Pak Lah dikatakan akan merombak kabinet. Ini berekoran dari kemenangan Chua Soi Lek dan rakan2 dalam MCA. Terus, ini jadi alasan dan peluang paling baik baik untuk Pak Lah merombak kabinet yang ada sekarang. Aku memang suka kalau kabinet yang ada hari ini dirombak. Kalau aku jadi PM, nombor satu yang aku nak rombak ialah diri aku sendiri. Aku nak gantikan diri aku dengan TG Abdul Hadi Awang. Biar Malaysia ini ada sentuhan ulama pewaris nabi bukan Islam Hadhari yang tidak berapa menjadi. Anwar dengan Najib aku tak mahu sebab dia orang berdua ni sibuk bergaduh. Lagi pula seorang banyak sangat cakap beretorik dan seorang lagi pula calar balar dengan kontroversi yang tak kunjung habis. Jadi elok kalau kedua-duanya aku rehatkan sahaja. . ..
Untuk TPM aku nak lantik Lim Guan Eng dengan Muhyidin Yasin. Hah betul...Ada dua TPM. Seorang sangat praktikal dan rendah diri dan seorang lagi banyak pengalaman dalam pentadbiran negara. Aku percaya dengan ada dua orang ini menolong PM, tentu Malaysia akan bertambah maju serba - serbi. KM Pulau Pinang aku nak mintak PR cari orang lain jaga.
Menteri Kewangan aku akan jadikan satu sahaja bukan dua seperti sekarang. Jadi TS Nor Mohd Yaakob aku buang je lah. Menteri Kewangan yang baru aku akan lantik Dato' Jamaludin Jarjis. Dulu dia tak sempat nak tunjuk kebolehan dan kena tukar. Aku percaya beliau boleh jadi Menteri Kewangan yang baik.
Menteri Pelancongan dah tentu aku tukar dengan YB Zulkifli Nordin. Beliau memang orang kuat PKR tapi dia agak Islamik sikit. Aku ada idea nak galakkan Sistem Pelancongan Islam di negara ini. Jadi dengan ada Yb Zulkifli, aku rasa sistem ini boleh diketengahkan. Dia vokal terhadap isu Islam jadi dia boleh tone down sikit agenda sekular terhadap industri pelancongan kita. Lagipun yang ramai datang melancong sekarang orang Arab, tentunya kita mahu mereka selesa datang melancong ke sini.
Menteri Penerangan aku rasa aku bagi peluang untuk menteri yang sedia ada teruskan khidmatnya. DS Chua Soi Lek aku rasa tak mungkin aku akan lantik jadi Menteri Kesihatan. Aku maintainlah dengan Dato' Liow Tong Lai. Dia nampak berkerja dengan baik tanpa kontroversi moral. Kalau dia pulak buat video baru, biarlah nanti TG Hadi fikir apa nak buat.
Aku nak buat satu potfolio baru iaitu Menteri Kehakiman. Dan untuk kementerian ini aku akan lantik YB Sivarasah. Dia ini memang seorang peguam yang cekap dan berprinsip. Aku yakin krisis keyakinan terhadap badan Kehakiman akan selesai dengan perlantikan beliau.
Menteri Kerjaraya pula aku akan tukar kepada YB Govindh Singh Deo. Govind akan tentukan bahawa semua projek Kerajaan akan dilaksanakan dengan cekap dan telus. Kita tidak akan dengar lagi penyelewengan dalam projek-projek kerajaan bahkan semuanya akan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan. Karpal Singh aku suruh jadi penasihat pada anak dia, si Govindh ni. Oh ya, Lim Kit Siang pula jadi penasihat pada TPM.
DS Dr Wan Azizah aku akan lantik jd Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggantikan Datuk Dr Ng Yen Yen. Timbalannya pula aku lantik YB Nurul Izzah sebab DS Wan Azizah bukan muda sangat, jadi nanti bila DS Wan Azizah nak pencen, senanglahYB Nurul ganti. Lagi mereka anak beranak kalau nak bincang pasal kerja sambil potong bawang di dapur pun boleh.
Menteri Pelajaran adalah menteri yang paling penting kerana kementerian ini bertanggung jawab untuk membina arahtuju minda generasi muda. Jadi DS Hishamudin yang dah lama duduk di sana aku ganti dengan YB Saifuddin Nasution. Saifuddin adalah seorang strategis dan rajin membuat penyelidikan. Aku percaya minda anak-anak kita lebih terjamin dengan adanya YB Saifuddin mengepalai kementerian yang amat penting ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna aku nak berikan kepada YB Dr Hatta Ramli. Dia selalu sangat buat demonstrasi menentang kenaikan harga minyak dan barang-barang, jadi aku rasa dia patut jadi menteri bahagian kepenggunaan ini. Dia ada banyak idea macamana nak turunkan harga barang-barang. Dato' Shahrir aku pencenkan sajalah.
Kementerian Pertahanan yang aku pegang sekarang nak bagi pada Sdr Mohd Sabu. Malangnya dia bukan MP, jadi aku akan serah kepada YB Ustaz Mujahid Rawa. Aku nak suntik semangat jihad sejati dalam kalbu perajurit kita. Menteri Pertahanan dulu tak berapa kesah tentang semangat jihad dalam jiwa askar-askar kita. Dia sibuk beli kapal selam dengan jet sahaja. Ada kor agama tapi macam kelas tiga. Jadi, Ustaz Mujahid tentulah orang yang sesuai sebab dia memang arif soal perjuangan dan jihad. Lagipun nama dia pun dah Mujahid, keturunan Rawa pulak. Memang sesuai sangatlah tu.
Lain-lain kementerian tu aku maintain yang sedia ada. Kalu ada yang tidak puas hati aku akan rombak lagi. Tengok siapa pulak yang aku tukar siapa yang kena rehat!.
Nampaknya ramai menteri baru yang aku lantik ni ramai dari orang Pakatan Rakyat. Aku sengaja buat begini sebab aku dah jelik dengan orang-orang aku sendiri. Aku namakan kabinet aku sekarang sebagai Kabinet Perpaduan.
Tapi sebelum aku berundur aku nak lantik menantu kesayangan aku tu jadi Duta Khas Malaysia ke PBB macam Dato' Ahmad Razaly dulu. Biar dia belajar kat sana dulu sebelum jadi PM pada umur 40. Aku harap nanti bila aku dah pencen dan menetap di Australia dia akan selalu datang jenguk aku dan Jeanne di sana.
Aku percaya Malaysia akan selamat dengan kabinet yang baru ini.
3 comments:
Syeikh Sambal, apa yg anta ngarutkan ni....hee...hee...tapi tak mustahil boleh berlaku...hee...
Manalah tau Pak Lah pakai idea gila ana...cuma ana asa Dato JJ tu ana nak ganti orang lain...Menteri Kewangan amat penting , tak boleh bagi pada umno, nanti dia buat macam makbapak dia punya kantung...
So ana nak lantik YB Ust Nasharudin jadi Menteri Kewangan.. baru selamat.
hee...hee....hentam je laaa....
Post a Comment