08 July 2010

Expidisi Ulu Kota Siri 7: Mencari Redha Petara (Updated With Photos)

Hujung minggu lepas 2 - 4 Julai 2010 Sheikh Sambal (SS) bersama dengan Sheikh Muhtar(SM) (Pengerusi AMAL Sarawak), Sdr Shukrani (Miri) dan Sdr Nuzul (Kuching) telah menjalankan satu expisi ke Ulu Kota, Pakan, Sarikei untuk memantau pembinaan Surau Al Azhar AMAL, Kpg Saudara Kita, Ulu Kota.

SS, Muhtar dan Shukrani bertolak dari Miri pada pukul 8mlm dan sempat singgah di Mardhiah Resort (dulu; Villa Mardhiah) Bintulu untuk solat Ishak. SM sempat tengok bola Brazil kena dek benam Belanda.

Menunggu sarapan pagi @ gerai makan atas pasar.

Perjalanan ke Sarikei berjalan lancar dan samapai di sana pukul 4pg, terus ke Masjid Sarikei. Dulu masa expidisi yang lepas masjid ini hanya buka bila dah dekat waktu subuh tapi kalai ini Masjid Sarikei terang benderang dan ada beberapa orang sedang bermunajat dan qiam. Wah... hebat ahli qariah sini. Kami rehat sekejap sebelum mempersiapkan diri untuk berqiam dan solat subuh.

Sdr Nuzul naik coach dari Kuching dah sampai awal lagi dan berehat di King's Inn. Selepas Subuh dan rehat dalam sejam kami bersarapan bersama Sdr Azhar yang telah menunggu di Sarikei bersama anak dan anak buahnya (Jeffri dan Abd Rahman). Azhar adalah dalam rangka ke Kuching dan Kula Lumpur untuk menghantar anak2nya itu belajar di BISMIC, Darul Tsaqafah, BB Bangi. Program BISMIC ini adalah program untuk melatih para da'i dari Sabah& Sarawak. Semuga Jeffri dan Abd Rahman akan menjadi da'i yang ikhlas dan cemerlang.

Selesai sarapan kami membeli barang2 keperluan untuk dibawa ke Ulu Kota, spt lauk pauk, beras dan minyak diesel. Lebih kurang pukul 8pg kami bertolak ke pendalaman Ulu Kota. Anak2 Azhar tinggal di Pejabat Hikmah, Sarikei sementra menunggu Azhar kembali semula esoknya untuk meneruskan perjalanan ke Kuching.
Bila masuk di dalam dan sampai di jalan 'Tahap 3', kami ditunjukkakn oleh Azhar untuk menggunakan jalan baru, yang baru di tolak 3, 4 hari lepas. Kerajaan sedang membina jalan baru ke Ulu Kota. Eh... jangan lega dulu. Ini bukan jalan baru macam jalan PLUS. Ia cuma jalan tanah merah/jalan balak yang baru dibuka. Hanya 4WD saja yang dapat lalu. Sekarang musin hujan.Musim tersangkut lah...
Jalan tanah merah/kuning yang baru ditolak tetapi tidak dipadatkan - menyebabkan ia jadi bubur bila dilalui oleh banyak kenderaan. Inilah hadiah kerajaan kepada penduduk pendalaman sarawak yang setia mengundi mereka.
Sepanjang jalan ke dalam hujan mencurah-curah. Alhamdulillah, Hilux SM gagah membelah jalan baru yang kurang berbukit-bukit spt jalan yang selalu kami pakai. Jalan baru ini jauh sikit tapi lebih rata. Tapi sebab baru di tolak dan tak di'compact', tentunya akan menjadi bubur dalam musim hujan begini....

Sampai di Bukit AMAL (nama asal Bukit Alum tapi kami tukar nama sebab bukit inilah yang paling mencabar) pukul 10pg. Hujan lebat masih berterusan. Tuai Banduk yang memiliki rumah di kaki Bukit AMAL tidak kelihatan. Setelah melepaskan qada hajat, kami mahu meneruskan perjalanan tetapi Azhar menasihatkan agar jalan kaki sahaja sebab Bukit AMAL terlalu licin dan berselut disebabkan baru sahaja ditolak 'lipan' (buldozer). Walaubagaimanapun SM seperti biasa yakin Hiluxnya akan berjaya mendaki bukit tersebut.

Doa dibaca dan minyak pun ditekan. Hilux SM meluncur naik tetapi tersekat tak sampai suku ketinggian. Hujan masih lebat mencurah. Kami mengundur kembali ke bawah dan mencuba sekalai lagi. Aduh...cubaan kalai kedua hanya berjaya naik 2 inci depan sikit dari cubaan yang pertama. Azhar mengulangi nasihatnya. SS, Nuzul dan Shukrani terkomat kamit berdoa dan berzikir memohon nusrah Allah. SM mengundur sedikt dan mencuba kali ke-3 dan kali itu maju 3 meter ke depan tetapi tak semena-mena Hilux menggelongsor kebelakang dan hampir masuk ke parit. Hujan masih lebat mencurah.

Kan dah terpuruk...SM sedang memikirkan hujah untuk menjawab bidasan SS
SM cuba untuk bergerak kembali ketengah jalan tetapi hanya roda berpusing kuat tanpa kereta bergerak ke hadapan. Yang pastinya ia semakin dekat mahu terperosok ke parit. Kami turun untuk memeriksa keadaan Hilux dan betullah kata Azhar kita terpaksa berjalan kaki sahaja ke kampung beliau. Untuk ditalak keadaan amat berbahaya sebab kalau kereta Hilux itu membidaskemabali boleh menyebabkan si penolak tersepit antara kereta dan dinding bukit. Ngeri...kalau berlaku.
Nasib tak masuk parit tu...kalau tak kena pakai kren la pulak...
SS dan Azhar turun ke kaki bukit untuk meminta tolong daripada Motor Grader yang parking di sebelah rumah Tuai Banduk, tetapi malangnya operator mesin tersebut tiada di rumah kongsinya. Nampaknya memang terpaksa sungguh menapak ke Kpg Saudara Kita.
Menapaklah jawabnya...sebab licin, selipar dan kasut tak dapat pakai.....batu-batu kecil tajam menanti kaki-kaki mulus sang pengembara...
Dalam hujan yang makin berusai, kami hanya memngambil barang2 yang perlu dan meninggalkan yang lain untuk meneruskan penapakan ke kampung Azhar. Hujan pun berhenti. Bukit AMAL diseliputi kabus (awan) di puncaknya. SS dan Sdr Nuzul (geng slow) rilek-rilek berjalan mendaki bukit yang amat tinggi dirasa sambil cuba untuk tidak jatuh tergelincir kerana selut yang licin. Parit kecil di tepi jalan memberikan gerip yang baik sebab tak ada selut melekat di situ, dan itulah laluan yang kami gunakan untuk menuju puncak. Azhar yang memikul bekalan ayam dan ikan telah jauh ke hadapan. Shukrani dan SM yang muda belia pun laju mendaki meninggalkan SS dan Sdr Nuzul jauh melayan kaki.

Hui...jauh tu..kena tinggal..
Sampai setengah bukit perut pula memulas minta dikosongkan. Melilau SS mencari port yang sesuai. Terjumpa tempat yang strategik dalam hutan ditepi jalan di situ fauna dan flora mengucapakan terima kasih yang termamat kerana mendapat baja percuma. Dapat juga SS melakukan sunnah istinjak dengan daun-daun kayu di situ. Selepas berbasa basi dengan belukar di situ, SS pun bergegas mencari parit untuk bersuci secara Melayu...(bukan sekadar bilas sahaja...)

Jalan tanah merah yang baru ditolak - sangat licin lepas hujan


Tinggi lagi tu nak daki-curam sebelah gaung

SS dan Nuzul teruskan pendakian dengan setiap sepuluh langkah berhenti melayan pinggang sambil ambil gambar dan borak2 santai. Sedikit demi sedikit lama-lama sampailah kami berdua di Kpg Saudara Kita dan disambut oleh SM yang dah agak bosan berehat. Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Dalam perjalanan (pendakian) kami juga terserempak dengan dua 'lipan' yang sedang belerja menolak tanah. Jalan lama yang sudah kerasmenjadi' loose material' menyebabkan kereta 4WD yang tak punya tayar bunga kasar (offroad) akan tentunya mengalami nasib seperti Hilux hitam SM yang ditinggalkan di nun bawah sana... SM rupanya dah meminta pertolongan dari operator Lipan tersebut untuk menarik keretanya nanti. Kunci dah diberi bersama doa gar keretanya jangan 'lari' :)
Indahnya hidup di kayangan.....

Walaupun letih dan pinggang merayu minta diurut, Sheikh Nuzul tetap memberikan senyuman manis kepuasan...Indahnya alam ciptaan Ilahi....

Selepas berbasa basi bersama suadara mara Azhar kami berehat sebentar sebelum menuju ke air terjun bukit untuk mandi. Anak air bukit ini terletak tidak jauh disebelah lembah belakang Surau Al Azhar yang sedang dibina. Nak sampai ke situ agak mencabar juga dengan jalan menyusur denai dilereng bukit. Salah pijak boleh jatuh masuk gaung....

Kami mandi di situ. Air sejuk menyegarkan. Paip buluh yang dibelah tengah mencurahkan air tanpa henti. Badan letih menjadi segar walaupun kaki masih berdenyut-denyut. Kami berwudhuk di situ dan balik ke rumah Azhar untuk makan tengah hari dan solat Zuhur. Jam waktu itu sudah pukul 2 ptg.
Senyaman air bukit begitulah nyaman hati ini...semesra bumi yang disirami
Hujan yang telah berhenti tadi menyambung mencurahkan rahmatNya. Sambil menikmati lauk manok (ayam) masak sup kicap berempah, SM mencadangkan untuk memanggil kontraktor surau, Encik Sylvester & Camung, untuk dipanggil dari Rumah Banduk. Sdr Ishak volunteer untuk berjalan ke 'rumah panjai' untuk memanggil mereka. Kali ni, oleh kerana, tiada kereta, lawatan ke Rumah Banduk tidak dimasukkan dalam aturcara lawatan. Cukuplah tadi dah berjalan mendaki dan menurun bukit.Esok nak kena jalan lagi..

Sylvester dan Camung datang selepas Solat Asar. Kami berbincang hangat di tapak projek. Kualiti kerja yang agak cincai dan lambat tmengakhiri perbincangan yang disambung di dalam rumah Azhar dengan pemberhentian kontrak Sylvester. Camung yang kali ini banyak berbahasa Inggeris dalam perdebatannya (rupanya bila dia mabuk, dia cakap omputih...) akhirnya juga setuju untuk berhenti dan menerima bayaran habis kerja sebanyak mana yang ada, sebanyak RM10,050.00. Perjanjian henti kontrak pun ditanda tangani oleh semua pihak disaksikan oleh Azhar selaku Ketua Kaum Islam Iban di situ dan Sdr Nuzul.
Surau Al Azhar AMAL yang sepatutnya siap pada bulan ini tetapi terbengkalai kerana masalah barang dan kontraktor
Semasa SS dan SM melawat tapak bersama kontracktor, Sdr Nuzul mengambil kesempatan untuk mengajar para muallaf di situ membaca Fatihah dan Surah Al Kautsar. Ini untuk memudahkan mereka solat kepada Petara Allah. Anak2 yang selalu mewarnai kedatangan kami ke Ulu Kota, kali ini tidak ada di rumah. Mereka duduk di asrama sekolah dan tidak dapat balik ke rumah mereka pada kali ini. Kalau mereka ada, salah satu program ialah mengajar budak2 ini membaca Al Quran.

Di sebelah malam, selepas tazkirah oleh SM dan Tuan Nuzul, makan malam pun dihidang. Habis makan borak2 sekejap dan tepat pukul 9.27mlm enjin diesel genset pun dipadamkan. Awal orang sini tidur. Sebelum tidur, Sdr Nuzul menawarkan 'insect repellant' untuk di sapu pada badan yang terdedah kepada Sang Nyamuk yang cukup berkeliaran di sana. SS agak skeptikal tetapi layan juga. Ternyata kali ini kaki SS yang biasanya menjadi favorite hisapan Sang Nyamut tidur nyenyak tanpa gangguan menggaru sana sini. Ingat tu, next time kita pergi Ulu Kota mesti bawa insect repellant untuk keselamatan kulit anda.

Selepas gelap kami pun tidur sambil termimpi-mimpi mendaki gunung dan bukit bukau...sungguh mengerikan.... Pagi sebelum subuh waktu dinihari, kami bangun untuk berqiam meraikan kedatangan ke Ulu Kota.

Selepas Tazkirah Subuh dan minum kopi bujang kami pun memulakan perjalanan pulang. Waktu ketika itu lebih kurang pukul 6.45pg. Hujan sepanjang malam, malam tadi rupanya masih mengekalkan momentumnya bawa ke pagi.

Buah kundur? Di tanam oleh orang tempatan di tepi jalan ke rumah panjang.
Seperti biasa Sdr Nuzul dan SS melayan kaki berlambat-lambat mendaki dalam berjalan pulang. Ramai juga para ibu bapa dari rumah panjai menemani anak2 mereka untuk pergi ke Simpang Empat (tempat menunggu kendaraan 4WD) untuk pulang ke asrama sekolah mereka di Pakan. Kesian SS melihat mereka.Terpaksa bertungkus lumus meredah selut dengan berkaki ayam untuk kembali ke sekolah... Semua group yang SS dan Nuzul nampak jauh dibelakang sebentar tadi telah memotong kami tanpa kelihatan letih.

Dah 24 jam kami terputus dengan dunia luar. Celcom yang dulu sarat dengan 'sales gimmick' mengatakan bahawa Celcom ada di mana2 ternyata salah. Ulu Kota jauh dari rungan lingkup roaming Celcom.. Tapi dalam perjalanan pula ada di kawasan2 puncak tertentu mendapat 3-5Bar signalnya. SS ambil ksempatan untuk menalipon keluarga yang ditinggalkan di Miri. Mungkin Celcom perlu merealisasikan apa yang dijanjikan dulu secepat mungkin.

Orkid liar yang banyak tumbuh di sepanjang jalan - SS ada bawak balik anak dia nak cuba tanam...idup ke tak?
Sampai sahaja kami di Kaki Bukit AMAL, kereta Hilux SM tidak kelihatan. Aiks...takkan dah cabut kata hatiku.. Rupa2nya SM Azhar dan Shukrani pergi ke Rumah Panjai Alum untuk berunding dengan kontraktor baru bagi menyiapkan projek Surau Al Azhar yang terbengkalai. Kak Duraini yang datang menemani Nur Shuhana (anaknya yang telah masuk Islam bersama2 dengannya) untuk kembali ke sekolah memberitahu SS dan Nuzul bahawa SM dan lain2 telah pergi ke Rumah Alum untuk berbincang.

Ada 'penjaga' di tepi jalan masuk ke rumah Panjai Alum
SS dan Nuzul pun terus berjalan ke Rh Alum. Sampai di sana, rupanya SM telah pun selesai berunding bersama Sdr Mambang ak MgPili kontraktor baru yang akan memperbaiki dan menyiapkan surau tersebut. SS rasa yang ini lebih berwibawa dari yang dulu. Sekurang2nya beliau mempunyai kenderaan 4WD untuk memudahkan pengankutan kuli dan barang2 serta dia berbincang dalam bahasanya sendiri :).
Penyerahan kontrak baru kepada Sdr Mambang Ak MgPili untuk menyiapkan Surau Al Azhar
Perjanjian pun di meterai dan separuh bayaran dibuat sebagai 'advance' pun dibayar oleh SM kepada Mambang dengan menggunakan cek. Tarikh siap ialah 31 August 2010. Kalau lebih cepat lebih bagus...

Sheikh Nuzul sempat bermesra dengan penghuni Rumah Panjai Alum - keluarga Sdr Mambang

Kami pun keluar dari Ulu Kota pada pukul 9.30pg dengan berbekalkan Perjanjian Baru dengan Kontraktor yang baru... Semuga kita belajar dari kesilapan-kesilapan yang dahulu... Perjalan balik baim sahaja. Sdr Nuzul bersama Azhar dan 2 orang anaknya menaiki bot express ke Kuching.

SS, Shukrani dan SM meneruskan perjalan balik ke Miri melalui Jembatan Lanang. Semalam Shukrani membawa kami (yang tidur masa tu)melalui Jambatan Durin. Jauh..tapi jalannya cantik sikit. Kami selamat sampai ke Miri pada pukul 7malm. Singgah di Masjid Luak untuk solat Maghrib dan jamak Ishak.

Otot-otot kaki yang masih sakit terperanjat , berjaya juga akhirnya sampai ke rumah menemui keluarga tercinta.. ALHAMDULILLAH...


.
Sheikh Sambal.

.





2 comments:

yang teristimewa said...

SEMOGA USAHA MURNI MENYEBARKAN SYIAR ISLAM TERUS SS PERJUANGKAN..AMIN

Sheikh Sambal said...

yt: terimakasih ...doakan kejayaan Islam di sarawak