06 April 2010

Kebakaran Lagi....


Sejak Februari SS telah mengalami 3 kebakaran. Pada 22Feb, rumah sewa SS terbakar. Kebakaran kecil sahaja tetapi, terpaksa pindah rumah lain sebab tuanrumah perlu membersih dan memperbaiki rumahnya yang rosak. Dia kena cuci seluruh dalaman rumah sebab hitam dek jelaga. Pendawaian perlu dibaiki dan sistem penggera pasang baru. Lampu dan penghawa dingin bahagian bawah rumah memang kena ganti.
 Genap sebulan dari tarikh itu, sekolah anak-anak SS pula terbakar. Bukan sekolah tetapi asrama putera. Blok A tingkat 2, atas sekali, musnah dijilat api. Tingkat 2 tu dihuni oleh pelajar-pelajar tingkatan 1. Kesian budak-budak tu. Baru nak belajar hidup berdikari dah kena uji dengan kebakaran teruk. Nasib baik Blok B tidak terbabit. PIBG dan pihak sekolah memutuskan semua pelajar dipindahkan ke Blok B. Tingkat atas yang memang dikosongkan kini dihuni oleh pelajar-pelajar dari blok yang terbakar. Kesian. Katil semua cukup tetapi almari tak cukup. Jadi buat sementara, simpan baju dalam beg ajalah.
Pada hari ahad lepas, 4/4/10 sebuah rumah dalam kejiranan rumah baru SS di Kpg. Pulau Melayu pula terbakar. Dan inilah kebakaran yang paling teruk sekali. Bomba tak sempat selamatkan rumah itu. Habis tinggal tunggul sahaja. Tunggu Bomba datang dah 30 minit. Api terlampau besar dan cepat maraknya. Tinggal sehelai sepinggang para penghuni rumah tersebut. Khabarnya 22 orang semuanya yang terlibat. Rumah kampung jenis bertiang tinggi yang biasa kita tengok di Sarawak ini. Tapi dah tukar sikit. Bahagian bawah rumah dibuat bilik-bilik juga. Khabarnya kebakaran disebabkan api lilin yang tak dipantau. Tak taulah betul ke tidak. Biarlah pihak polis dan Bomba siasat.
Api kecil-kecil memang kawan. Tapi kalau tersalah kawan dia jadi besar dan makan kawan. Begitulah. SS berdoa semuga semua yang menjadi mangsa api ini supaya redho dengan ketentuan Allah.

No comments: