05 June 2009

PAS Jangan Shiok Sendiri !!! Mantapkan Organisasi Dan Da'awah.

Muktamr PAS ke 55 sedang berlansung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Gegak gempita bunyinya. Dulu PAS tak pernah termimpi dapat pakai Stadium selain di KB untuk buat muktamar. Inilah hebatnya kalau kita dapat memerintah sesebuah negeri (atau negara), kerana segala yang dulu di'haram'kan kini tidak lagi. Dulu Tok Guru TGNA nak ceramah di Selangor mana dapat. Tak ada tauliah. Semua masjid dikawal ketat oleh Khir Toyo. Orang UMNO pekat kadi nazir dan ajk masjid. Masjid yang dulu diambil alih oleh umno secara paksa dan menangkap imam yang engkar telah kembali bergerak aktif dengan aktiviti yang berilmu dan beramal.
Kini stadium pun kita dah dapat buat ceramah besar-besaran. Khir Toyo dan konco2nya dah jadi pembangkang di DUN Selangor. Baru dia tahu segala tindakannya menahan usaha agama di masjid-masjid dulu dah dapat balasannya sekarang.
PAS semakin kuat dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. PAS bukan lagi 'melukut di tepi gantang' tetapi 'beras wangi tinggi kualiti'.
Muktamar kali ini akan diikuti oleh semua lapisan. Bagaimana PAS menangani perebutan jawatan akan menjadi model akhlak kepada parti-parti lain terutamanya Pakatan Rakyat. 'Kumpulan Erdogan' atau Ulama semuanya bekerja untuk Islam. Kita ahli-ahli PAS akan menyokong siapa sahaja yang menang.
Walaubagaimanapun masih banyak yang perlu PAS lakukan. Di Selangor PAS perlu lebih ke depan bukan jadi pak pacak mengiyakan segala kata PKR dan DAP. Usaha mesti ditingkatkan untuk meramaikan lagi ahli dan kelab penyokong.
PAS jangan shiok sendiri berkokok di laman tetapi organisasi kucar-kacir. Mantapkan organisasi PAS sebagai gerakan Islam. Hanya PAS yang berteraskan Islam dan Da'awah sahajalah yang akan terus relevan sehingga bila-bila. Jika PAS menyeleweng dari jalan ini....maka PAS akan jadi seperti UMNO dan lain2 parti sekular..


No comments: