Membaca posting terbaru dari RPK sebentar tadi membuat saya berfikir. Ujian Allah datang dalam banyak cara. RPK berjuang menentang rasuah, korupsi dan apa saja yang zalim. Di kala perjuangannya berpuncak, datang ujian yang menguji segala prinsip yang dipegangnya. Seorang anak lelakinya, Raja Azman, yang telah meninggalkan keluarga sewaktu masih sekolah menengah rendah dan memilih hidup sendiri telah telah ditangkap polis kerana mencuri.
Menurut RPK bliau telah diberikan peluang untuk membebaskan anaknya dan isu itu disenyapkan jika dia sanggup negotiate dengan pihak polis. Itulah ujiannya. Jika RPK menerima syarat itu dan bayar apa yang patut tentu anaknya akan bebas dan namanya akan terhindar dari dimalukan. Maka akan jadi hipokritlah RPK. Cakap berdegar-degar hapuskan rasuah tapi diri sendiri terpalit.
Maka RPK memilih untuk tidak mengadaikan prinsip yang diperjuangkannya. Dan RPK terpaksa menghadapi kemelut dimalukan serata dunia oleh perbutan anaknya. Nampaknya, RPK telah membayar harga yang mahal untuk perjuangannya. Jika tidak calang-calang orang menghadapi keadaan begini, sudah tentu memilih untuk menutup kea'iban keluarga dan bayar saja berapa pihak itu minta.
Semalam Sheikh Sambal telah menulis mencurigai penangkapan Raja Azman dan pengakuannya atas kesalahan mencuri. Hari ini, berita itu sah setelah membaca artikel RPK yang meminta maaf pada bangsa kerana kesalahan yang dilakukan oleh anaknya.
Memang kita terkesan dengan peristiwa ini tetapi nampaknya sekali lagi RPK menunjukkan jalan lurus yang patut diambil oleh setiap pejuang kebenaran. Walaupun kebenaran itu pahit, ia sebenarnya adalah ubat yang paling mujarab. Syabas RPK. Teruskan usaha murni anda. Raja Azman, semuga ini menjadi titik tolak menuju ke kebaikan.
No comments:
Post a Comment