Kerana itulah, calon PAS mestilah yang boleh dengan sesungguhnya dapat menyaingi Wan Farid. Mohamad Sabu telah membuktikan bahawa dia boleh mengembling banyak undi di KT. Tapi itu dalam pilihanraya umum. Segala jentera BN tersebar keseluruh negara. Tapi kini PAS perlu melawan seluruh jentera BN yang dianyam dengan jentera dan agensi negara. Jadi adakah Mohamad Sabu yang calon terbaik?
Masihkah pengundi bukan Melayu memberikan sokongan kepada PAS? Dilihat pada sebaran propoganda BN, PR akan kecundang jika calon yang kita ketengahkan bukan yang boleh memadamkan propoganda buruk BN dengan aura yang tersendiri. KT akan menjadi petanda kepada apa yang berlaku masa hadapan. Adakah BN/UMNO dapat meneruskan cengkamannya dalam Parlimen Malaysia atau kita akan lihat PR mengambil alih kerajaan dalam masa terdekat. Kalau tidak pun, selepas PRU 13.
Calon PAS haruslah yang boleh menarik khalayak, berwibawa dan tiada calar akhlak. Faktor umur adalah penting kerana Datuk Wan Farid dalam kategori orang muda. Calon PAS mesti berupaya menyainginya dan menang. Kalau kita rujuk cerita 'Monsson Cup' dalam Malaysia Today, Wan Farid ada masalah. Olehitu, calon PAS semestinya orang yang bersih dari rasuah (tiada cerita lansung dikaitkan rasuah), orang tempatan dan professional.
Sebanyak mahu kita melihat Mohamad Sabu bersilat di Parlimen, sebanyak itu juga patut kita timbang adakah dia yang paling layak?
Datuk Shabery Chik mengemukan teori 'up and down'. Katanya apa yang 'up' akan kemudiannya 'down' dan akan 'up' kembali. UMNO dalam PRU 12 berada dalam keadaan 'down' jadi menang pun cuma lebih kurang 600 undi sahaja. Jadi, kini, kata Shabery, UMNO sedang 'up' maka mereka menang dengan majoriti yang lebih besar. Satu teori kosong. Kalau dipakai teori itu, PAS pula akan menang sebab dulu kalah ('down') kini sepatutnya menanglah ('up').Shabery! kau duduklah senyap-senyap kat RTM tu....
1 comment:
Bro...not bad your blog..keep it up
Post a Comment