26 January 2010

Tanda-Tanda Besar Sudah Keluar !!

Sah! Memang sah! Pilihan raya Negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat. Kemungkinan selepas Tahun Baru Cina. Paling lewat pun mungkin dalam bulan Jun 2010.
Kenapa ana kata begitu? Sebab tanda-tanda besar sudah keluar. Sekarang Sarawak kini selalu banjir! Bukan banjir air bah. Bukan! Tapi Sarawak sedang mengalami kebanjiran pemimpin BN datang ke Bumi Kenyalang ini. Banyaklah alasan dan projek yang dibuat. Tapi yang sebenarnya mereka datang nak berkempen!

Baru minggu lepas TPM Muhyidin datang dengan rombongannya ke Miri. Hari ni pergi pulak ke Sibu. Menteri Penerangan Rais Yatim pula serang Bau. Adalah kerja dia kat sana tapi yang sebenarnya nak mengabui mata rakyat Sarawak yang BN ni baik dan mesra rakyat!

Hampeh! Baru 2, 3 bulan lepas kerajaan biarkan rumah panjang di Sungai Putat Kuala Baram, Miri dirobohkan oleh sebuah syarikat swasta untuk memberi jalan kepada syarikat kroni tu buat projek. Baru-baru ini pun ada lagi rumah panjang kena roboh di Bintulu sebab nak buat projek juga.

Macam-macamlah pak menteri akan bagi gula-gula pada rakyat Sarawak. Lepas menang besok depa peras dan perah cukup-cukup. Bagi mereka orang Sarawk expendable. Buat apa pun undi tetap BN punya!.
BN ada banyak gula-gula pilihan raya. Bagi sikit dah dapat undi. Bila dah menang Sarawak aku punyalah!
Tok Uban dah paham sangat tentang mentaliti orang Sarawak. Sebab tu dia cool je. Duit banyak boleh kempen luar dalam. Royalti minyak dan gas, duit balak, hasil ladang sawit dan cukai ada banyak. Buat projek sikit untuk rakyat bagi kelabu mata. Tabur janji banyak-banyak. Mana kampung yang tak ada letrik lagi buat tanda nak cacak tiang, lepas kokok kuat-kuat kata Kerajaan BN sangat prihatin dengan nasib rakyat yang hidup dalam gelap.
Dah menang besok tinggallah dulu. Bila nak pilihan raya semula, cacak tiang pula dan hantar orang ukur jalan. Janji kuat-kuat lagi. Dah menang tinggallah semua. Esok lagi 5 tahun datang lagi bawak kontraktor SESCO (macam TNB Sarawaklah). Kokok kuat-kuat lagi kata Kerajaan BN sedang tarik kabel lektrik untuk terangkan kampung. Tabur janji lagi. Undi orang kampung masih bagi, sebab terliur nak dapat lampu lektrik waktu malam.
Begitulah saban tahun bila datang musim pilihanraya. Umpan pembangunan dan gaya hidup moden dicanang habis. Dalam pada itu, tanah NCR dirampas buat ladang. Kampung-kampung Melayu dipinggir bandar habis kena halau. Tanah kampung diganti dengan rumah-rumah kedai dan kawasan perumahan mewah. Mana orang Melayu mampu beli. Orang Melayu dan Bumiputra telan air liur je lah. Mereka duduklah di kampung baru dengan kemudahan yang tak seberapa.
Mana dia Kpg Dagang Miri dan Bintulu? Tanah kampung tu dah jadi pusat bandar. Adalah pampasan yang diberi tapi lihatlah kehidupan mereka sekarang. Rumah sempit dan wang pampasan pun dah lama habis.
Pemimpin mereka duduk senang lenang di Petrajaya dengan mahligai indah....mereka duduk dhaif dalam rumah usang.
Sarawak...oh.. Sarawak kalaulah kali ni pengundi di Sarawak berubah angin. Kalulah pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama, sudah tentu nasib mereka terbela dengan tertegaknya kerajaan baru, Kerajaan PR Sarawak.
Undi lah Pakatan Rakyat untuk kebajikan rakyat.
.
.

No comments: