Rombakan kabinet PAS Sarawak baru-baru ini telah memberikan nafas baru kepada Gerakan Islam Negeri Sarawak. Sedikit sebanyak pergeseran dalaman telah terungkai dan kini PAS Sarawak lebih runcing hala tuju dan gerakm kerjanya.
Pilihan raya negeri akan berlaku dalam masa lebih kurang 6 bulan lagi. Dengan gerak kerja yang lebih teratur dalam organisai yang jelas, PAS akan membuat kejutan di Sarawak. Para pendokong dan penyokong Parti Islam kini lebih teratur kerjanya sementelah Perhubungan Negeri telah kembali teratur. Syabas kepada PAS Pusat yang menyegerakan rombakan organisasi Perhubungan Negeri. Bila kepala dah teratur dan rapi, badan dan ekor akan turut kemas dan cantik.
Semuga PAS Sarawak semakin kukuh dalam berjihad memantapkan kerja dakwah dan siasah di Tanah Kenyalang ini.
.
Sheikh Sambal.
.
No comments:
Post a Comment