16 June 2009

Jalan-Jalan Yang Berturap 'Janji' - Pakej Rangsangan Apa??

Pergilah mana kampung di luar Miri. Kampung Muhibbah contohnya sudah 3o tahun menunggu jalan kampung itu ditar. Dari jalan besar Miri - Bintulu ada banyak jalan menyimpang masuk ke kampung-kampung dan rumah panjang keadaannya masih teruk. Jalan masuk ke Rumah Panjang Lepung Ajai yang baru terbakar baru-baru ini, hanya ditinggalkan tidak berturap sudah sekian lama. Batu grewel dihampar tunggu untuk diturap dengan tar tunggu punya tunggu jalan yang berbatu itu pun menjadi semakin parah. Penduduk sekitar jalan terpaksa berperang dengan debu setiap hari. Bila hari panas debu naik bagai jerebu. Bila hujan jalan becak tidak keruan. Sekali datang pilihanraya berkoyan-koyan janji ditabur untuk membina jalan yang sempurna bagi kegunaan orang kampung. Tetapi janji hanya tinggal janji. Begitulah bertahun-tahun. YB berganti YB tapi jalan kampung masih 'berturap' janji menteri.
Mana pakej stimulus pertama dan kedua?.
PM Najib kata "sehingga 5 Jun lalu, sebanyak RM1.4 bilion dibelanjakan untuk menyiapkan 10,979 projek yang turut melibatkan projek-projek kecil seperti menaik taraf dan baik pulih jalan luar bandar, jambatan, sekolah dan hospital membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta"
Dan PM Kata lagi, ".. program penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan projek infrastruktur asas (PIAS) bernilai RM173 juta bagi 2,686 projek di Sabah dan Sarawak yang secara langsung membantu meningkatkan aktiviti ekonomi dan kualiti hidup rakyat luar bandar di kedua-dua negeri berkenaan"
Wah.. megah sungguh PM Najib berkokok dalam Parlimen mengatakan rakyat bertuah dapat faedah rangsangan ekonomi. Tapi tak nampak pun di Sarawak ni. Seperti yang penulis katakan tadi, pergilah ke kawasan pendalaman di luar kota besar seeperti Miri, Bintulu dan Sibu. Bukan dalam sangat pun, keluar sahaja dari kawasan bandar dalam 20km nampaklah jalan-jalan kampung persis laluan balak. Barbatu grawel dan berdebu dan ada juga jalan tanah merah.
Projek menurap semula jalan Miri-Lutong baru sahaja siap. Sejak 6 Bulan lepas penduduk bandar Miri terpaksa bersesak kerana kerja-kerja memotong dan menurap semula jalan besar Miri - Lutong yang masih dalam keadan baik. (Lihat tulisan SS berkenaan isu ini) Itulah yang hairannya. Jalan yang masih cantik Miri-Lutong tiba-tiba dikorek lapisan atas dan diturap semula tetapi jalan-jalan kampung yang sangat mendambakan turapan tar, masih berbatu grawel dan berdebu. Tidak ada rasionalnya projek itu kecuali tujuannya untuk memerah peruntukan rangsangan ekonomi tanpa perlu bersusah-payah masuk ke kampung-kampung dan pendalaman. Mana perginya janji politikus tempatan dan nasional.
Tak lama lagi musim pilihanraya DUN Sarawak. Kita akan lagi sekali berpesta dengan janji-janji bakal YB dan menteri. Harapan rakyat marhaen untuk kehidupan yang lebih baik hanya jadi mainan bibir kempen pak menteri.

2 comments:

Abu Zahra said...

Syeikh Sambal..apa lagi jum tukar kerajaan...tawan dun sarawak

Sheikh Sambal said...

Ya betul Abu Zahra... selagi BN memerintah..selagi tu lah rakyat susah. Tukar mereka dlm PRU DUN Sarawak yang akan datang. Tunjukkan PR adalah pilihan yang terbaik.!