15 December 2008

TAUFAN ANWAR DI MIRI

Malam tadi 14/12 PKR Bahagian Miri telah menganjurkan Majlis Makan Malam(MMM) di Eastwood Valley Golf Resort. 300 meja memenuhi ruang expo yang luas. Sekurang-kurangnya 3000 orang datang dengan membayar RM20 untuk program MMM ini, tapi ramai juga yang datang untuk mendengar. Congak-congak mungkin ada 5000 orang datang menyambut Anwar malam tadi. Antara pimpinan PKR yang hadir adalah YB Saifudin Nasution, YB Dominic Ng, Dr Micheal Teo, DS Habsah Haron dan lain-lain.
Semua ucapan lebih sama seperti mana-mana himpunan politik PKR, bahawa mereka akan mengambil alih Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang yang dijangka akan diadakan pada 2010. Apa yang penulis ingin kemukan di sini adalah sambutan orang ramai. Sangat bertepatan dengan semangat muhibbah PKR, majlis itu dihadiri oleh berbagai bangsa. Majoriti suku kaum di Sarawak adalah Dayak, kedua Cina dan ketiga Melayu. Dan begitulah komposisi para hadirin malam tadi. Majoriti adalah orang-orang dari suku kaum Dayak, kemudian orang-orang Cina dan kelihatan juga ramai orang Melayu.

DSAI bersma YB Dominic Ng (Ketua PKR Sarawak)
Suasana majlis makan malam itu boleh dikatakan 'fully charged' dengan para hadirin tidak henti bertepuk tangan bila ada isu-isu yang panas dan juga yang relevan dengan mereka seperti pengambilan tanah Native Customary Right - NCR dan kesempitan hidup.

Sambil makan hadirin diraikan dengan persembahan tarian menyambut pahlawan oleh masyarakat Orang Ulu. DSAI jelas diangkat sebagai pahlawan mereka sekarang.

Ketua DAP Sarawak sedang berucap, walaupun pelat tetapi jelas dengan akan menjaga hak anak pribumi Sarawak jika PR berkuasa.
Dr Teo (ketua PKR Miri) hebat menghentam korupsi BN.

Biasalah YB Safudin dengan gaya ucapan yang sungguh menghiburakan tetapi padat dengan libasan pada BN.
DSAI memang pandai menyusun kata-kata yang memukau pendengar. Dr Teo bodek DSAI sebagai Obama Malaysia, agen perubahan.
Gaya seorang politikus yang sedang 'menggoreng' lunak isu-isu semasa.
Pemberita entah dari mana sibuk merakamkan dan membuat liputan MMM.

DSAI memanggil semua penggerak utama PKR dan PR Sarawak naik ke pentas. Satu sentuhan apresiasi yang jarang dilakukan oleh DSAI. Nampak benar strategi menambat hati orang-orang Sarawak. Bravo DSAI!.
MMM ini adalah siri yang kedua selepas PKR Sibu mengadakannya bulan lepas dan MMM kali ini adalah lebih besar dari Sibu. Nampaknya MMM adalah satu strategi yang digunakan oleh PKR untuk menarik rakyat Sarawak menyokong perjuangan mereka di samping mengumpul dana untuk pergerakan parti. Jika 3000 orang membayar sebanyak RM20 setiap seorang, PKR Miri tlah mengumpul sebanyak RM60k secara kasar. Katalah, kos sewa dewan dan makan RM40k, PKR sudah tentunya dapat mengumpul dana RM20k satu malam. Penulis rasa MMM ini akan diadakan lagi banyak tempat di sini. Tapi syaratnya, DSAI mesti hadir. Crowd puller dalam PR adalah DSAI. Tokoh-tokoh lain-lain juga hebat sperti LKS, DS Hadi, TGNA, LGE dan Mat Sabu, tetapi mereka ini jika dibandingkan dengan aura yang dibawa oleh DSAI hanyalah sebagai perasa sahaja. Ini dibuktikan oleh MMM malam tadi.

BN Sarawak perlu berasa gentar dengan fenomena PKR di Sarawak. Seperti kata Dr Teo, satu lagi Tsunami politik akan terjadi di Sarawak. Sebelum MMM DSAI telah menghadiri satu majlis perasmian PKR Bahagian Sibuti, satu kawasan Parlimen yang baru diwujudkan di Miri. Majoriti pengundi di Sibuti adalah orang Melayu/Kedayan. Malam tadi juga diadakan majlis penyerahan borang keahlian baru oleh peduduk-penduduk Baram dan Marudi.

Semasa penulis melangkah keluar dari dewan selepas berakhirnya MMM itu, penulis lihat ramai orang berpusu-pusu di meja pendaftaran PKR untuk menjadi ahli baru. Penulis merasa sungguh terharu dengan semangat masyrakat Sarawak yang mahukan perubahan. Mereka bersungguh-sungguh benar nampaknya mahu mengubah apa yang mereka telah lalui selama 45 tahun dengan BN.

Taufan biasanya datang dengan keras dan membawa perubahan pada bentuk muka bumi. Taufan Anwar di Sarawak nampaknya sedang gegak membidai tanah Sarawak. Jika ini berterusan sehingga pilihanraya negeri, sudah pasti lanskap politik Sarawak akan berubah tidak lama lagi.


(Penulis sempat mengambil merembat tanda nama DSAI dari meja makan VIP sebelum meninggalkan tempat MMM malam tadi... saja buat momento...)


2 comments:

Hamba Miskin said...

Salam pak syeh sambal..

Kalau rembat kono ganti tu...hahaha..kalau tak ganti doso:))

Sheikh Sambal said...

W'salam...Sdr Ihya,
Bondo nak tu nak buang, koteh manila kad jo...esei selamatkan dari jadi sampah...he he he...camano tu?...:))