08 October 2008

Majlis Ulama Umno (MUU)

Saranan SS Dr Asri Mufti Perlis supaya diadakan satu Majlis Ulama dalam Umno sebenarnya tidak keterlaluan jika dilihat dalam konteks yang positif. Pandangan ini mungkin tidak serasi dengan pendapat TGNA tapi mari kita keluar dari kotak PAS dan membaca saranan Dr Asri dari sudut nilai tambah gerakan Islam.

Majlis Ulama Umno (MUU) akan di barisi oleh para bijak pandai dalam bidang agama. Misalkan saja MUU ini akan jadi satu sayap kepada Umno setaraf Pemuda, Wanita dan Puteri (tapi bukan Putera sebab masih belum mumayyis dalam UMNO). MUU akan menjadi satu pressure group yang sangat berpengaruh. Ini disebabkan persaingan UMNO dan PAS untuk meraih sokongan umat Melayu Islam.

Kefahaman para ulama dalam soal agama adalah lebih tuntas dari orang biasa dan mereka lebih faham mana yang haq dan mana yang bathil. Memang ada ramai Ulama Suk (ulama jahat) tapi masyarakat akan punya pilihann antara UMNO dan PAS. MUU dan PAS akan saling bersaing untuk mendapat sokongan khalayak Melayu.
Masyarakat moden kini adalah lebih bermaklumat oleh itu, Ulama Suk akan mendapati agak sukar untuk mempengaruhi masyarakat dengan dakyah kotor. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyatakan apa yang benar dan haq. Dalam kata lain, MUU akan semestinya mengesahkan kebenaran PAS, kerana yang haq itu hanya satu. Jadi tidak kita tidak perlu takut, kerana MUU hanya akan menguatkan lagi PAS.

Dari sudut lain pula, dengan tekanan yang dikenakan oleh MUU dalam UMNO, sedikit demi sdikit akan mengubah dasar UMNO untuk menjadi lebih Quran & Sunnah Compliance. UMNO akan terpaksa menukar dasar partinya demi mendapatkan sokongan majoriti Melayu. Melayu agamanya Islam, walaupun dia tidak pernah sembahyang atau puasa, pantang Melayu dicap kafir. Dan Melayu kebanyakannya suka dicap sebagai pendokong Islam, contoh terbaik Pekida (walaupun banyak kelakuan mereka seperti samseng). Jadi.. ingat, siapa yang dapat sokongan padu Melayu akan jadi tuan di nusantara sebelah sini.
Bila Umno jadi Quran & Sunnah Compliance, Umno sebenarnya telah bertukar menjadi 'PAS'. Bila ini berlaku tidak apa lagi yang menghalang penggabung antara UMNO dan PAS. Seperti kata TGNA, letaklah nama apa pun, yang penting dasarnya Quran dan Sunnah. Dengan ini, Islam akan sangat kuat bila PAS dan UMNO menjadi satu parti atas dasar Islam. Islam Itu Tinggi dan Tidak Ada Apa Pun Yang Lebih Tinggi Darinya.

Walaubagaimanapun perkara ini akan mengambil masa untuk berjaya. Tetapi, peluang harus diberi kepada MUU untuk ditubuhkan. PAS dari satu pihak eloklah mengalu-ngalukan penubuhan MUU. Selain dari memberikan suasana persaingan yang sihat, ia akan membuka ruang kepada muzakarah yang dapat meleraikan kekusutan maslahat umat Islam.

Ramai ulama dalam UMNO yang sebenarnya kepingin untuk memperjuangkan Islam tetapi takut akan menjejaskan kepentingan dan periuk nasi mereka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menjadi pak angguk kepada golongan sekularis. Tetapi dengan adanya MUU, para ulama akan lebih berbisa dan menekan golongan sekular dalm UMNO untuk menerima Islam yang haq (baca, PAS).

Sekali lagi syabas kepada Dr Asri kerana berfikir selangkah kehadapan juga satu tepukan untuk MUU. Claps..Claps..Claps... (ada faham kah??)





1 comment:

Anonymous said...

betul, saya setuju dengan pendapat ini, suatu idea yang baik, ini mungkin menjadi satu badan yang memantau tindak tanduk ahli umno yang sekularnya lebat seperti mengamalkan adat hindu..

jika boleh, badan ini bebas dari pengaruh pemimpin tertinggi parti.. kerana paksi islam tidak seharusnya berada dibawah undang-undang parlimen..

seperti rukun negara islam, kepercayaan kepada tuhan di tempat pertama berbanding kedaulatan undang2 di tempat keempat..

rakyat malaysia mungkin memerlukan badan islam yang sederhana jika diwujudkan oleh umno ini..kerana rakyat malaysia berbilang kaum dan sukar untuk terus menerima ideologi pas..