KUALA LUMPUR 11 Mei – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN). - Utusan
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim memutuskan demikian setelah mendapati jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong dan undi tak percaya hanya boleh dibuat di Dewan Undangan Negeri (DUN). - Utusan
>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<
Kan dah kata YAB Nizar memang MB Perak!. Sekarang YAB Nizar akan menemui Sultan Perak dan minta DUN Perak dibubarkan!. Kecoh 7 May lepas tak habis penat lagi dan sekarang mungkin kecoh lagi. UMNO takkan biarkan kuasa mereka terlepas begitu saja (walaupun haram). Apa tindakan mereka. Pastinya ini adalah satu tamparan yang amat hebat buat Najib dan UMNO. Sultan juga menerima tamparan yang sama.
Semuga dengan keputusan mahkamah ini, Sultan akan dengar nasihat YAB Nizar untuk membubarkan DUN Perak dan pilihanraya semula diadakan. Hanya pilhanraya semula sahaja nampaknya akan meredakan suasana politik Perak yang tak tentu arah. Hari ini kita nampak lebih jelas arahnya bila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa YAB Nizar adalah MB Perak yang sebenar!!
No comments:
Post a Comment