini untuk hidup dalam Islam. Teringat ana pada luahan perasaan Akhi Azhar malam tadi sebelum program pemberian sumbangan dari AMAL, beliau mengatakan bahawa segala apa harta di dunia ini takkan dibawa masuk kubur kecuali amalan kebajikan. Katanya apalah sangat nilai empat lima batang anak sawit dikorbankan untuk mendirikan Surau Al-Azhar dipuncak bukit itu dibandingkan dengan syiar Islam dan amal ibadat yang bakal didirikan disana. "Hanya amal ibadat yang dibawa mati bukan harta wang ringgit", katanya.
Semuga Allah menetapkan kita semua dalam Iman.....
Dengan pesanan yang terngiang-ngiang di bundak hati, Sheikh Sambal dan angkatan AMAL menyelusuri jalan balak, balik ke kota Sarikei, Bintulu dan Miri. Dalam hati berkata, aku akan datang lagi di sini.
4 comments:
Assalamualaikum SS;
Alhamdulillah, tahniah di atas laporan yang penuh makna. Semoga segalanya khair dan insya Allah kita akan ke sana lagi.
"Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Ber'amal Kerana Allah!"
salam..
tahniah pak itam n the gang..
teruskan usaha untuk menyebarkan syiar islami..
Tahniah...laporan yang mantap. Terus ISTIQAMAH berjuang.
Salam Syeikh Sambal Tumis. Alhamdulillah, Ulu Pakan akan menjadi lambang kerja dakwah YAM Sarawak.
Insaf, iktibar dan terhibur membaca coretan enta. Moga amal kita dinilai amal yang ikhlas di sisi Allah. Amin.
Ust Izwan
Post a Comment