Katalah undi Melayu pecah dua kepada blok UMNO dan PAS. Maka undi Cinalah yang jadi penentu. Orang Cina kini adalah 'king maker' di Kuala Terengganu. Tak hairanlah RM6.1juta kini dijadikan umpan undi untuk menangkap undi orang Cina.
Para pengundi Cina di KT sekarang boleh minta apa saja tentu akan dikabulkan. Apalah sangat dengan RM6juta jika dibandingkan dengan RM408juta duit royalti minyak yang tanpa segan silu dan rasa malu dipulangkan kepada kerajaan Terengganu. Najib dan UMNO yang satu masa dulu beriya-iya sangat menghalalkan duit royalti yang dirompak (wang ehsan, katanya) dari rakyat Terengganu, tanpa rasa bersalah memberikan semula wang tersebut (dengan cek replika besar lagi dan disiarkan media perdana seperti satu kejayaan besar).
Selain faktor siapa calon PAS, prestasi PAS di semua 5 negeri PR akan menjadi faktor untuk memujuk pengundi-pengundi Cina bahawa PAS/PR adalah pilhan terbaik mereka. Mereka mesti difahamkan bahawa kalu KT jatuh ketangan PR, kesinambungan politik tanahair tidak akan berubah. BN akan tetap memerintah. Tetapi dengan bertambahnya seorang lagi ahli Parlimen dari PR, lebih kuat suara dan banyak isu-isu rakyat akan dapat diutarakan di Parlimen. Orang-orang Cina akan lebih terjamin hidup mereka di bawah kerajaan yang mempunyai pembangkang yang efektif.
Kini KT semakin panas walaupun hujan duit semakin banyak turun.
No comments:
Post a Comment