21 January 2009
Presiden Obama Lulus Ujian Pertama
20 January 2009
Institut Tahfiz Bintulu (ITB)
Hasil program pendidikan dan kebajikan yang berterusan oleh pihak gereja, agama Kristian menjadi satu agama besar di bumi Sarawak. Dari zaman Brooke lagi, mubaligh2 Kristian tidak putus-putus berkampung di kawasan pendalaman. Orang-orang Pribumi Sarawak diuliti dengan program welfare gereja dan anak-anak mereka diajar tentang agama Kristian di sekolah2 missionary. Sidang Injil Borneo (SIB) yang lahir dari mazhab Avenglical bergiat cergas di kalangan kaun-kaum Orang Ulu (Kelabit, Kenyah, Kayan, Punan, Penan dll). Bermula dengan hanya 3, 4 orang pada tahun 70an, kini hampir semua Orang Ulu adalah Kristian.
Pada masayang sama agama Islam hanya tertumpu di kalangan masyarakat Melayu. Mungkin asakan dari pengembangan Kristian di sekeliling, Islam jadi terhadang di kawasan majoriti Melayu dan sebahagian masyarakat Melanau sahaja. Sistem pendidikan Islam tradisional hanya berkisar pada pembelajaran membaca al Quran sahaja. Sistem Pondok tidak wujud di Sarawak. Olehitu tidak ada ulama besar lahir di sini. Tidak seperti di semenanjung, kita ada Tok Kenali, Tuan Tulis, Al Fatani dll. Begitu juga di Pulau Jawa, Indonesia telah lahir ulamak Wali Songo.
Samada perwujudan sistem pendidikan Islam disekat atau memang tidak ada individu yang sanggup menubuhkannya, tidaklah diketahui. Penyelikan yang rinci perlu dilakukan untuk menyiasat kenapa sistem pondok atau pasentran tidak tumbuh di Sarawak.
Pemahaman mengenai Islam penduduk setempat yang mempunyai sekolah pondok biasanya lebih tinggi berbanding dari tempat-tempat yang tiada sekolah pondok. Sebagai contoh, kita lihat di Champa (komboja/Laos/Vietnam), masyarakat Islam di sana terpelihara budaya Islamnya walau dihimpit oleh ideologi komunis dan Budha/Hindu, kerana di sana, sistem pondoknya subur.
Mungkin sebab yang lain adalah para Pemimpin Islam yang tidak bersungguh untuk menyebarkan syiar Islam. Jabatan Agama Islam misalnya terlalu lesu sehingga banyak kebajikan Islam terabai. Orang politik Melayu/Islam lebih gemar mengumpul harta dari mengumpul saudara (baru) Islam. Entah apa yang merasuk, mereka hanya sibuk dengan projek balak dan menjarah kantung negeri.
Walaubagaimanapun satu ketika dulu, ada usaha untuk membina madrasah tahfiz di Kuching di bawah kelolaan orang politik tetapi usaha itu tidak berapa menjadi kerana ia menjadi medan percaturan politik daripada mendaulatkan sistem pendidikan Islam. Akhirnya madrasah entah ke mana, program tahfiz entah ke mana.
Walaupun begitu kesedaran bahawa asakan dari program kristianisasi yang mengancam kesinambungan Islam di Sarawak tetap ada. Bermula dari kesedaran ini, tidak berapa lama dahulu, sekumpulan professional muda muslim di Bintulu bertekad untuk mendirikan sebuah "Sekolah Pondok Moden" di Bintulu bagi melahirankan ulama yang dapat membela Islam.
Maka pada tahun 2004 telah ditubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memikir, merencana dan membuahkan satu institusi tempatan yang akan melahirkan ulama yang hafaz al Quran serta berilmu modeni. Hasil titik peluh dan pengorbanan para pelopor Islam tempatan, maka akhirnya pada 10 Januari 2009 Institut Tahfiz Bintulu (ITB) berjaya dibuka dengan pengambilan 12 orang pelajar pertama. Di samping program sepenuh masa yang dilalui oleh 12 pelajar tersebut, ITB juga membuka kursus hafiz tidak sepenuh masa bagi mereka yang berminat.
Program Tahfiz (sepenuh masa) adalah selama 3 tahun, yang akan menjana lahirnya para hufaz dari institusi tempatan. Selepas 3 tahun para pelajar ini akan mula belajar kilmu-ilmu Islami dan juga ilmu-ilmu akademik yang lain termasuk pembelajaran komputer. Mereka akan disediakan untuk mengambil pepriksaan SPM pada tahun ke-5. Di akhir program ITB itu nanti akan lahirlah para ulama Islam yang bukan sahaja hafaz al Quran bahkan mempunyai kemahiran ilmu-ilmu dunia juga.
Marlah kita sama-sama doakan agar ITB akan berjaya dan cemerlang dalam mengeluarkan para ulama yang lahir dari bumi Sarawak, yang akan melebarkan hidayah Allah ke seluruh pelusuk bumi Kenyalang. Amin.
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj Yaacop melalui: mdyacop@gmail.com
atau lawat blog ITB di sini
17 January 2009
PAS Menang KT...penyuluh jalan ke Putrajaya


Setelah setelah hampir setahun PR memerintah 5 negeri, keyakinan rakyat terutamanya orang bukan Melayu dan bukan Islam terhadap PAS/PR semakin bertambah. Rakyat dan pengundi semakin matang. Budaya menakutkan pengundi tidak lagi berbisa seperti dulu-dulu. Isu Hudud yang dimainkan oleh UMNO/BN tidak memberi kesan kepada pengundi2 Cina/Bandar. Rakyat kini tidak lagi mempercayai bulat-bulat apa yang disuakan kepada mereka. Media alternatif terutamanya internet telah membuka simpulan mati media UMNO/Kerajaan. Rakyat kini boleh membanding berita dari media2 pro UMNO dan pro-PR dan membuat ketetapan sendiri.

Selain faktor calon yang penting, faktor pengundi muda dan pengundi Cina/Bandar merupakan penentu kepada keputusan pilihanraya kecil kali ini. Kempen yang berterusan dan mantap oleh DAP telah berjaya memenangkan PAS di peti undi Bandar. Isu-isu nasional dan isu2 tempatan pula telah berjaya memujuk agar undi saluran 3 mengarah kepada PAS.
Sejak awal lagi PAS/PR telah menunjukkan kesatuan hati yang mantap. Isu hudud dipatahkan dengan cemerlang apabila YAB LGE mengumumkan bahawa semua keputusan yang mahu diambil oleh PR mestilah dengan konsensus bukan dengan majoriti. Maksudnya jika PAS dan PKR mahu Hudud tetapi DAP tidak setuju, maka Hudud tak akan terpakai. Pengumunan itu mematahkan terus isu yang dibawa oleh UMNO dan juak2 medianya.
DAP, PAS dan PKR menunjukkan solidariti yang kemas semasa waktu berkempen. Rakyat ditunjukkan bahawa PR adalah alternatif lebih baik daripada BN. Yang paling penting ialah tidak ada percakaran di dalam PR. Malah usaha

Pernah MB Besar Terrengganu sekarang mengajaknya bertumbuk kerana tidak tahan dengan kritikan dan isu yang dibawa oleh Wahid dalam misi membela rakyatnya di DUN Terenganu. Beliau adalah seorang ahli professional yang Islamik yang sangat selesa dengan perjuangan rakyatWarga KT amat bertuah berwakil rakyatkan beliau...


13 January 2009
Nak Jaga Keselamatan Ke Apa?


12 January 2009
PRK P036 King Maker: Pengundi Cina Dan Wanita

Seperti biasa BN akan memainkan sentimen perkauman dan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud. Samada orang-orang Cina termakan dengan propoganda dayus BN, akan terjawab pada malam 17 Januari.
Setakat ini kita yakin bahawa masyarakat Cina masih kuat mahu bersama dengan PR. Di sinilah peranan DAP amat penting untuk memastikan undi kaum Cina memihak kepada PAS. Pemberian LCD berskrin besar ini adalah bukti bahawa kerjasama akrab memang telah mesra dalam hubungan PAS-DAP. UMNO dan MCA tentunya sedang mengigit jari masing-masing memikirkan apa lagi isu yang boleh diketengahkan memutuskan hubungan kasih DAP-PAS. Isu Hudud dan perkauman tidak memberi kesan kepada apa yang mereka harapkan. Lebih banyak digembarkan, lebih gembur (subur) pula per'satu'an PAS-DAP. Olekerana DAP ialah parti Cina (rata-rata), maka hubungan mesra PAS-DAP tentunya memberikan petanda kepada para pengundi Cina bahawa tidak mengapa mengundi PAS.
Kuasa wanita dalam PRK Kuala Terengganu tidak boleh dinafikan. Muslimat PAS/Wanita PR perlu meningkatkan usaha untuk menambat hati pengundi wanita.Tradisinya pengempen Muslimat akan tentuya naik dari rumah ke rumah untuk berkempen kepada para pengundi wanita.
Cara ini amat berkesan sebenarnya. Sebab itulah setiap kali Muslimat turun dari satu rumah, UMNO akan menghantar Wanita atau Puteri mereka untuk meneutralkan semula orang wanita yang diziarahi oleh Muslimat.
Muslimat perlu teruskan perjuangan membentuk minda wanita Terengganu agar mereka sedar bahawa ada kuasa untuk menaikkan maruah bangsa bersama PAS. Janganlah dibiarkan wanita Terengganu khasnya dan Malaysia amnya, menjudikan nasib bangsa di tangan kepuraan UMNO/BN.
11 January 2009
KESAH PUSO....(Episod 2)
Apabila dilihat oleh Aban Jau akan arah laluan itu, maka tahulah dia bahawa orang-orang Brunei itu menuju ke jeti di hilir. Maka tanpa berlengah lagi mereka pun bergegas ke arah jeti. Dalam susup sasap melalui denai yang telah dilalui oleh orang-orang Brunei itu, Aban Jau perasan pokok-poko renek yand baru dicantas oleh kumpulan Brunei itu telah mula tumbuh kembali. Ada rasa sejuk dalam hati Aban Jau. Ini satu petanda. Kata hatinya. Puso dirasanya bukan dalam bahaya. Malah dia akan 'tumbuh' dengan baik seperti pokok-pokok renek ini. Orang-orang yang mereka kejar bukan musuh sebenarnya.
Dalam pada itu, mereka tetap meneruskan penghambatan. Jeti sudah semakin hampir. Tentu mereka dapat memintas penculik-penculik itu di sana. Walaupun hati Aban Jau sedikit aman, beliau tidak mengkhabarkan apa-apa kepada orang-orangnya. Biar mereka terus menghambat sehingga ke jeti.
Angkatan pedagang Brunei itu pun sampai ke Jeti Sg Tinjar. Kebetulan sebuah kapal kerajaan baru hendak berlepas balik ke pengkalan. Setelah berurusan dengan kapten, mereka pun menaiki kapal yang berkuasa stim tersebut yang baru hendak bertolak.
Tatkala kapal tersebut baru sahaja memudik ke hilir, Aban Jau dan orang-orannya pun sampai ke tebing sungai. Apabila terlihat sahaja mereka akan penculik-penculik Puso yang berada di atas kapal yang baru hendak bergerak, beberapa panglima Sebob cuba menyumpit mereka dari tebing. Pantas mereka disekat oleh Aban Jau. 'Biarlah mereka pergi' kata Aban Jau. Beliau yakin bahawa Puso akan selamat bersama saudara-mara Bruneinya. Tanda yang dilihatnya dalam penghambatan mereka menyakinkan dia bahawa Puso akan selamat dan hidup sejahtera. Aban Jau mengarahkan mereka melatakkan senjata dan memaklumkan bahawa tanda yang dilihatnya tadi menunjukkan bahawa Puso bukan dengan musuh.
Aban Jau dan kaumnya terpaksa melepaskan Puso pergi walaupun sedih. Suasana di tebing sungai bertambah pilu bila Puso menjeguk dari dalam bakulnya dan melambai kepada Aban Jau. Maka berderai-derailah airmata sambil membalas lambaian anak kesayangan mereka. Harapan mereka, semuga Puso kembali suatu hari nanti.
Setelah mendapat berita bahawa Awang Rajit telah meninggal dunia, Puso telah dibawa oleh bapa saudaranya ke Bintulu untuk dipelihara oleh saudara perempuan Awang Rajit yang bernama Dayang Halimah. Pada masa itu ramai orang Brunei telah bermastautin di Bintulu samada lari dari nafsu serakah sultan yang mahu menggundikkan anak-anak perempuan mereka ataupun untuk mencari rezeki. Maka membesar Puso dalam jagaan Dayang Halimah di Bintulu dalam agama Islam dengan penuh kasih sayang dari kaum kerabat Bruneinya. Bila sudah dewasa beliau pun dikahwinkan dengan gadis tempatan bernama Naemah.
Dengan Naemah Puso mendapat Sahari. Sahari berkahwin pula dengan Dayang Nursalam dan mendapat Rambli. Kemudian Rambli dikahwinkan pula dengan Merliah (anak Mohd Tahir-paderi Belanda yang masuk Islam bila sampai di Sarawak untuk menyebarkan Kristian-satu kesah menarik juga untuk diikuti). Dari Rambli dan Merliah lahirlah isteri penulis.......
09 January 2009
QUNUT NAZILAH - Untuk Palestin
07 January 2009
Portugis Melaka


Kunci Tadika Kemas: Lakonan Umno untuk burukkan Pakatan Rakyat
MENJELANG pembukaan sesi persekolahan yang baru 5 Januari lalu, tiba-tiba Umno mendapat idea jahat terkini untuk memomokkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.
Maka pada pagi tersebut tidak kurang daripada 50 orang pemimpin Umno di pelbagai peringkat (dari Ahli cawangan sehinggalah Menteri) berduyun-duyun tiba di premis tersebut.
Seawal 7.40 pagi, wakil-wakil media TV3 dan RTM, Jabatan Penyiaran, Jabatan Kemas menunggu di situ. Siapa yang menjemput pihak media tersebut?
Mendapat respon daripada SMS tersebut dan arahan tegas YAB Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika tidak dihalang, maka seawal 7.30 pagi pihak JKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan.
Silapnya rantai pagar yang tidak berkunci tidak dialihkan.
Apabila penulis sampai ada tiga pelajar tadika menunggu di luar pagar bersama ibu bapa dan seorang guru tadika perempuan berumur sekitar 40-an.
Khuatir suasana itu boleh dijadikan modal lakonan di media, penulis mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan.
Drama Umno/Kemas tersebut terserlah apabila tiba-tiba guru Kemas cuba menghalang daripada pintu pagar tersebut dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali supaya lakonan dapat dipanjangkan sementara menunggu para-para tetamu beliau.
Cikgu tersebut sibuk menelefon meminta tetamunya datang segera ke Sri Ampang. Tentulah tetamu VIPnya adalah Menteri yang secara kebetulan berada di Perak!
Guru tersebut berkeras mengapa hanya sekarang (pagi tersebut) dewan dibenarkan dibuka. Mengapa tidak beberapa hari lebih awal. Isunya mudah. Kerajaan negeri tidak pernah menghalang kelas Tadika Kemas beroperasi.
Isu timbul kerana apabila pihak JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) mengenakan peraturan penggunaan dewan supaya pihak Kemas meminta kunci secara rasmi bagi kegunaan tadika daripada pihak JKKK.
Guru tersebut dilaporkan berkata kepada Ketua Kampung (yang secara kebetulan seorang ustaz bekas pensyarah Politeknik) bahawa beliau tidak akan mahu berjumpa Ketua Kampung untuk mengambil kunci.
Pihak Umno melalui Ketua Bahagiannya menegaskan Ketua Kampung yang sepatutnya meminta kebenaran daripada Kemas jika menggunakan dewan.
Alasannya Dewan itu hak milik Kemas kerana 'orang-orang Umno' yang bersusah payah mendirikannya 20 tahun dahulu.
Bagi JKKK pula, dewan tersebut milik kerajaan dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk aktiviti masyarakat (selain aktiviti politik) kerana dewan itu didirikan di tanah kerajaan. Namun Kemas tidak pernah dihalang untuk terus beroperasi.
Apa yang sebenarnya diperlukan adalah kajian tentang status dewan-dewan orang ramai di seluruh negeri Perak dan peraturan bertulis tentang penggunaan Dewan supaya tidak ada lagi dewan-dewan orang ramai yang dijadikan bilik gerakan pilihan raya Umno/BN.
Tindakan lebih tegas juga diperlukan bagi menangani media tiga suku yang 'hostile' kepada Kerajaan Perak kini.
Antaranya disarankan supaya tindakan undang-undang diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan dalam ruang Awang Selamat (6 Januari 2009) bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Selangor adalah sezalim Yahudi Israel kerana menghalang pelajar-pelajar Tadika Kemas dalam keadaan Utusan Malaysia menyedari Kerajaan Perak telah pun mengadakan sidang akhbar pada 5 Januari 2009 menafikan tindakan tersebut.
Buktinya di seluruh negeri Perak beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.
Penulis adalah Bendahari Perhubungan PAS Negeri Perak.