18 June 2009

K.U: Tok Guru vs Nasha?

Pagi-pagi lagi K.U talipon ana. Risau benar bunyinya. Dalam nafas yang tercungap-cungap dia tanya betul ke Tok Guru suruh Ustaz Nasha keluar Pas masuk UMNO. Ana pun baru saja dengar cerita gempar tersebut. Nak komen banyak-banyak kang kok salah. Tapi apa-apa hal pun ana suruh sahabat ana tu bertenang dulu.
"K.U kau bawak duduk dulu. Bertonang. Napeh kau dalam talipon macam ribut!. Dulu den dah kobar kan. Isu Kerajaan Perpaduan ni jorek UMNO. Kapal tongah nak tenggolam. Macam-macamlah jaharo eh. Dalam Muktamar Pas hari tu pun bukan ado pun cerito nak berpadu dengan UMNO. Presiden tak sontuh lansung pasal Kerajaan Perpaduan (KP) ucapan dasar.
Cumo maso sidang akhbar ado lak tukang pencachai UMNO hulur soalan pasal Kerajaan Perpaduan. presiden komen sikit dan huru haro negaro lopeh tu.
Macam Tok Guru cakaplah, idea KP ni cumo lontaran peribadi semato-mato. UMNO gunokan segalo media yang ado untuk memporak perandokan PR. Memang huru-haro. Tengok kau K.U, tak pasal-pasal tercungap-cungap gelabah.
Orang surat kabar memang suko bondo sensasi ni. Ontah iyo ontah tidak Tok Guru suruh Ustaz Nasha beronti. Putar bolit BERNAMA tak kan kau tak tau. Kok iyo pun, ni kiro tingkah anak beranaklah. Sok Ustaz Nasha poi lah jumpo Tok Guru. Cium tangan elok-elok mintak mahap. Kang ok lah tu. Ala cam cerito Dato' Mustafa Ali ngan Tok Guru dulu. Jumpo balik ompek mato dah setel." berbuih mulut ana menonangkan K.U (tapi tak la sampai cam Dato Shabery dalam TV hari tu....he he he..)
"Iyo ko?" kato K.U. " Den bukan apo...takut kang tak pasal-pasal masuk UMNO botul2 si Ustaz Nasha tu! Maklumlah cakap-cakap Tok Guru ni masin" " Kau tengok apo jadi ngan Ustaz Nakhaie...masuk UMNO tak yo dapek jadi mentori...." sambung K.U lagi.
Ana kata pada K.U biarlah kita serahkan pada pucuk pimpinan untuk menyelesaikan perkara ini. Pas ada Majlis Syura. Maka Majlis Syuralah yang patut bincang hal-hal segenting begini.
K.U masih tak berapa puas. " Kau ingat memang Ustaz Nasha nak jadi mentori ko?. Sampai nak berpadu dengan UMNO."
"La... kan den dah bagi tau...dalam muktamar hari tu Ustaz Nasha torang-torang cakap tak ada niat Pas nak berbaik ngan UMNO. Kau bacolah Harakah. Mano ado cerito pasal nak kawin ngan UMNO. Ini sumo putar bolit mdia UMNO!" jawab ana. Hati mula panas dengan sikap K.U yang seakan-akan percaya dengan 'spining' yang dibuat oleh media UMNO.
"Kito kono siqah dan wala' pada pimpinan" Ana mula bersyarah. "Adab kito pado gerakan Islam adalah kita percaya dan taat kepado pimpinan. Kalau pimpinan kato tak ado pakatan atau perbincangan dengan UMNO pasal KP, tak adolah tu. Jangan kito percayo pulak pado media dan internet yang cerito macam-macam". " Jemaah kito ni jemaah Islam. Jemaah UMNO jemaah sekular. Mano buleh bersamo. Kecuali UMNO tukar dasar dio kepada Quran dan Sunnah. Hah..maso tu..Pas nak bubar masuk UMNO lako sado eh pun tak po!. Dio dah jadi Islam cam kito. Perjuangan kito dah samo untuk mendapekkan redho Allah di mukobumi ni. Mentadbir bumi ni macam yang Allah suruh. Hah...tu baru bulih berpadu..."
"Ohh...cam tu ko..." kata K.U " Kok camtu den sorah pada Tok Guru lah, Presiden dan sumo saf pimpinan..." "Cilako UMNO ni...buek sosak kepalo otak den yo!" lalu K.U terus letak talipon.
Ana masuk bilik air ambil wuduk dan solat dhuha dan solat hajat. Semuga keruh politik dalam Pas cepat jernih semula....

2 comments:

Anonymous said...

wala tu pun biar bertempat bang..mana ada pemimpin yg maksom..nabi jo..ko kata pemimpin kata tak jumpa umno..tup2 pak lah kato jumpo..oishh kito wala jugak..camana pun wala...jumpa dalam gelap ko..torang ko..wala..wala..jangan jadi wala kamikaze sudahla jang oi!!

Sheikh Sambal said...

Ano,
memanglah wala' mesti bertompek. Kok pimpinan buek suruh buek doso, tak bulih wala' dah cam tu. Tapi wal' dan siqoh tu amat ponting dalam satu organisasi. Kok sumo apo yg pemimpin suruh asyik ditontang yo... rusak binasolah parti.
Pemimpin pulak perlu beradab jugak. Pemimpin perlu berlaku a'dil dan berlemah lombut pada pengikut. Jgn koreh tak tontu arah. Lagi satu yang amat ponting.... pemimpin mesti menjalankan MESYUARAH. Bukan main lantak to buek keputusan sendiri. Salah satu faktor mengapo Kerajaan Ummaiyah jatuh adalah sobab khalifah tak buek mesyuarat. Putus pekaro pakai fikir sendiri. Rakyat memberontak mako Bani Abbassiyah naik...camtu lah....