29 March 2009

Apa Rasionalnya Projek Turap Semula Di Jalan Miri-Lutong?

Jika anda memandu kereta dari Bandar Miri ke Lutong anda akan jalan dual-carriageway Miri - Lutong sedang di scrape-out dan diturap semula. Biasanya sesebuah jalan akan diturap semula apabila ia telah rosak, berlopak-lopak dan tidak rata lagi. Jalan Miri-Lutong memang masih elok dan cantik. Yang hairannya bermuala dari bulan Januari lalu, scraper machine mula membuat kerja-kerja scraping dari bulatan Seberkas ke bulatan GK supermarket. Setiap orang yang penulis temui merasa hairan kenapa jalan yang masih elok dan cantik di scrape dan di turap baru? Apakah rasionalnya kepada kerja-kerja ini?
Apakah kerana untuk menghabiskan peruntukan dari stimulus ekonomi buat saja apa kerja janji boleh membuat tuntutan bayaran? Dan buat kerja yang senang sahaja dalam kawasan yang mudah dari segi logistik dan perhubungan? Jadikan alasan ada sedikit lubang dan rekah di tepi jalan Miri - Lutong sebagai justifikasi untuk meng'scrape' semuanya dan diturap baru?
Inilah nama membazirkan duit rakyat dan menzalimi rakyat yang lebih memerlukan jalan yang baik di kawasan luar bandar. Seorang sahabat penulis yang berasal dari sebuah kampung di Niah, terpaksa membeli sebuahh 4WD Hilux kerana kereta Wira nya rosak disebabkan meredah jalan kampung yang teruk. Sahabat ini amat kesal melihat jalan yang cantik di Miri di'repair' sedang jalan masuk ke kampungnya amat memerlukan perhatian dari JKR. Alangkah baiknya duit yang dibelanjakan untuk membayar kerja-kerja penurapan semula jalan di Miri-Lutong digunakan di Niah sana.
Sesungguhnya banyak lagi jalan-jalan di pendalaman memerlukan pembaikkan atau dibuat baru. Tetapi nampaknya syarikat kroni penyelenggaraan jalanraya di Sarawak hanya berminat untuk membuat kerja di kawasan yang mudah dan menuntut pembayaran dari bajet kerajaan. JKR dan kerajaan nampaknya hanya menurut sahaja. Kesian sungguh rakyat Sarawak.

2 comments:

abangtom said...

tu lah...
dah la proses menurap slow nak mampos...menyusahkan betul...
dah la tu je jalan yg ada bg yg dari senadin/lutong/brunei untuk ke bandar(raya?) miri....menyusahkan...

seingat aku, the same amount of area covered masa turap satu Kuala Terengganu dlm masa 2 minggu b4 p/raya kecil aritu....2 minggu beb....abis satu KT...Miri nih dah berbulan lamanya...

Sheikh Sambal said...

abangtom,
kalau nak cepat projek siap kena ada pilihanraya kecil! Dalam lain perkataan, mati wakil rakyat sesuatu tempat baru baru rakyat tempat tu beruntung....kalau tak 'wakil rakyat' tu je lah yang memanjang beruntungnya!!