Semalam lagi satu gereja kena baling tong cat di Kota Tinggi. Kali ni cat merah. Polis kata mereka sedang menyiasat. Apa motif dan siapa buat. Nampaknya PPIM dan 150 NGO Islam dan RELA yang kata nak buat kawalan keselamatan ke atas gereja-gereja di Malaysia, tak berdaya menghalang 'budak-budak nakal' dari menyerang tempat ibadat orang Kristian itu.
Nampak kecoh penggunaan kalimah ALLAH masih panas walaupun kerajaan merayu agar semua pihak bertenang. TPM pula bertekad untuk mengatasi isu ini secepat mungkin tetapi nampak gayanya kita tidak nampak ia berkurang.
Masyarakat semakin resah kerana ada saja kes baru yang berkait dengan isu ini. Semalam juga pejabat peguam The Herald dipecah masuk dan mereka mengesyaki ia ada kena mengena dengan kes kalimah ALLAH ini.
Hari ini Borneo Post melaporkan bahawa kerajaan membenarkan pula kalimah ALLAH digunakan oleh orang Kristian di Malaysia Timur. DS Nazri Aziz dalam interbiu ekslusif dengan akhbar-akhbar Sarawak/Sabah mengatakan kebenaran diberi kepada Sarawak dan Sabah kerana penggunaan kalimah ALLAH telah digunakan oleh kaum pribumi Kristian sejak dahulu lagi. Ia telah jadi tradisi masyarakat di sana.
Eh...boleh pulak... habis tu kalau orang Sabah dan Sarawak berkunjung ke Semenanjung, mereka tidak boleh pula pakai kalaimah itu. Tak ke lebih pening dan mengelirukan lagi. Lebih-lebih lagi, bukankah Mahkamah telah mengarahkan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH dihentikan dulu sementara proses rayuan diputuskan. Tiba-tiba Nazri boleh pula memberi kebenaran. Mana lebih berkuasa Nazri atau Mahkamah?
Atau sebenarnya kebenaran ini bermotif politik? Sementelah Sarawak akan mengadakan pilhanraya negeri pada bila-bila masa maka dibenarkanlah orang Kristian di sini untuk menggunakan kalimah ALLAH. Kalau tidak nanti tak dapat undi orang Kristian yang majoriti di sini kerana rata-rata Kaum Dayak berugama Kristian. Jadi, kalau bukan motif politik apa lagi?.
Adakah orang-orang Melayu Islam di Sabah dan Sarawak lebih kuat iman mereka dan takkan terpengaruh dan terkeliru dengan dakyah Kristian yang menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan dan sembahyang mereka? Orang-orang Melayu Islam Semenanjung pula akan tergugat iman mereka?
Mana semangat 1 Malaysia. Sini tak boleh sana boleh. Sahlah ungkapan 1 Malaysia cuma mainan propoganda sahaja.
Kita patut jadikan isu ini sebagai peluang kepada kita Islam untuk menerangkan keindahan Islam kepada orang-orang bukan Islam. Adakan forum dan seminar. Panggil ulamak-ulamak Islam dan Kristian dan lain-lain agama untuk duduk semeja dan berwacana. Buka kepada khalayak umum. Kita pasti dengan penjelasan yang terang dan baik akan menimbulkan minat dan tarikan untuk mereka memeluk Islam.
Selagi ada serangan dalam bentuk fizikal atau kenyataan dalam media, keamanan akan lebih tergugat dan orang bukan Islam akan lebih takut dan menjauhkan diri dari Islam. Lebih buruk kalau mereka menyerang balas.
..
..
No comments:
Post a Comment