13 December 2008

ROYALTI DAH DIPULANGKAN...P36 KUALA TERENGGANU SELAMAT?

Aku nyaeris muntah tengok Najib bagi cek RM480juta wang royalti minyak kepada Menteri Mesar Terengganu. Dengan diapit oleh pengampu-pengampu di sekelilingnya Najib dengan muka seposen tersengeh-dengeh menerahkan cek tersebut. Apakah yang difikirkannya semasa cek itu bertukar tangan? Apakah 'padan muka kau PAS, sekarang aku bagi balik royalti pada Terengganu...he he he..' ? Nampak sungguh sifat 'kemunafikan' Kerajaan Persekutuan dalam hal royalti Minyak Terengganu. Kalau kerajaan negeri jatuh ke tangan parti pembangkang maka royalti akan bertukar jadi Wang Ehsan' dan kerajaan negeri jatuh hak ke atas wang tersebut. Dan Wang Ehsan hanya boleh diagih-agihkan oleh puak-puak UMNO.
Dulu masa Idris Jusuh jadi MB, wang ehsan dia kontrol jadi tak perlulah dipulangkan royalti. Tapi sekarang bila PR semakin kuat dan UMNO Terengganu goyah, cepat-cepat Najib pulangkan wang Royalti.
Negeri minyak seperti Sabah dan Sarawak peru belajar dari Terenganu. Kalau PR dapat ambil alih kerajaan negeri, maka bersiaplah wang Royalti akan di'wang ehsan'kan. Tapi itu mungkin relevan masa zaman Mahathir-Pak Lah. Zaman Najib mungkin itu tak mungkin berlaku kerana dia sendiri dah serahkan Royalti Minyak kembali kepada Terengganu. Sekali Royalti minyak diserahkan semula, tiada lagi justifikasi (walaupun ada) untuk menukarkannya semula kepada Wang Ehsan. Tidak lagi kepada Terengganu, lebih-lebih lagi kepada Sabah dan Sarawak.
Kini Rakyat Terengganu tidak perlu lagi takut untuk menukar kerajaan. Sabah dan Sarawak pun sama. Wang Royalti minyak mereka tidak akan dirompak lagi. Perompak di Terengganu sudah bertaubat nampaknya dan
tidak lagi kelihatan akan melakukannya lagi di sana mahupun di negeri lain.
Ayuh, rakyat Kuala Terenganu, tak usah gentar untuk mengundi PAS dalam piihanraya kecil nanti. Tunjukkan siapa bos. Najib bosskah atau rakyat boss. Begitu juga rakyat Sarawak, ayuh mari tukar Taib/BN kepada PR. Apa yang nak ditakutkan lagi, Najib dah 'bagi' lampu hijau!!





No comments: