21 July 2009

Tsunami 22 Julai 09 : Dakwaan PALSU!!

Sekarang kecoh satu Sarawak terutamanya di kawasan pesisir pantai Miri dan Bintulu kononnya satu Tsunami besar berlaku di Laut China Selatan. Email dan SMS bertiup kencang bak api semarak memakan lalang kering.
Ramai orang yang terpercaya dengan dakwaan KARUT ini. Ada yang telah menyimpan dan membeli barang makanan dan susu untuk anak2 sebanyak-banyaknya. Ada yang takut mahu menghantar anak-anak ke sekolah. Kononnya kalau Tsunami berlaku biarlah dihadapi bersama. KALAU NAK MATI BIARLAH BERSAMA! Ya!! Sehingga begitu sekali!!.
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.."
( al-Qur'an, al-Hujurat ( 49 ) :6 ).
Dari awallagi sejak email Tsunami ini muncul dalam inbox penulis pada awal May 09 dulu, penulis istiqamah menyatakan bahawa ini adalah berita palsu.
Mengapa ia palsu?
1. Kerana ia adalah email yang di'forward'kan banyak kali. Jadi ia tiada kredibiliti.
2. Kerana berupa dakwaan benda akan datang. Hanya Allah swt Ta'ala sahaja yang tahu perkara yang akan datang. Cara email itu ditulis seperti penulisnya adalah tuhan!
3. Saintis terkemuka telahpun menyanggah dakwaan palsu ini.. lihat sini..
4. Cara email ini ditulis hanya dengan tujuan untuk menakut-nakut orang ramai. Orang yang beriman sepatutnya tidak terpengaruhi dengan perkara seperti ini.
5. Dakwaan tersebut adalah berdasarkan gerhana matahari penuh yang akan berlaku besok di China. Tarikan graviti akan berada di tahap maksima dan ketika inilah kononnya akan berlaku gempa bumi besar yang menyebabkan Tsunami... Tahukah anda bahawa gerhana matahari dan bulan berlaku setiap tahun dan tidak pernah pun menyebabkan gempa bumi walaupun kecil. Tarika memang berlaku tetapi hampir tidak dirasai sebenarnya.
Brian Shiro, seorang saintis dan ahli geology, dalam menangkis dakwaan ini mengatakan...
" While researchers have and continue to investigate any (weak, if any) relationship earthquakes have with the tides, the scientific consensus is that great earthquakes cannot be triggered by the very weak tidal forces imposed on them, even when these forces are at their maximum during eclipses. (Tiny earthquakes may sometimes correlate with the tides, but those are never dangerous and certainly not tsunamigenic.) The July 22 prediction is simply speculation and is NOT based on science. This type of hoax preys upon people's fears and spreads unnecessary and perhaps even dangerous false alarm. "
Sheikh Sambal ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat supaya tidak mempercayai dakwaan tsunami palsu ini. Jika anda mempercayainya maka sesungguhnya anda tertipu!!

1 comment:

abuierfan.blogspot.com said...

Salam..

Terima kasih sambal tumis, kami tak ada perasan langsung esok 22/7 tarikh yg dikhabarkan akan berlaku sedemkian, di sini x ada kesoh2 pasal tu, baik di bilik guru atau di masjid2. di sini sibuk dan sedang membicarakan berkenaan peristiwa isra' dan mikraj. Mudah2an ianya hanya tipu...dan palsu..terima kasih atas maklumat