Sheikh Sambal tak dapat menahan rasa kagum dan haibah terhadap seorang sarjan yang didakwa melesapkan Enjin F5E milik TUDM (lihat laporan UM). Memang Sarjan tersebut berhak diberikan tabik spring 3 kali!!
Berita malam tadi sungguh mengujakan dan memeranjatkan SS. Terasa bangga pula jadi rakyat Malaysia yang mempunyai orang-orang yang hebat begini.
Kita tak cakap soal hukum hakam di sini, cuma tentang kebolehan dan keupayaan seorang pegawai pangkat rendah yang mampu mengeluar dan menjual 2 Enjin Jet F5E yang berharga RM50m setiap satu.
Hal begini jika diikutkan perlu izin bertulis dari berbagai pihak daripada ATM/TUDM dan badan-badan kerajaan yang berwajib. Bagaimana pula tentang LOGISTIK dan peraturan dan prosedur yang ketat (kerana ia melibatkan keselamatan negara) yang perlu diatasi. Sarjan tersebut berupaya melakukannya semua ini tanpa disedari. Hanya selepas setahun lebih bila Menteri Pertahanan yang baru mendedahkan tentang kehilangan 2 enjin jet ini.
Sekarang disyaki enjin-enjin tersebut berada di Uruguay. Uruguay bukan dekat seperti Seberang Takir atau Semenyih. Uruguay nuuun.. di Benua Amerika Selatan, di sebalik dunia Malaysia ni. Kalau kita tengahari sana tengah malam! Apa cerita?
Hebat!. Sungguh hebat sarjan itu bersama dengan kawannya seorang pengarah syarikat. Dua orang saja dah berupaya menghilangkan RM100juta harta negara!! Dari segi keupayaan, hamba mahu tabik spring lagi terhadap sarjan dan kawanya itu. Tabik! Tabik! Tabik!
Sheikh Sambal terfikir pula, kalau sarjan kita dah macam tu, bagaimana pula keupayaan yang pangkat-pangkat atas lagi. Kapten, Leftenan, Kolonel, General dan Menteri?? Berapa banyak lagi yang boleh lesap tanpa kita sedari?
Malaysia Boleh!! Semua Boleh!!
Ya Allah.... Selamatkan Malaysia....
.
UPDATE
PETALING JAYA 6 Jan. - Seorang anggota tentera berpangkat sarjan, N. Tharmendran, 42, dan seorang ahli perniagaan, K. Rajandran Prasad, 37, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan bersubahat mencuri dan melupuskan dua enjin jet pesawat. - UTUSAN
.
.
1 comment:
sarjan mmng dah latih nk buat benda tipu nih lah...
menteri x reti buat nih,RASUAH JE reti..:)
Post a Comment