Bila cakap bab pasir aku memang menyinga. Lanun curi pasir bukan kira ada lesen ke tidak. Dapat lesen tempat lain tapi habis ditarahnya dulu...
Kampung aku selalu kena serang dek lanun pasir ni. Aku ambik gambar aku buat bising tapi tak ada apa-apa yang berlaku. Ketua kampung aku yang baru Datuk Kassim di Kg Kuala Pajam, sama dengan aku melawan lanun. Dulu masa PR belum perintah Selangor teruk juga. Lepas PR ambik Selangor pun sama. Ada tempat lebih teruk lagi. Masa Umno pegang Selangor lanun-lanun pasir ikut kroni dan berpuak-puak. Tapi bila PR ambil alih, lanun masuk ikut syarikat KSSB. Niat MB Khalid memang mulia. Jadikan pasir yang selama ini jadi hak milik lanun-lanun geng umno kepada asset Kerajaan Negeri Selangor. Perlombongan pasir dikawal dalam satu badan dan untungnya dapat kepada kerajaan untuk rakyat.
Ialah.....bila iman tak kuat dan lanun pasir tabur duit depan mata geng dalam KSSB..dunia iman pun gelap. Maka pengawalan pasir yang sepatutnya telus jadi kabus. Pasir Selangor dilombong habis-habisan. Memanglah apa yang ditunjukkan Umno dalam media nampak terlampau berat sebelah, tapi yang pastinya perolombongan pasir telah menyebabkan bencana dahsyat pada alam sekitar.
Aku ingat kalau Datuk Kassim kat kampung aku tak berkeras menghalau lanun dari kampung akau...pasti kawasan lombong tiggal dihujung kampung aku tu jadi macam di Paya Indah dan Hulu Selangor.
Aku sokong pembangkan Negeri Selangor pukul kerajaan PR habis-habisan. Memang patut kena cam tu. Biar mereka sedar.
Walau bagaimanapun, Najib dan geng-geng Umno dia jangan tak pandang lanun pasir di Johor juga. Tun Mahathir pun dah buat bising pasal lanun seludup pasir pada Singapura. Sekurang-kurangnya lanun pasir di Selangor jual pasir kepada kontraktor buat LCCT ke-2 di Sepang. Masih dalm negeri. Esok rakyat Malaysia juga yang dapat guna LCCT 2 tu. Tapi kalau pasir di seludup dek lanun yang bersengkokol dengan 'VIP' yang berkeasa ke Singapura, apa Malaysia dapat? Kena kencing lagi dek Singapura adalah...
Najib patut tangkap juga lanun dan VIP pasir yang seludup pasir ke Singapura kerana mereka ini bukan sahaja menyamun pasir bahkan melakukan pembelotan tahap gaban terhadap negara. Ikut undang2 Najib, mereka tulah patut kena ISA...
.
Sheikh Sambal
.
No comments:
Post a Comment