Laporan dari Friends Comittee on National Legislation FCNL mengatakan bahawa President Amerika mempunyai hak ke atas sumber minyak Iraq memang telah kita jangkakan. Dalam laporan itu Presiden Bush dikatakan telah menandatangani satu kenyataan yang menekankan kuasanya ke atas telaga minyak dan kawalan lansung kepada minyak Iraq. Itulah sebenarnya tujuan Amerika menjajah Iraq bukan sebab Saddam Hussain dan senjata pemusnah besar-besarannya. Alasan itu sudah lama terkubur dengan terkubur Prsiden Saddam Hussain.
Seperti maharaja zaman purba yang menjajah sesebuah negeri, Bush telah memusnahkan Iraq dari segi sosio ekonomi, poltik dan budaya Iraq dan kemudian mengaut untung dari "pembangunan semula" Iraq dengan menggunakan dan mengawal hasil minyak bumi Iraq.
Tentera Amerika bersama dengan kontraktor mereka menjarah bumi Iraq secara sistematik. Kata-kata demokrasi dan pemerdekaaan Iraq adalah alasan dijadikan justifkasi ampuh untuk tujuan ini.Seperti maharaja zaman purba yang menjajah sesebuah negeri, Bush telah memusnahkan Iraq dari segi sosio ekonomi, poltik dan budaya Iraq dan kemudian mengaut untung dari "pembangunan semula" Iraq dengan menggunakan dan mengawal hasil minyak bumi Iraq.
Bakal presiden Amerika yang sedang bergasak sekarang akan terus menjarah Iraq. Obama nampaknya seperti mahu keluar dari Iraq dan McCain pula seperti mahu terus berda di Iraq. Apapun hakikatnya Amerika tidak akan melepaskan Iraq dari cengkamannya. Harga Iraq terlalu besar untuk dilepaskan. Persoalan tentang nasib rakyat Iraq yang menderita buakan penting. Yang maha penting bagi Amerika adalah minyak Iraq. Bom dan peluru berpandu Amerika cuma untuk tujuan ini bukan untuk menyelamatkan Iraq dari Saddam Hussain atau Al Qaida.
Lebih banyak bom yang meletup di Baghdad adalah lebih baik untuk Amerika kerana ia menjadikan alasan untuk mereka menetap di Iraq. Agen Amerika dan Yahudi tidak puas-puas melagakan puak-puak yang bertelagah di Iraq. Hubungan Sunni dan Syiah semasa era Saddam Hussain adalah baik. Perkahwinan antara dua puak ini adalah perkara biasa. Namun selepas Amerika masuk pertentangan Sunni-Syiah dimanipulasi secukup-cukupnya supaya dua puak ini saling berbunuh-bunuhan. Keadaan huru-hara beginilah yang memang dikehendaki oleh Amerika untuk terus menjajah bumi Iraq.
Sekumpulan mujahidin masih tetap berjuang di bumi Iraq. Walaupun senjata mereka tidak canggih tetapi pukulan mereka tetap dirasa oleh Amerika. Mujahidin Iraq ini berjuang untuk membebaskan Iraq dari cengkaman kafir Amerika tetapi ramai juga munafikin di kalangan rakyat Iraq yang melengahkan kemenangan mereka. Sungguhlah kemiskinan dan kepapaan mereka menjuruskan ramai dari mereka untuk bersengkongkol dengan Amerika dan agen mereka.
Kita doakan perjuangan para mujahidin ini diberikan pertolongan oleh Allah dan diterima jihad mereka sebagai amal soleh. Telah banyak darah syuhada menyembah bumi Iraq dan pastinya perjuangan di Iraq menuntut korban lebih banyak sebelum Islam menang di sana.
No comments:
Post a Comment