08 March 2009

PPSMI: Salah Satu Agenda Penghapusan Bahasa Melayu

Mana silapnya orang Melayu sudah tidak fasih lagi berbahasa dalam bahasa ibundanya. Dari awal lagi sejak merdeka usaha untuk menghapuskan bahasa Melayu telah berjalan. Bahasa Melayu tunjangnya tulisan Jawi. Umno menghapuskan penggunaan tulisan Jawi bagi bahasa Melayu yang akhirnya telah mematikant ulisan itu sehingga generasi kini tidak lagi mampu membaca dan menulis dalam Jawi. Strategi jangka panjang penghapusan tulisan Jawi dahulu telah mencapai matlamatnya apabila generasi muda kini tidak lagi boleh membaca buku agama yang bayak ditulis dalam tulisan Jawi.
Kini Umno sekali lagi cuba mengubah penguasaan bahasa di kalangan orang-orang Melayu dengan PPMSI yang kesan akhirnya akan menghapuskan pengunaan bahasa Melayu melalui PPMSI di sekolah-sekolah.
Kesan penghapusan tulisan Jawi ketara dalam masa 20 tahun. Jika PPSMI diteruskan dan orang Melayu dijauhkan dari bahasa Ibundanya maka dalam masa 20 orang Melayu akan lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris dari bahasa Melayu. Lagi 50 tahun pula orang Melayu akan terus melupakan bahasa Ibundanya. Jadilah orang Melayu di Malaysia ini seperti orang Melayu di Afrika Selatan atau Madagascar. Bahasa Inggeris kini telah menjadi bahsa Ibunda mereka. Melayu Afrika Selatan dan Madagascar dipaksa oleh keadaan dan suasana yang menyebabkan bahasa Melayu hilang dari lidah mereka. Tetapi di Malaysia kita sendiri yang memilih jalan itu kalau PPSMI diteruskan.
Bahasa adalah jiwa bangsa dan budaya adalah nadinya. Sejak zaman penjajahan lagi usaha untuk memusnahkan bangsa telah bermula. Bangsa Melayu agamanya Islam. Kristian Barat tidak dapat memusnahkan Islam dalam bangsa Melayu tetapi dengan memusnahkan jiwa dan nadi bangsa Melayu itu akan hilanglah Islam dalam bangsa Melayu. Itulah tujuan sebenarnya. Kesinambungan kepada Perang Salib!
Maka berjalanlah strategi Salibiah (Crusaders) dengan menjauhkan Islam dari jiwa oang Islam. Pertama-tamanya dihapuskan tulisan Al Quran (tulisan Jawi) dari orang Islam dan digantikan dengan tulisan Rumi. Strategi ini telah berjaya dilakukan di rantau Melayu. Kini seluruh rantau Melayu tidak lagi menulis dan membaca dala tulisan Jawi. Negara-negara orang Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei mempunyai banyak khazanah kitab-kitab lama yang ditulis dalam tulisan Jawi tetapi tidak dapat dibaca oleh orang Melayu kerana mereka tidak tahu atau fasih dalam tulisan Jawi. Maka kefahaman dan ilmu ulamak-ulamak Melayu dahulu hanya tersimpan dalam kitab dan cuma jadi bahan sejarah dan penyelidikan di universiti. Ia tidak menjadi bahan bacaan dan rujukan oleh orang awam.
Begitulah yang akan terjadi jika bahasa Melayu mula dipinggirkan pula. Usaha ini telah bermula dengan menjauhkan orang Melayu daripada bahasa ibundanya. Generasi yang sedang mentadbir negara kita sekarang adalah dari generasi yang belajar dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris cuma diajar dalam subjek English sahaja. Tetapi lihatlah bagaimana bahasa Inggeris meguasai kehidupan kita.
Hampir semua perjanjian taupun kontrak ditulis dalam bahasa Inggeris. Hatta kontrak perjanjian kerajaan pun ditulis dalam bahasa Inggeris. Perjajian jual beli rumah, kereta, barangan elektrik dan apa saja surat perjanjian semuanya dalam bahasa Inggeris. Kerajaan perlu sedar bahawa orang Melayu sedang dijauhkan dari bahasa ibundanya. Jika kerajaan masih mahu meneruskan PPSMI maka termaktublah rancangan Salabiah untuk menghilangkan bahasa Melayu dari orang Melayu.
Dalam 50 ke 100 tahun akan datang orang Melayu akan bercakap lagi dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Inggeris dan kalau adapun bahasa Melayu, ia sangatlah carca merba!.
Pandangan penulis mungkin ekstrim, tetapi jika bahasa Melayu tidak di mertabatkan dengan sewajarnya maka tidak mustahil perkara yang difirasatkan oleh penulis akan menjadi kenyataan. Langkah pertama untuk mengelakkan perkara itu terjadi iala dengan memansuhkan PPSMI sekarang.



No comments: